Bantuan Barang Dapur RM2,100 Program MySARA Tahun 2025

Permohonan bantuan barang dapur dibuka sepanjang tahun melalui program MySTR Sumbangan Asas Rahmah. Permohonan yang lulus akan mendapat bantuan sebanak Rm2,100 (RM200 Sebulan) sehingga disember 2025.

Sumbangan Asas Rahmah diwujudkan sebagai bantuan tambahan bagi golongan miskin & miskin tegar untuk menyokong mereka menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Bentuk bantuan yang disalurkan adalah melalui MyKad penerima bantuan, Penerima boleh membeli barang bantuan di kedai terpilih menggunakan MyKad.

Baca Juga : Senarai Kedai MyKASIH Tahun 2025 Mengikut Negeri

Apa Itu Bantuan Barang Dapur Program MySARA ?

Bantuan Barang Dapur Program MySARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2025

Program bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Golongan Miskin dan Miskin Tegar dinaikkan Sebanyak RM2,100 pada Tahun 2025.

Hikmah bantuan ini agar pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan kad pengenalan di kedai runcit berdaftar.

Pembahagian Bantuan Barang Dapur 2025

Pembahagian Bantuan Barang Dapur pada Tahun 2025 akan disalurkan secara tanpa tunai melalui Mykad Setiap bulan kepada penerima termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagi Tahun 2025, kerajaan telah memperluas penyaluran Bantuan Barang Dapur melalui Mykad ke Negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Jumlah Bantuan Barang Dapur 2025

Bantuan tanpa tunai melalui mykad boleh digunakan untuk membeli barang dapur keperluan yang diluluskan oleh kerajaan, jumlah bantuan adalah seperti dibawah:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)
JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)
APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

Permohonan Bantuan Barang Dapur 2025

Permohonan boleh dilakukan melalui laman web rasmi MySTR melalui permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Kelayakan secara automatik melalui data yang dimasukkan kedalam permohonan STR. Permohonan STR dibuka sepanjang tahun.

Syarat Kelayakan Bantuan Barang Dapur 2025

Kelayakan terbahagi kepada 2 kategori iaitu Miskin Tegar dan Miskin eKasih :

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Semakan Status Penerima Bantuan Barang Dapur 2025

  1. Surat Pemakluman
    • Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
      .
  2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
    • Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
    • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
      .
  3. Semakan terus melalui portal rasmi
  4. Menghubungi
    • Semakan kelayakan SARA
      • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
      • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    • Semakan pelaksanaan SARA
      • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800

Jadual Pembayaran Bantuan Barang Dapur 2025

Pembayaran bantuan akan disalurkan pada awal setiap bulan Hari Bekerja . Jadual Penuh setiap bulan adalah seperti berikut :

BulanTarikhMasa
Januari1 Januari8:00 AM
Februari1 Februari8:00 AM
Mac1 Mac8:00 AM
April1 April8:00 AM
Mei1 Mei8:00 AM
Jun1 Jun8:00 AM
Julai1 Julai8:00 AM
Ogos1 Ogos8:00 AM
September1 September8:00 AM
Oktober1 Oktober8:00 AM
November1 November8:00 AM
Disember1 Disember8:00 AM
bantuan barang dapur

Cara Pembelian Bantuan Barang Dapur di Kedai Runcit

6 Langkah Pembelian Barang Keperluan SARA di kedai Seperti Berikut :

  1. Pilih barang keperluan:
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin:
    Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  4. Imbas Kod Barangan:
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad:
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan:
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Bantuan Barang Dapur

Cara Menyemak Baki Bantuan

Bantuan Barang Dapur

Soalan Lazim Pembelian Bantuan Barang Dapur 2025

Soalan 1: Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya rosak / hilang?

Sila hubungi Talian Bantuan MyKasih. Pengecualian pembelian secara manual akan diberikan hanya bagi satu transaksi pembelian. Pembelian seterusnya hanya boleh dibuat menggunakan MyKad baharu anda.

Soalan 2 : Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program SARA 2025?

Maklumat lanjut berkenaan SARA 2025 boleh didapati di: i. Portal Rasmi MyKasih, https://www.mykasih.com.my; atau ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Soalan 3: Saya mempunyai pasar raya / kedai runcit dan berminat untuk menjadi rakan niaga bagi program SARA 2025. Siapakah yang perlu saya rujuk bagi tujuan tersebut?

Anda boleh berurusan / hubungi pihak Yayasan MyKasih untuk penerangan lanjut. Pemilihan rakan niaga adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan MyKasih.

Soalan 4: Saya baru bercerai dan Ketua Isi Rumah berdaftar dalam sistem eKasih adalah suami. Adakah saya layak SARA 2025 memandangkan saya (ibu) yang diberi hak penjagaan untuk menganggung anak-anak?

Kelayakan SARA 2025 adalah kepada penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih serta semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan. SARA Miskin Tegar / Miskin eKasih adalah berdasarkan data Miskin Tegar / Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024 yang berstatus lulus STR 2025. Sekiranya anda tersenarai sebagai Ahli Isi Rumah dalam rekod Ketua Isi Rumah berkenaan dan kelulusan STR anda serta bekas suami adalah dua permohonan berbeza, anda akan layak SARA 2025 secara berasingan. Sekiranya kelulusan terkini STR 2025 anda adalah kategori Isi Rumah, anda layak kadar tambahan SARA RM900 setahun atau RM100 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan bermula April 2025 (tertakluk kepada fasa permohonan STR 2025 diluluskan). Untuk kaedah semakan kelayakan SARA 2025.

Penafian

Bantuan Barang Dapur 2025 by Bantuan Kerajaan : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.

Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment