Banjir Kilat di merupakan fenomena semulajadi yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Bencana ini merupakan topik yang sangat kritikal untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Apakah itu Banjir Kilat dan Bagaimana Boleh Terjadi?
Banjir Kilat “Flash Flood” berlaku apabila hujan turun dengan sangat lebat dalam masa yang singkat, tanah dan saliran tidak dapat menampung untuk menyerap atau mengalirkan air hujan tersebut. Faktor utama berlaku banjir kilat adalah disebabkan oleh :
- Hujan Lebat Mendadak : Hujan yang turun dalam intensiti tinggi dalam masa yang singkat tidak dapat diserap dengan baik oleh tanah dan saliran tidak dapat menampung air tersebut untuk disalirkan ke sungai lain atau saliran lain menyebabkan air melimpah.
- Kawasan Bandar : Kawasan bandar majoriti mempunyai permukaan keras seperti aspal dan konkrit, air hujan tidak dapat diserap dengan baik, sistem saliran dalam kawasan bandar juga tidak sistematik menyebabkan banjir kilat sering berlaku.
- Kenaikan Paras Air Sungai : Hujan lebat di hulu sungai menyebabkan air naik secara mendadak di kawasan hilir sungai dan menyebabkan banjir kilat dikawasan sekeliling.
Banjir Kilat boleh berlaku dalam masa kurang daripada 3 jam selepas hujan lebat turun.
13 Lokasi Banjir Kilat di Sekitar Kuala Lumpur
Dilaporkan banjir Kilat/air bertakung ekoran hujan lebat di lokasi berikut :
- Segambut Bypass
- Jalan SUltan Azlan Shah
- Jalan Pahang
- Jalan Genting Klang
- Jalan Dutamas
- Jalan Kepong
- Jalan Kuching
- Jalan Syed Putra
- Jalan Peel
- Jalan Maharajalela
- Jalan Raja Chulan
- Lorong Titiwangsa 11
- Jalan Tun Razak
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, Pihaknya yakin dapat menangani dan mengurangkan impak bencana menerusi langkah yang sama dijalankan di 25 lokasi Hot Spot banjir kilat sebelum ini.
Artikel Menarik :
Langkah yang diambil oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif Dalam Menangani isu Banjir Kilat di Kuala Lumpur
- Penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir (OSD) mengikut keperluan semasa dan jadual berkala.
- Menyelenggara Sungai dan Parit induk secara berjadual terutamanya pada musim monsun timur laut.
- Mengorek kelodak pada semua kolam takungan banjir.
- menaik taraf sistem saliran longkang ditepi jalan.
- Memeakan kawasan banjir untuk mencari langkah awal dan juga jangkamasa panjang.
- MEmastikan pemaju projek baharu menggunakan manual saliran mesra alam 2.0 (MSMA 2.0) dan sistem saliran Bio-Ekologi (BIOECODS).
- Pemeriksaan dan penjagaan pokok yang berisiko.
- Penanaman Pokok yang sesuai dengan menanam pokok yang sesuai dengan cuaca di Malaysia untuk menahan Hujan dan memastikan keselamatan warga kota.
Keadaan Semasa Banjir Kilat di Kuala Lumpur
Beberapa Gambar kejadian telah di kongsikan menerusi akaun facebook Khidmat Malaysia, gambar beberapa kenderaan diparkir berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, ditenggelami air akibat hujan lebat, selain beberapa jalan utama di ibu negara sesak.
Sumber : hmetro