Bantuan Latihan Perantis RM200 Sebulan

Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Belanjawan 2024. Program ini disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan tujuan untuk membantu klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan, penganggur, serta bekas pelatih atau penghuni institusi kebajikan.

Matlamat utama BLP adalah untuk memberikan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja kepada golongan ini, agar mereka dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup mereka.

Apakah Bantuan Latihan Perantis?

bantuan latihan perantis

Bantuan Latihan Perantis adalah satu inisiatif kerajaan melalui JKM bertujuan Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Kadar Bayaran dan Tempoh Latihan Bantuan Latihan Perantis

Setiap permohonan yang layak akan menerima bayaran sebanyak RM200 sebulan. Bantuan ini diberikan berdasarkan tempoh latihan yang dijalani, tempoh maksimum bantuan adalah selama 24 bulan (2 tahun).

bantuan latihan perantis 2

Syarat Kelayakan Bantuan Latihan Perantis

Untuk layak menerima Bantuan Latihan Perantis, pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan.
  • Kes-kes seliaan akhlak.
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Nota : Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan dan pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembangaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan

poster bantuan latihan perantis 2025

Cara Permohonan Bantuan Latihan Perantis

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara:

  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan  
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak  

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:  

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon  
  2. Salinan Surat tawaran latihan
  3. Pengesahan menjalani latihan dari agensi pengendali latihan

Borang yang Berkaitan :

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
butang permohonan bantuan latihan perantis
Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 124

Leave a Reply