Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat bantuan pendidikan Pelajar IPTA yang diberikan oleh Bahagian zakat dan fitrah Majlis Ugama Islam Sabah untuk mereka yang berkelayakan.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban bagi keluarga yang berkelayakan untuk merealisasikan impian anak-anak mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tingi iaitu Institut Pendidikan Tinggi IPT/IPTA.
Bantuan ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu pembelajaran pelajar yang serba kekurangan dengan menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk agar pelajar dapat membeli dan memiliki keperluan asas dan kelengkapan pembelajaran di universiti.
Artikel pada kali ini akan menerangkan beberapa skim bantuan pendidikan pelajar IPTA 2024 yang disediakan oleh pihak Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah
Senarai Bantuan Pendidikan Pelajar IPTA Sabah
Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah amat menitikberatkan soal pelajaran agar kejayaan dapat dinikmati di segenap penjuru negeri itu.
Justeru pelbagai bantuan pendidikan pelajar IPTA telah disediakan khas kepada mereka yang berkelayakan, antara bantuan yang disediakan ialah :
- Skim Bantuan Yuran Pendaftaran Awal (One-Off)
- Skim Bantuan Tiket Penerbangan (One-Off)
- Dermasiswa Pengajian Tinggi MUIS Bagi Pelajar Yang Mengikuti Bidang Pengajian Selain Pengajian Islam di IPTA/IPTS Tempatan
- Dermasiswa Pengajian Tinggi MUIS
Bagaimana Cara Memohon Bantuan Pendidikan Pelajar IPTA Sabah?
Permohonan bantuan pendidikan pelajar IPTA boleh di mohon dengan mengisi borang secara online di : appszakat.sabah.gov.my manakala dokumen sokongan perlu di emailkan kepada dermasiswa.zakatsabah@gmail.com
Apakah Syarat Permohonan Bantuan Pendidikan Pelajar IPTA Sabah?
Syarat permohonan adalah berbeza mengikut permohonan skim bantuan, Sila rujuk senarai syarat permohonan bagi setiap bantuan pendidikan pelajar IPTA dibawah:
Skim Bantuan Yuran Pendaftaran Awal (One-Off)
Syarat Permohonan:
- Warganegara dan Bermastautin di Sabah
- Umur 18 – 28 tahun sahaja
- Sijil/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Pertama
- Pelajar tahun semasa sahaja
- Pengajian Sepenuh Masa
- Tidak melebihi 6 bulan daripada tarikh pendaftaran semasa
Dokumen diperlukan:
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa
- Salinan tawaran kursus/ pengajian
- salinan slip gaji ibu-bapa (Jika tidak bekerja, sertakan surat pengesahan pendapatan daripada ketua kampung/pengerusi JKKK/Ketua Daerah/Ketua anak Negeri)
- Salinan penyata akaun bank pemohon yang masih aktif (kecuali tabung haji & ASB)
- Hantar dokumen softcopy ke pendidikan.zakatsabah@gmail.com
Skim Bantuan Tiket Penerbangan (One-Off)
Syarat Pemohonan
- Warganegara dan Bermastautin di Sabah
- Umur 18 – 28 tahun sahaja
- Sijil/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Pertama
- Pelajar tahun semasa sahaja
- Pengajian Sepenuh Masa
- Tidak melebihi 6 bulan daripada tarikh pendaftaran semester 1
Dokumen Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa
- Salinan tawaran kursus/ pengajian
- Salinan slip gaji ibu-bapa (Jika tidak bekerja, sertakan surat pengesahan pendapatan daripada ketua kampung/pengerusi JKKK/Ketua Daerah/Ketua anak Negeri)
- Salinan tiket penerbangan yang lengkap beserta harga pembelian tiket (Pastikan tertera Booking Number, Destinasi dan Harga Tiket)
- Salinan penyata akaun bank pemohon yang masih aktif (kecuali tabung haji & ASB)
- Hantar dokumen softcopy ke pendidikan.zakatsabah@gmail.com
Dermasiswa Pengajian Tinggi MUIS Bagi Pelajar Yang Mengikuti Bidang Pengajian Selain Pengajian Islam di IPTA/IPTS Tempatan
Syarat Pemohonan
- Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir miskin dan mualaf.
