Bantuan Kewangan Negeri Sabah 2024

Bantuan kewangan negeri Sabah – Kerajaan negeri Sabah sentiasa peka dan prihatin terhadap segala masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri sabah. Oleh itu, kerajaan negeri Sabah dibawah seliaan Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah telah membuka pelbagai skim bantuan khusus untuk rakyat sabah yang memerlukan dan berkelayakan.

terdapat 21 jenis bantuan khusus daripada Bahagian Zakat & Fitrah Majlis ugama islam untuk meningkatkan kualiti sosial, ekonomi dan pendidikan serta membantu mualaf untuk memulakan hidup baru mereka.

Syarat-syarat Umum Permohonan Bantuan Kewangan Negeri Sabah

Skim bantuan kewangan Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah menetapkan beberapa syarat untuk permohonan bantuan kewangan antaranya ialah:

  • Penduduk Asal Negeri Sabah
  • Warganegara Malaysia / Permastautin tetap
  • Tidak mendapat sebarang bentuk bantuan / Bantuan diterima tidak mencukupi.

Kategori Bantuan Kewangan Negeri Sabah

Terdapat 3 Kategori bantuan kewangan negeri Sabah iaitu:

  • Skim Bantuan Sosial dan Ekonomi
  • Skim Bantuan Pendidikan
  • Skim Bantuan Mualaf

Skim Bantuan Kewangan Negeri Sabah ( Sosial dan Ekonomi)

bantuan kewangan sabah 3
Bantuan Kewangan Negeri Sabah 2024 4

Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah sentiasa menjalankan tanggungjawab dalam berusaha untuk meningkatkan kualiti Sosial dan Ekonomi.

Pihak Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah telah membuka 14 jenis bantuan kewangan untuk membantu masyarakat sabah dari segi sosial dan ekonomi.

14 bantuan tersebut adalah :

  1. Bantuan AM
  2. Bantuan Perubatan
  3. Bantuan Kecemasan
  4. Bantuan Bencana Alam
  5. Bantuan Pengurusan Jenazah
  6. Bantuan Pembangunan asnaf
  7. Bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz
  8. Bantuan ELaun Guru Zakat JHEAINS
  9. Bantuan Utiliti Serta Pengimarahan Masjid dan Surau
  10. Bantuan Tahunan Pusat Dialisis (MUIS-NKF)
  11. Bantuan Pelajar Fakir Miskin (KPM)
  12. Bantuan Rumah Anak Yatim
  13. Bantuan Badan/Pertubuhan Kebajikan/Bukan Kerajaan NGO
  14. Bantuan Guru Panitia Agama Islam

Skim Bantuan Kewangan Negeri Sabah ( Pendidikan)

bantuan kewangan negeri sabah 2
Bantuan Kewangan Negeri Sabah 2024 5

Selain daripada Sosial dan Ekonomi, Bahagian Zakat & Fitrah Negeri Sabah juga komited dalam memastikan tiada anak-anak Sabah khususnya mereka yang tidak mampu dalam segi kewangan tetapi berpotensi tinggi untuk cemerlang dalam pelajaran di peringkat pengajian tinggi .

Bahagian Zakat telah membuka 5 bantuan kepada mereka yang memerlukan antaranya ialah:

  1. Bantuan Yuran Pendaftaran Awal IPTA
  2. Bantuan Tiket Penerbangan IPTA
  3. Dermasiswa (Awal)
  4. Dermasiswa (Lanjutan)
  5. Dermasiswa (Tiket Akhir)

Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas bantuan-bantuan yang akan disampaikan oleh pihak kerajaan

Skim Bantuan Kewangan Negeri Sabah (Mualaf)

Terdapat dua bantuan Mualaf daripada pihak Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah iaitu:

  1. Bantuan Meraikan Saudara Baharu (Am Mualaf)
  2. Bantuan Elaun Pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK)

Cara Memohonan Bantuan Kewangan Negeri Sabah

bantuan kewangan negeri sabah
Bantuan Kewangan Negeri Sabah 2024 6

Bantuan Kewangan Negeri Sabah boleh dilakukan secara online di pautan rasmi Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah : klik disini

  • Anda perlu mendaftar terlebih dahulu didalam pautan tersebut dengan memasukkan maklumat diri , pendapatan dan pengesahan.
  • Setelah selesai pendaftaran, anda perlu log masuk kedalam akaun.
  • Pilih jenis bantuan yang ingin dipohon, isi borang permohonan secara online dan sediakan maklumat segala dokumen sokongan dalam bentuk PDF . (Rujuk disini untuk Cara Tukar Dokumen Fizikal menjadi PDF )
  • Hantar borang permohonan , dan anda akan dihubungi oleh pihak Bahagian Zakat & Fitrah MUIS Sabah dalam masa 14 hari bekerja.

Semak File PDF Panduan lengkap (Manual pengguna) cara memohon bantuan kewangan negeri sabah disini :

Maklumat Lanjut Bantuan Kewangan negeri Sabah

Maklumat lanjut bantuan kerajaan negeri sabah boleh disemak melalui pautan rasmi Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah disini : https://appszakat.sabah.gov.my/index.php

Anda juga boleh menghubungi bahagian zakat dan fitrah di talian : 088-279206 / 279203

Semoga Berjaya.

Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *