Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Kerajaan Negeri Sabah / Bantuan Pelajar IPTA Sabah Merupakan Inisiatif terbaru daripada kerajaan negeri sebagai manifestasi yang menunjukkan bahawa kerajaan negeri peka dan mempunyai harapan yang tinggi terhadap generasi muda untuk melanjutkan pelajaran dan cemerlang dalam dunia IPT/IPTA.
Bantuan ini disalurkan kepada mereka yang berasal dari golongan B40 dan M40 yang berjaya meneruskan pelajaran ke IPT/IPTA dan bantuan ini akan diberikan secara one-off kepada mereka yang layak permohonan.
Cara Membuat permohonan Bantuan Pelajar IPTA Sabah
Permohonan Bantuan Pelajar IPTA Sabah ini boleh dibuat secara online, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu dengan memasukkan maklumat seperti Nama penuh, No Mykad, dan Emel. Pemohon perlu mengisi maklumat dengan betul sebelum teruskan pendaftaran permohonan.
- Pendaftaran pemohon boleh dibuat melalui laman web rasmi BUDI : Tekan Disini
- Masukkan Maklumat pendaftaran dan tekan daftar.
- Pendaftaran Berjaya, Sila semak emel anda bagi membuat pengesahan akaun pengguna.
- Pautan untuk mengesahkan akaun akan diberikan didalam email (SAHKAN AKAUN – BUDI)
- Tekan Pautan dan isikan maklumat Kata Laluan dan sahkan akaun.
- Pengesahan Berjaya, Anda kini boleh log masuk untuk membuat permohonan.
- Log masuk kedalam akaun BUDI menggunakan No Mykad dan Kata Laluan.
- Sila isikan borang secara atas talian, maklumat yang diperlukan ialah
- maklumat pemohon
- maklumat keluarga
- maklumat dokumen
- maklumat perakuan
- Sahkan permohonan dan hantar permohonan seletah siap mengisi borang secara dalam talian.
Kadar Bantuan Pelajar IPTA Sabah
- Diploma/Asasi & Matrikulasi : RM1,500
- Ijazah Sarjana Muda : RM2,000
Tips mengisi bantuan pelajar IPTA sabah
- Buat pengesahan di JPN terlebih dahulu untuk dokumen (Salinan Surat beranak, Salinan Kad Pengenalan pemohon & ibu-bapa)
- Dapatkan pengesahan surat bekerja/slip gaji daripada majikan, sekiranya ibu bapa tidak bekerja, dapatkan pengesahan daripada ketua kampung (surat pengesahan pendapatan).
- Dokumen dimuat naik dalam bentuk PDF, Sila rujuk disini cara memuat naik fail PDF
- permohonan yang berjaya akan diberitahu melalui emel dan nombor telefon yang didaftarkan.
Syarat permohonan Bantuan pelajar IPTA
- Warganegara malaysia berasal daripada Sabah dan berumur 25 tahun kebawah dan Ibu-bapa/penjaga pemohon berasal daripada golongan B40 dan M40.
- Pemohon Berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS bagi tahun 2024 (sepenuh masa) dan kemasukan kali pertama di seluruh Malaysia dan luar negera.
- Permohonan dibuat secara Online sahaja.
- Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti yang berikut
- Surat beranak (pemohon & ibu-bapa)
- Kad pengenalan (pemohon & ibu-bapa)
- Sijil cerai/sijil kematian (ibu-bapa) sekiranya ada
- Slip gaji/surat pengesahan bekerja (ibu-bapa) salah satu pun boleh.
- Surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS
- Surat pengesahan kemasukan daripada institusi pengajian pemohon
- Sumbangan one off akan disalurkan ke akaun sspn melalui PTPTN.
Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Pelajar IPTA Sabah
- Segala maklumat yang diprolehi boleh dirujuk dengan lebih lanjut melalui laman web rasmi BUDI : https://budi.sabah.gov.my/
- Kepada yang tinggal berdekatan Kota Kinabalu boleh terus berhubung dengan:
PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (TUGAS-TUGAS KHAS)
JABATAN KETUA MENTERITingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Telefon: 088-369872/088-369164/088-369897/088-369890
Cik Sheilla,
Cik Wasillah,
Puan Nur Fazillah,
Puan Noor Hayati.