Bantuan Kewangan Negeri Selangor (BINGKAS) 2024

Kerajaan Selangor telah memperkenalkan satu bantuan kewangan Negeri selangor yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) . Bantuan yang diperluas ini dapat di nikmati oleh 30,000 keluarga , Jumlah RM300 sebulan untuk keperluan asas dan Alat pendidikan.

BINGKAS bertujuan untuk memberi kestabilan kewangan, mengurangkan beban ekonomi, dan menguatkan lagi keharmonian keluarga serta kemakmuran negeri Selangor.

Manfaat Bantuan Kewangan Negeri Selangor (BINGKAS)

Antara manfaat yang akan diprolehi dengan bantuan kewangan negeri selangor ini adalah :

bantuan kewangan negeri selangor
  • e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-wallet)
  • Had bulanan pembellian barangan keperluan asas sebanyak RM300
  • Baki nilai bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak boleh dibawa ke bulan hadapan
  • e-Wallet Bingkas akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik

Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan Negeri Selangor (BINGKAS)

Bermula 1 julai, Kerajaan negeri selangor telah menetapkan beberapa syarat untuk permohonan bantuan kewangan negeri Selangor , Syarat tersebut adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum 2 orang berusia 18 tahun kebawah
  • Lahir di Selangor atau Menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Selangor

Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas bantuan-bantuan yang akan disampaikan oleh pihak kerajaan

Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan

Hanya beberapa jenis barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS, barangan tersebut adalah :

bantuan kewangan negeri selangor 2
  • Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus, Sos, Kicap
  • Tepung
  • Minyak Masak
  • Ubat-ubatan
  • Sayuran dan Buah-buahan
  • Daging Ayam, Lembu, Kambing dan Ikan
  • Kelengkapan Mandian dan Bahan Pencuci
  • Lampin Pakai Buang
  • Produk Tenusu
  • Barangan Persekolahan
  • Perihal Pendidikan

8 Langkah Pembelian Bantuan Kewangan Negeri Selangor (BINGKAS)

Bagi memudahkan proses pembelian , sila rujuk 8 langkah ketika menggunakan BINGKAS untuk membeli barang keperluan di pasaraya.

bantuan kewangan negeri selangor 3
  1. Penerima bantuan kewangan negeri selangor (BINGKAS) mengunjungi mana-mana panel kedai program bantuan BINGKAS.
  2. Penerima memilih barangan yang ingin dibeli.
  3. Cashier mengimbas ID penerima di aplikasi Selangkah untuk pengesahan.
  4. Cashier melakukan saringan untuk barang yang tersenarai dibawah program BINGKAS
  5. Pastikan Baki Akaun BINGKAS mencukupi
  6. Pengguna mengetik butang BAYAR
  7. Masukkan 6 digit PIN untuk pengesahan pembayaran
  8. kod QR dipaparkan pada skrin dan juruwang mengimbas kod QR tersebut untuk menerima bayaran.

Cara mendaftar Bantuan Kewangan Negeri Selangor (BINGKAS)

Permohonan bantuan kewangan negeri Selangor BINGKAS dibuat secara online. Pemohon perlu mengisi beberapa maklumat seperti:

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Pendapatan
  • Maklumat Anak-anak
  • Maklumat Bantuan
  • Senarai Semak Dokumen
  • Maklumat Pengesahan

Sila pastikan anda telah sediakan dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan dengan permohonan anda.

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Sila rujuk Cara Tukar Dokumen Fizikal menjadi PDF untuk panduan menukar dokumen kedalam bentuk PDF.

Permohonan secara online di portal rasmi BINGKAS SELANGOR di pautan : https://www.bingkasselangor.com/pendaftaran

Senarai Kedai Panel Bantuan Kewangan Negeri Selangor (BINGKAS)

anda boleh merujuk disini untuk senarai panel Bantuan kewangan Negeri Selangor (BINGKAS).

Maklumat Lanjut mengenai Bantuan Kewangan (BINGKAS) Negeri Selangor

Sila rujuk Soalan Lazim sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sekiranya memerlukan bantuan lanjut boleh mnghubungi Pihak BINGKAS melalui borang online disini atau terus menghubungi talian bantuan 1800-22-6600

Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment