Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar IPTA Tahun 2024

Bagi Ramai pelajar IPTA, bantuan tiket penerbangan merupakan satu keredaan buat mereka kerana kos perjalanan, terutamanya tiket penerbangan yang sering menjadi beban kerana kos yang terlalu tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengambil breat mengenai isu ini kerana bantuan ini bukan sahaja mampu meringankan beban para pelajar IPTA tetapi juga mampu menyokong kejayaan akedemik para pelajar IPTA.

Apakah itu Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar

Bagi pelajar yang tidak mempunyai pilihan lain selain menaiki kapal terbang untuk sampai ke tempat belajar, pelajar seringkali terbeban dengan kos yang agak mahal sekiranya ingin pergi atau balik dari tempat belajar.

Pihak kerajaan menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap isu ini dengan memperkenalkan beberapa inisiatif bagi meringankan beban kewangan mereka.

Dalam usaha memastikan pelajar dapat pulang ke kampung halaman dan pergi ke IPTA tanpa bebanan kos yang tinggi, beberapa inisiatif telah dilancarkan sebagai contoh ; program tiket subsidi, penubuhan dana khas dan bermacam macam lagi.

Berikut disenaraikan Bantuan tiket penerbangan yang ditawarkan bagi setiap negeri di Malaysia.

Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Flysiswa

454194338 18429684445068331 3268027213094699595 n
Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar IPTA Tahun 2024 6

Flysiswa adalah subsidi tiket penerbangan untuk membantu pelajar yang sedang menuntut di Unicersiti Awam, Politeknik, Kolje komuniti, Kolej Matrikulasi dan IPG.

Subsidi ini mambantu pelajar untuk menampung kos tiket penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Syarat Kelayakan Bantuan Tiket Kapal Terbang Flysiswa

Syarat kelayakan bantuan tiket kapal terbang flysiswa adalah seperti berikut :

  • Berasal dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan tetapi sedang menuntut di Semenanjung.
  • Berasal dari Semenanjung tetapi sedang menuntut di Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Berasal dari Sabah tetapi sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Berasal dari Sarawak tetapi sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan tetapi sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.

Kriteria

  • Pelajar mestilah berdaftar dengan institusi pendidikan pada 31 Disember 2023 untuk Fasa 1 atau 31 Mac 2024 untuk Fasa 2.
  • Permohonan baucar boleh dibuat dari 1 Mei 2024 hingga 30 November 2024.
  • Tarikh akhir rayuan adalah 30 September 2024.
  • Baucar boleh ditebus sehingga 31 Disember 2024. Tiket untuk perjalanan selepas tarikh ini masih dibenarkan.

* Subsidi ini hanya untuk tiket penerbangan sehala atau dua hala kelas ekonomi.

* Sah untuk penerbangan dengan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings, dan FireFly.

flysiswa airasia
Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar IPTA Tahun 2024 7

Link permohonan : https://subsidiudara.mot.gov.my/

bantuan tiket penerbangan
Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar IPTA Tahun 2024 8

Selain itu , terdapat beberapa lagi skim bantuan tiket penerbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri Sabah, rujuk senarai bantuan tiket penerbangan bagi setiap negeri dibawah :

Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan

Bantuan Tiket Penerbangan Sabah

Sistem Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah -Kerajaan Negeri

Bantuan Khas tiket penerbangan secara one-off oleh kereajaan Negeri Sabah.

Bantuan Subsidi tiket penerbangan ini tidak terhad digunakan sempena Aidilfitri sahaja Sebaliknya boleh digunakan pada bila-bila masa sehingga Oktober tahun 2024. permohonan boleh dilakukan secara online menerusi pautan yang disediakan dibawah atau klik pada butang ‘Mohon Sekarang’

Link Permohonan : https://subfly.sabah.gov.my/

bantuan tiket penerbangan
Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar IPTA Tahun 2024 9

Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar IPTA – Bahagian Zakat Fitrah

Bantuan ini diberikan kepada Pelajar dalam kategori Fakir, Miskin dan Mualaf. permohonan secara Online melalui sistem aplikasi Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis ugama islam negeri sabah

Link permohonan : https://appszakat.sabah.gov.my/user/index.php

bantuan tiket penerbangan
Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar IPTA Tahun 2024 10

Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

One comment

  1. Your blog is a testament to your expertise and dedication to your craft. I’m constantly impressed by the depth of your knowledge and the clarity of your explanations. Keep up the amazing work!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *