Kerajaan Negeri Sabah Dalam satu Kenyataan telah meneruskan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) khas untuk mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT/IPTA serta berkelayakan untuk menerima bantuan ini.
Pelaksanaan program BAIK fasa sebelum ini telah menyasarkan sebanyak 10,000 orang pelajar dan peruntukan sebanyak 15 juta ringgit.
Dijangkakan pada tahun ini akan lebih banyak lagi peruntukan yang akan disediakan dan bakal dinikmati oleh seluruh rakyat sabah yang memerlukan.
Isi Kandungan
Syarat Permohonan Bantuan Ihsan Komputer
ANtara Syarat untuk memohon bantuan ihsan komputer adalah:
- Permohonan terbuka kepada pelajar IPT berstatus bumiputera yang berasal dari sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
- Permohonan yang diluluskan hanya seorang sahaja dalam satu isi rumah (ketua isi rumah)
- Pemohon perlu memberikan justifikasi keperluan komputer riba
- Ibu – bapa atau penjaga mempunyai rekod e-kasih.
Dokumen yang Diperlukan Untuk Memohon Bantuan Ihsan Komputer
Permohonan hendaklah disertakan dengan beberapa dokumen iaitu:
- Surat Beranak pemohon & ibu-bapa
- Salinan kad pengenalan/sijil cerai/sijil kematian ibu-bapa pemohon
- Slip gaji ibu-bapa / Surat pengesahan bekerja yang disahkan oleh pegawai daerah.
- Surat tawaran kemasukan ke IPT
- Surat pengesahan telah berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar.
Cara Memohon Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)
Permohonan boleh dibuat melalui Online di pautan : https://baik.sabah.gov.my/login.php
- Anda perlu mendaftar terlebioh dahulu sebelum membuat permohonan.
- Masukkan maklumat nama penuh, nombor kad pengenalan dan emel.
Sila pastikan isi maklumat yang betul sebelum tekan butang daftar.
Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas bantuan-bantuan yang akan disampaikan oleh pihak kerajaan
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/Deskriptf
- Log masuk dan buat permohonan secara online.
- kemukakan borang secara online.
Sila rujuk Cara Tukar Dokumen Fizikal menjadi PDF untuk panduan menukar dokumen kedalam bentuk PDF.
- Hantar Permohonan, dan anda akan dibuhungi sekiranya permohonan berjaya.
Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Ihsan Komputer.
Sekiranya mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan. Disarankan untuk terus hadir atau menghubungi pihak kerajaan Negeri bahagian tugas-tugas khas:
PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
(TUGAS-TUGAS KHAS)
JABATAN KETUA MENTERI
Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah.Telefon: 088-369872/088-369164/088-369897/088-369890Puan Jurianah, Cik Sheilla, Cik Wasillah, Puan Nur Fazillah, Puan Noor Hayati.
Artikel Trending
Penafian : Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.