Di bawah payung pemerintahan kerajaan madani, Perdana Menteri Malaysia iaitu Yang Amat Berhormat Dato Seri Anuar Ibrahim , sedikit sebanyak telah memainkan peranan dengan menggerakkan daya usaha atau menggerakkan inisiatif membantu rakyat Malaysia dengan menyediakan beberapa bantuan kerajaan malaysia yang umum termasuklah:-
- Sumbangan Tunai Rahmah
- Sumbangan Asas Rahmah
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Mungkin ramai lagi yang tidak tahu cara untuk memohon bantuan-bantuan yang telah disenaraikan, , Sumbangan Tunai Rahmah dan juga Sumbangan Asas Rahmah merupakan bantuan yang perlu anda mohon sekiranya anda dalam keadaan memerlukan.
Bantuan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak dan kelayakan telahpun diperluas dari masa ke semasa sebagai salah satu langkah perihatin kerajaan menyediakan bantuan untuk dinikmati pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira agama dan bangsa.
Sumbangan Tunai Rahmah
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dulu dikenali sebagai Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) , merupakan bantuan kerajaan dalam bentuk tunai yang diberikan kepada golongan B40, M40, Warga emas dan Bujang, jumlah pemberian adalah mengikut kategori dan kelayakan yang telah ditetapkan melalui data yang dikumpul oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sewaktu proses permohonan.
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah adalah dibuka sepanjang tahun, Permohonan boleh dilakukan di dalam laman web rasmi Permohonan STR (disini) . Sila masukkan dan lengkapkan maklumat seperti:
- Nama
- No Mykad
- Umur
- Jantina
- No telefon Bimbit
- Pekerjaan
- Status Perkahwinan
- Alamat
- Nama Bank
- No Akaun Bank
- Alamat E-mail
- Maklumat waris
Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang seterusnya untuk membuat pengesahan . untuk teruskan proses pengesahan, anda perlu memasukkan Captcha dan seterusnya menghantar permohonan untuk diproses.
Bilakah Bantuan Kerajaan Malaysia STR ?
setelah selesai proses permohonan, bantuan akan disalurkan secara berperingkat mengikut tarikh jadual yang telah diberikan, jadual adalah seperti yang berikut:
- Fasa 1 : 29 Januari 2024.
- Fasa 2 : 3 April 2024.
- Fasa 3 : Ogos 2024.
- Fasa 4 : November 2024.
Tarikh bantuan akan dikemaskini dari masa ke semasa dan pengumuman akan diberikan oleh perdana menteri sebelum bantuan akan diagihkan ke seluruh rakyat malaysia.
Berapakah Jumlah Bantuan Kerajaan Malaysia STR ?
Jumlah bantuan akan diberikan mengikut kelayakan dan juga kategori pemohon, pemohon terdiri daripada:
- Kategori isi Rumah
- Pendapatan RM0-RM2500
- Pendapatan RM2501-RM5000
- Kategori warga emas sebatang kara (umur 60 tahun keatas)
- Kategori Bujang dan Bujang O.K.U (Umur 21-59 tahun)
Amaun Bayaran adalah seperti gambar dibawah:
Bagaimanakah Sumbangan Bantuan Kerajaan Malaysia STR akan disalurkan?
Sumbangan akan disalurkan kedalam akaun bank permohon sewaktu membuat proses permohonan, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, check akan dihantar ke alamat pemohon dan pemohon boleh menukar check kedalam bentuk tunai di tersebut di Bank Simpanan Nasional cawangan yang terdekat dengan negeri pemohon.
Maklumat Lanjut Bantuan Kerajaan Malaysia STR
Sila layari laman web rasmi STR di pautan yang berikut untuk maklumat lanjut dan terperinci : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Baca juga : Check Saman Kereta JPJ, PDRM & AES 2024