bantuan Pelajar IPTA B40 juga dikenali sebagai Program Perantis Barisan Hadapan Malaysia merupakan sebuah biasiswa dan bantuan kewangan yang di khas kan untuk pelajar yang melanjutkan pembelajaran ke peringkat IPTA yang berasal dari keluarga B40.
Beberapa jenis bantuan biasiswa dan juga kewangan disediakan mengikut kemampuan dan kelayakan pelajar, antara nya ialah :
- Biasiswa Penuh : Biasiswa terhad ditawarkan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada semester satu (1).
- Biasiswa Yuran Pengajian : Biasiswa maksimum RM 16,000.00 untuk mengurangkan jumlah yuran yang perlu ditanggung oleh pelajar,
- Bantuan Penginapan : Kos Penginapan pelajar ditanggung sepenuhnya sepanjang tempoh pengajian.
- Bantuan Wang Sara Diri : bantuan kewangan sebanyak RM200-RM400 sebulan mengikut kelayakan.
Isi Kandungan
Siapakah MyEdu ?
MyEdu adalah merupakan satu organisasi penempatan pelajar lepasan SPM melalui program Perantis Barisan Hadapan Malaysia. Program ini merangkumi jurusan dalam bidang Kejururawatan, Sains Kesihatan, Pentadbiran dan lain-lain di peringkat sijil serta diploma.
MyEdu telah ditubuhkan pada tahun 2013 bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar dari golongan M40 dan B40 agar mendapat peluang menyambung pelajaran ke peringkat sijil atau diploma serta mengurangkan beban kewangan keluarga. Pada setiap tahun MyEdu membantu lebih 500 pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih di Malaysia.
Syarat Biasiswa Penuh Bantuan Pelajar IPTA B40- MyEdu
Melalui program Perantis Barisan Hadapan Malaysia, MyEdu mengadakan kerjasama dengan hospital swasta yang terpilih untuk menyediakan biasiswa penuh.
Biasiswa penuh akan diberikan kepada pelajar layak yang cemerlang samada dalam SPM atau Semester satu (1) di Universiti. Biasiswa penuh ini meliputi
- Yuran Pengajian.
- Yuran Penginapan.
- Yuran Kemudahan.
- Yuran-yuran lain yang diperlukan oleh pihak Universiti.
Syarat perjanjian untuk biasiswa ini adalah pelajar akan terikat dengan hospital yang memberikan tajaan biasiswa penuh , yang bermaksud selepas grade, pelajar akan diserap masuk kedalam hospital dan perlu bekerja di hospital tersebut antara 3-5 tahun.
Bantuan Wang Sara Diri Bulanan
Bantuan ini Khas diberikan kepada pelajar yang berasal dari keluarga berstatus B40. Pelajar yang layak akan menerima bantuan wang tunai sebanyak diantara RM200 sehjngga RM400 maksimum mengikut kelayakan Pelajar.
Jaminan Pekerjaan Penerima Bantuan Pelajar IPTA B40 – Program Perantis Barisan Hadapan Malaysia
Dibawah program Perantis Barisan Hadapan Malaysia (PBHM), pelajar juga mendapat JAMINAN PEKERJAAN selepas tamat pengajian melalui usaha sama antara MyEdu, Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan agensi pekerjaan. Usaha sama ini memberi graduan PBHM peluang untuk mendapat pekerjaan industri berkenaan, termasuk lebih 180 Hospital dan Klinik seluruh Malaysia. Bagi memastikan para pelajar dijamin pekerjaan, MyEdu telah mengadakan perjanjian dengan:
- IPT di mana Pelajar akan didaftarkan
- Panel Industri Pekerjaan
- SRIM Group (www.srim.my & KerjaKlinik.my)
SRIM Group dengan kerjasama HRDCorp dan PERKESO, telah melancarkan pelbagai program latihan kemahiran profesional yang disesuaikan di bawah PENJANAKERJAYA, satu inisiatif oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Artikel Berkaitan :
Kos Penginapan Bantuan Pelajar IPTA B40 – MyEdu
Program Perantis Barisan Hadapan Malaysia menanggung kos penginapan sepanjang tempoh pengajian termasuk semasa praktikal .
- Peralatan asas disediakan seperti katil, tilam, meja belajar dan almari.
- Jarak 10-15 minit ke institusi
- Penerima bantuan hanya perlu membayar kos utiliti sahaja.
Cara memohon Bantuan Pelajar IPTA B40 – Program Perantis Barisan Hadapan Malaysia
Pelajar yang ingin memohon hendaklah mengisi borang temuduga secara online ataupun secara bersemuka di pautan yang disediakan :
- Borang temuduga secara Online : https://www.myedu.my/temuduga-online/
- Borang temuduga secara bersemuka : https://www.myedu.my/temuduga-bersemuka/
Keistimewaan Bantuan Pelajar IPTA B40 – Program Perantis Barisan Hadapan Malaysia
Pelajar yang telah berdaftar ke IPT melaui Bantuan Pelajar IPTA B40 – program Perantis Barisan Hadapan Malaysia tidak dikecualikan daripada menerima bantuan daripada pihak lain seperti Yayasan Negeri, Pusat Zakat, dan NGO lain.
Semak Senarai Bantuan Pelajar IPTA B40 Bagi Setiap Negeri Dibawah :
Perlis
- Skim Agihan Pelajaran Serta Merta IPT: Klik untuk memohon
Kedah
- Skim Dermasiswa Awal IPT: Klik untuk memohon
- iBAKIPT: Klik untuk memohon
Pulau Pinang
- Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang: Klik untuk memohon
- iBITA: Klik untuk memohon
Perak
- Bantuan Kemasukkan IPTA/IPTS: Klik untuk memohon
Selangor
- Hadiah Pengajian IPT Selangor: Klik untuk memohon
- Bantuan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor: Klik untuk memohon
- Program Bantuan Yuran Pengajian IPTA/ IPTS Pelajar India B40: Klik untuk memohon
Kuala Lumpur
- Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT (MAWIP): Klik untuk memohon
- Bantuan Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Klik untuk memohon
Negeri Sembilan
- Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan: Klik untuk memohon
Melaka
- Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi: Klik untuk memohon
- Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT: Klik untuk memohon
Johor
- Skim Bantuan Zakat: Pendaftaran IPT(dalam Negara): Klik untuk memohon
- JCorp Bantuan Pendidikan: Klik untuk memohon
- Bantuan Pendaftaran IPTA/S : Klik untuk memohon
Pahang
- Bantuan Zakat Awal Ke IPT: Klik untuk memohon
Terengganu
- Bantuan IPT Online YPM: Klik untuk memohon
- Bantuan Persediaan IPT: Klik untuk memohon
Kelantan
- Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT: Klik untuk memohon
Sarawak
- Bantuan Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi: Klik untuk memohon
Sabah
- Bantuan Yuran Pendaftaran Awal IPTA/IPTS: Klik untuk memohon
- Bantuan Pendidikan Keraajan Sabah: Klik untuk memohon
Maklumat Lanjut mengenai Bantuan Pelajar IPTA B40 – Program Perantis Barisan Hadapan 2024
Maklumat lanjut boleh terus pergi ke halaman rasmi MyEdu di pautan yang diberikan : https://www.myedu.my/