SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH RM300 SECARA ONLINE MELALUI PORTAL RASMI INFO BANTUAN KERAJAAN 2025.
Bantuan ini dikenali sebagai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025. Pada peringkat awal Bantuan ini mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima. Bantuan ini juga diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya semasa musim perayaan utama.
Baca Juga : Semakan Jumlah STR 2025: Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 , STR Fasa 2 2025 : Semakan Status dan Tarikh Agihan Bayaran
Isi Kandungan
Apa itu Bantuan Sabah RM300

Bantuan Sabah RM300 merupakan Program Sentuhan Kasih Rakyat bertindak sebagai sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah.
Program ini juga merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif, dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang paling memerlukan.
Tarikh Pemberian Bantuan Sabah RM300
Bantuan akan diberikan secara berfasa pada Bulan Febuari 2025. Tarikh rasmi akan diumumkan dari masa ke semasa oleh kerjaan negeri Sabah.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Sabah RM300 2025
Syarat dan kelayakan seperti berikut:
- Warga Malaysia (Rakyat Sabah
- Menetap di Negeri Sabah
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar
- Ketua Isi Rumah termasuk ahli keluarga berumur 18 tahun ke atas
Inisiatif Bantuan Sabah RM300
Sabah adalah salah satu dari empat buah negeri yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tinggi melebihi paras nasional.
Bilangan isi rumah di bawah miskin tegar di Sabah meliputi 38 peratus atau 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah di Malaysia. Bahkan menurut Menteri Ekonomi, Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebanyak tujuh daripada 10 daerah termiskin di seluruh negara juga direkodkan di Sabah.
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menunjukkan jurang yang ketara jika dibandingkan dengan kadar di peringkat nasional, iaitu hanya 0.2 peratus. Daerah Tongod mencatatkan kadar kemiskinan tegar tertinggi di Sabah dengan 5.9 peratus, diikuti oleh Beluran sebanyak 5.0 peratus, Pitas (4.8 peratus), dan Kinabatangan (4.6 peratus).
Selain itu, beberapa daerah lain seperti Kota Marudu mencatatkan kadar 4.0 peratus, Tuaran (2.6 peratus), Ranau (2.4 peratus), dan Lahad Datu juga pada kadar 2.4 peratus. Kadar ini menunjukkan konsentrasi kemiskinan tegar yang tinggi di beberapa kawasan tertentu di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.
Kenyataan Media Rasmi GRS – Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menggerakkan jenteranya di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengesan golongan miskin dan miskin tegar untuk memastikan mereka yang dalam kriteria penerima tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025.
Senarai nama yang dikumpul akan diserahkan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan program ini.
Mekanisme pelaksanaan Program SYUKUR telah diluluskan oleh Kabinet Negeri, dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada Rabu lalu telah mengarah pelaksanaan bantuan program ini dengan serta merta.
Di bawah program ini, ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Sabah akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM300, yang akan dilaksanakan secara berperingkat setiap suku tahun.
SYUKUR merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk meringankan bebas sara hidup rakyat dan tambahan kepada program bantuan tunai yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗟𝗜 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗭𝗜
𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗜𝗙
𝗚𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
𝟮𝟲 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱
Sumber: Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah
Penafian
Bantuan Sabah RM300 by Bantuan Kerajaan : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.
Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.