- Warganegara Malaysia dan berasal dari Sabah
- Umur 18 – 28 tahun sahaja
- Hanya Kolej/Universiti yang mendapat pengiktirafan MQA sahaja akan dipertimbangkan
- Bermastautin / Tinggal di Negeri Berkenaan
- Program yang diikuti mestilah menepati hukum syarak dan pasaran kerja
- Borang permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan dipertimbangkan
- Mengisi borang secara online di appszakat.sabah.gov.my
Dokumen Diperlukan
- Satu gambar berukuran pasport (Softcopy)
- Salinan surat tawaran
- salinan surat pengesahan pelajar yang terkini daripada kolej/universiti
- salinan kad pengenlan pemohon beserta sijil lahir
- salinan kad pengenalan ibu-bapa/penjaga
- salinan sijil persekolahan berkaitan SPM/STPM/STAM/ 0′ levels/Diploma
- salinan slip gaji ibu-bapa (Jika tidak bekerja, sertakan surat pengesahan pendapatan daripada ketua kampung/pengerusi JKKK/Ketua Daerah/Ketua anak Negeri)
- Surat pengesahan daripada kolej/universiti tidak mendapat tajaan daripada mana mana badan penaja atau institut kewangan
- Salinan penyata akaun bank pemohon yang masih aktif (kecuali tabung haji & ASB)
- Alamat E-mail pelajar yang aktif
Ikuti Channel Whatsapp dan Telegram kami agar anda tidak terlepas dengan bantuan semasa yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri sabah ;
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/Deskriptf
Dermasiswa Pengajian Tinggi MUIS
Syarat Pemohonan
- Warganegara Malaysia, Bumiputera Sabah dan bermastautin di Sabah
- Umur 18 – 28 tahun sahaja
- Hanya Kolej/Universiti yang mendapat pengiktirafan MQA sahaja akan dipertimbangkan
- Bermastautin / Tinggal di Negeri Berkenaan
- Program yang diikuti mestilah menepati hukum syarak dan pasaran kerja
- Borang permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan dipertimbangkan
- Mengisi borang secara online di appszakat.sabah.gov.my
Dokumen Diperlukan
- Satu gambar berukuran pasport (Softcopy)
- Salinan surat tawaran
- salinan surat pengesahan pelajar yang terkini daripada kolej/universiti
- salinan kad pengenlan pemohon beserta sijil lahir
- salinan kad pengenalan ibu-bapa/penjaga
- salinan sijil persekolahan berkaitan SPM/STPM/STAM/ 0′ levels/Diploma
- salinan slip gaji ibu-bapa (Jika tidak bekerja, sertakan surat pengesahan pendapatan daripada ketua kampung/pengerusi JKKK/Ketua Daerah/Ketua anak Negeri)
- Surat pengesahan daripada kolej/universiti tidak mendapat tajaan daripada mana mana badan penaja atau institut kewangan
- Salinan penyata akaun bank pemohon yang masih aktif (kecuali tabung haji & ASB)
- Alamat E-mail pelajar yang aktif
Maklumat Lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Pelajar IPTA Sabah 2024
untuk maklumat lanjut dan juga permohonan anda boleh terus ke laman web rasmi bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah di : https://appszakat.sabah.gov.my/
Pemohon juga boleh terus pergi ke alamat :
Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)
Tingkat 1, Blok A & B, Wisma MUIS
Peti Surat 11666,
88818 Kota Kinabalu Sabah
Atau boleh terus menghubungi Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS) di talian : 088-279206 / 279203
Email : zakat@sabah.gov.my
Penafian : Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
artikel menarik