Terdapat banyak aktiviti menarik di Langkawi yang patut anda cuba antara yang paling menarik ialah Skycab, Skytrex. 3D museum, Pertunjukan Api di Pantai Chenang , Island hoping, Candle Light Dinner Pantai Chenang, Dan bermacam macam lagi.
Langkawi merupakan sebuah daerah Pulau terletak didalam negeri Kedah Darul Aman, Pulau ini terkenal dengan status sebagai Negeri Pelancongan oleh kerana daya tarikan nya yang tersendiri.
Pulau ini juga diberi status sebagai bebas cukai menjadikan harga barangan dijual pada kadar yang murah berbanding ditempat-tempat yang lain.
Isi Kandungan
Aktiviti Menarik di Langkawi Yang Anda Patut Cuba
Antara aktiviti menarik di langkawi yang anda patut cuba ialah :
- Sky Cab Langkawi Cable Car
- Langkawi Sky Bridge
- Skytrex Adventure
- 3D Art Paradise Langkawi
- Pasar Malam Langkawi
- Pantai Chenang Langkawi
- Tasik Dayang Bunting
- Eagle Feeding Panorama
- Pulau Singa Besar
- Pulau Beras Basah
- Dataran Lang
- Maha Tower Langkawi
Sky Cab Langkawi Cable Car

Sky Cab Langkawi Cable Car merupakan tarikan pelancongan yang popular di langkawi dan menjadi salah satu aktiviti menarik di Langkawi, terkenal dengan gelaran cable car terpanjang dan tercerun didunia sepanjang 708 meter dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke puncak destinasi.
Harga tiket Sky Cab Langkawi : RM85.00
(Promosi) Beli tiket Sky Cab langkawi Online : https://panoramalangkawi.com/skycab/#
Langkawi SkyBridge

Langkawi SkyBridge merupakan Jambatan pejalan kaki tertinggi yang terletak 660 meter dari paras laut. Reka Bentuk jambatan ialah melengkung sepanjang 125 meter diatas puncak Gunung Mat Cincang.
Harga Tiket Langkawi SkyBridge : RM6.00
Skytrex Adventure Langkawi

Skytrex Adventure juga merupakan salah satu aktiviti menarik di Langkawi dengan Harga Tiket Skytrex Adventure Langkawi :
- Beginner level : RM60.00
- Advance level: RM80.00
Beli Tiket Online Disini : https://www.skytrex-adventure.org/langkawi
3D Art Paradise Langkawi

3D museum ini menjadi aktiviti menarik di Langkawi untuk anda seisi keluarga untuk mengambil gambar kenangan. Harga tiket 3D Art Paradise Langkawi:
- Dewasa: RM30.00
- Kanak-Kanak: RM20.00
Pasar Malam Langkawi
Terdapat banyak pasar malam di Langkawi yang anda patut pergi, tetapi pasar malam di Langkawi mempunyai jadual yang tersendiri. Sila rujuk jadual pasar malam Langkawi dibawah :
- Ahad: Pasar Malam Padang Mat Sirat.
- Isnin: Pasar Malam Ulu Melaka
- Selasa: Pasar Malam Padang Wahid Simpang 3
- Rabu & Sabtu: Pasar malam Kuah
- Jumaat: Pasar Malam Air Hangat.
Pantai Chenang Langkawi

pantai chenang merupakan sebuah pantai terkenal yang terletak di barat Pulau Langkawi. Banyak aktiviti yang menyeronokkan terdapat di Pantai ini, anda juga boleh membawa keluarga anda untuk berjalan jalan dan bersantai di pantai Chenang. Terdapat banyak aktiviti menarik di Langkawi di pantai Chenang antaranya Parasailing, Banana boat dan macam macam lagi
Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di Pulau Dayang Bunting. Nama Pulau Dayang Bunting ini tercetus oleh rupa bentuk bukit dipulau itu yang menyerupai seseorang wanita bunting dalam keadaan baring.
Ditengah Pulau, terdapat satu tasik yang dinamakan tasik dayang bunting. Anda boleh berenang di Tasik Dayang Bunting dengan memakai life jacket.
Harga tiket Tasik Dayang Bunting: RM6.00
Dataran Lang
Datran Lang ataupun dataran Helang merupakan tempat dimana terletaknya mercu tanda langkawi iaitu seekor helang besar yang mengembangkan sayapnya. Tugu ini terkenal dan menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar.
Maha Tower Langkawi
Maha tower mempunyai reka bentuk yang menarik seakan effeil tower tetapi mempunyai keunikan tersendiri. tempat ini terkenal untuk ambil gambar dan juga anda boleh mengunjungi ke tingkat atas menara tersebut.
Harga tiket Maha Tower: RM35.00
Tentatif Perjalanan ke Langkawi untuk Anda 3 Hari 2 Malam
Hari Pertama
3.00am-4.15am: Gerak ke LTCP (Long term Car Park)
4.15am-4.45am: LTCP to KLIA2
6.25am: Boarding
7.05am-8.10am: Flight dari KLIA2 to Langkawi
8.30am-10.00am: Breakfast at Rumah Makan Mahsuri
10.00am-10.30am: Sky Cab Langkawi Cable Car
10.30am-4.00pm: Skycab, skytrex, 3d muzium
4.00pm-4.30pm: Check-in Hotel
4.30pm-7.30pm: Rest (solat zohor, asar & maghrib)
8.00pm-10.00pm: Pasar Malam padang mat sirat (dinner)
11.00pm: balik hotel
Hari Kedua
7.00am: Breakfast
8.30am: Bergerak ke jetty – Island hopping.
9.00am-1.00pm: Island hopping (Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding, Pulau Beras Basah)
1.00pm-2.00pm: Balik hotel tukar baju & solat zhor
2.00pm-3.00pm: Makan
3.00pm-5.00pm: Lepak pantai chenang
5.00pm: balik hotel siap2 for candle light dinner
8.00pm – 11.00pm: Candle Light Dinner, Fireshow, Transformer Dancing at Pantai Chenang.
Hari ketiga
07.00am: Breakfast
09:00am-11.00am: Siap2 Check-out
12:00pm-2.00pm: Shopping Cokelat
02:00pm: Maha Tower
04:00pm: Dataran Lang
05:00pm: Airport
Baca juga: