Semakan Bantuan MyKad RM200 melalui Program bantuan kerajaan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah . Sumbangan Asas Rahmah diwujudkan sebagai bantuan tambahan bagi golongan miskin & miskin tegar untuk menyokong mereka menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bentuk bantuan yang disalurkan adalah melalui MyKad penerima bantuan, sebanyak maksimum RM200 dikreditkan kedalam mykad penerima dan penerima boleh membeli barang bantuan di kedai terpilih menggunakan MyKad.
Semak Sekarang Bantuan MyKad RM200 disini.
Table of Contents
Baca Juga : Jadual STR 2025: Tarikh Bayaran Fasa 1,2,3,4 , Rayuan STR 2025: Kod Tidak Lulus, Apa Yang Perlu Dibuat?
Apa Itu Bantuan MyKad RM200
Bantuan MyKad RM200 merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah. diberikan kepada keluarga berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Program bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Golongan Miskin dan Miskin Tegar dinaikkan Sebanyak RM2,100 pada Tahun 2025.
Hikmah bantuan ini agar penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan kad pengenalan di kedai runcit dan pasaraya yang berdaftar.
Semak Sekarang Bantuan MyKad RM200.
Jumlah Bantuan Mykad RM200
Bantuan tanpa tunai melalui mykad boleh digunakan untuk membeli barang dapur keperluan yang diluluskan oleh kerajaan, jumlah bantuan Mykad RM200 adalah seperti dibawah:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | BAYARAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM) |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
Cara Memohon Bantuan Mykad RM200
Permohonan boleh dilakukan melalui laman web rasmi MySTR melalui permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : .
Cara mohon STR 2025 pastikan Permohonan STR melalui Sumber Rasmi iaitu laman web dibawah
- Portal STR
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Langkah 1: Daftar/Pastikan Kelayakan
- Semak syarat kelayakan STR 2025:
- Isi rumah (pendapatan ≤ RM5,000).
- Warga emas tiada pasangan (≥60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000).
- Bujang (pendapatan ≤ RM2,500).
(Rujuk Portal STR untuk syarat penuh).
Langkah 2: Kemaskini Maklumat
- Buka Portal STR:
- Akses https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log masuk dengan No. Kad Pengenalan dan kata laluan.
- Kemaskini data jika perlu:
- Alamat terkini.
- Status perkahwinan/keluarga.
- Maklumat bank (akaun aktif atas nama pemohon).
Langkah 3: Sediakan Dokumen
Dokumen Wajib:
- Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).
- Sijil perkahwinan/penceraian (jika berkenaan).
- Penyata pendapatan (contoh: slip gaji, penyata KWSP).
- Penyata akaun bank (untuk pengesahan nombor akaun).
Langkah 4: Hantar Permohonan
- Isi borang permohonan di Portal STR:
- Pilih kategori (Isi Rumah/Warga Emas/Bujang).
- Masukkan maklumat mengikut dokumen sokongan.
- Muat naik dokumen dalam format PDF/JPEG (saiz fail ≤ 2MB).
- Klik “Hantar” dan simpan nombor rujukan permohonan.
Jangan Lepaskan peluang bantuan Kerajaan, Semak jadual STR 2025 sekarang.
Langkah 5: Semak Status Permohonan
- Semakan online:
- Log masuk ke Portal STR > “Semakan Status”.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan nombor rujukan.
- Tempoh proses:
- Bergantng pada makluman semasa d laman web STR
Langkah 6: Terima Pengesahan
- Notifikasi melalui:
- SMS ke nombor telefon berdaftar.
- E-mel (jika ditambah dalam profil).
- Penerimaan kelulusan:
- Bayaran terus ke akaun bank dalam 14 hari selepas kelulusan.
Cara Semak Kelayakan Bantuan MyKad RM200
Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:
- Surat Pemakluman
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
.
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
- Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
- Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
.
- Semakan terus melalui portal rasmi
- Semakan kelayakan SARA • Portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my
.
- Menghubungi
- Semakan kelayakan SARA
- BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
- Semakan pelaksanaan SARA
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
- Semakan kelayakan SARA
Jadual Penuh Pembayaran Bantuan MyKad RM200
Pembayaran bantuan akan disalurkan pada awal setiap bulan Hari Bekerja . Jadual Penuh setiap bulan adalah seperti berikut :
Bulan | Tarikh | Masa |
---|---|---|
Januari | 1 Januari | 8:00 AM |
Februari | 1 Februari | 8:00 AM |
Mac | 1 Mac | 8:00 AM |
April | 1 April | 8:00 AM |
Mei | 1 Mei | 8:00 AM |
Jun | 1 Jun | 8:00 AM |
Julai | 1 Julai | 8:00 AM |
Ogos | 1 Ogos | 8:00 AM |
September | 1 September | 8:00 AM |
Oktober | 1 Oktober | 8:00 AM |
November | 1 November | 8:00 AM |
Disember | 1 Disember | 8:00 AM |
Cara Menggunakan Bantuan MyKad RM200 Di Kedai dan Pasaraya
Cara Menggunakan Bantuan MyKad RM200 di kedai adalah Seperti Berikut :
- Pilih barang keperluan:
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. - Tukar Nombor Pin:
Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu. - Imbas Kod Barangan:
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad:
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan:
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Cara Menyemak Baki Bantuan MyKad RM200
- Semakan Baki Bantuan BArang Dapur boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih di pautan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus atau
- Melalui aplikasi Mykasih: https://mykasih.com.my/mykasih-app/ atau
- Melalui Semakan Resit Pembelian :

Senarai Barang Asas Yang Boleh Dibeli Melalui Bantuan MyKad RM200
Terdapat 13 Kategori barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian SARA antaranya ialah:
- Beras
- Minyak masak
- Telur
- Biskut
- Minuman
- Makanan Dalam Tin
- Produk Kebersihan
- Ubat-Ubatan
- Roti
- Tepung
- Mee Segera
- Bahan Perasa
- Barangan Sekolah
Senarai Barang Bantuan MyKad RM200 Mengikut Jenama :

Barang | Jenama Rasmi |
---|---|
Beras | Jasmine, Jati, Cap Rambutan, Saga, Bernas, Faiza |
Minyak masak | Seri Murni, Saji, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife |
Telur | Nutriplus, QL Eggs, CP |
Biskut | Munchy’s, Julie’s Kerk, Tiger, Kraft Foods, Chips More, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng |
Minuman | Boh, Ducth Lady, Milo, Fernleaf, Nescafe, F&N, Horlicks, Quaker, Marigold, Vico |
Ubat-Ubatan | Prospan, Hurix’s Sterimar, Panadol, Difflam |
Barangan Sekolah | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber Castell, Canggih |
Makanan dalam tin | TC Boy, Adabi, Kimball, Yeos, Ayam Brand, King Cup |
Roti | Massimo, Gardenia, Mighty White |
Tepung | Blue Key, Faiza, Cap Ros, Cap Lili, Cap Sauh, |
Mee Segera | Indo Mie, MAMEE, Mie Sedaap, EKA, Maggi, Cintan |
Bahan Perasa | Puteri, Kimball, Maggi, CSR, Tamin, Life, Jalen, Faiza, Planta |
Produk Kebersihan | Colgate, Kotex, Dettol |
Senarai Kedai Runcit Dan Pasaraya MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah)
Senarai kedai runcit dan pasaraya pembelian SARA boleh disemak melalui pautan yang berikut : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
Masukkan Nama Bandar, Negeri seterusnya tekan butang Cari.

Maklumat Lanjut Bantuan MyKad RM200 :
Maklumat lanjut mengenai Bantuan MyKad RM200, sila pergi ke laman web di pautan :
- MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Atau boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke pihak My Kasih yang Beralamat di :
MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
[email protected]
Soalan Lazim Bantuan MyKad RM200
Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?
Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?
Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.
Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?
Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2025.
Adakah pembelian boleh dibuat oleh individu selain penerima SARA?
Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab penerima itu sendiri.
Penafian
Bantuan MyKad RM200 by Bantuan Kerajaan : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.
Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.