Cara Buka Akaun Tabung Haji Online

Dengan aplikasi THiJARI, Anda boleh buka akaun Tabung Haji untuk diri sendiri atau anak anda secara mudah tanpa perlu hadir ke pejabat Tabung Haji. Selain menyimpan duit, tujuan utama membuka akaun ini adalah untuk mencapai impian untuk menunaikan haji di Tanah Suci.

Selain menabung, anda juga akan menikmati dividen tahunan pada kadar 3.10% , dan juga simpanan ini dijamin patuh syariah.

Sebagai pendeposit, anda berpeluang memenangi hadiah menarik melalui pelbagai kempen yang diadakan, manakala anak-anak yang memiliki akaun turut dapat menikmati faedah sebagai ahli Kelab TaHa.

Kelebihan Buka Akaun Tabung Haji (TH)

buka akaun tabung haji 3
Cara Buka Akaun Tabung Haji Online 6

Antara kelebihan membuka akaun tabung haji ialah:

  • Menyantuni para dhuyufurrahman (jemaah haji)
  • Dikecualikan daripada cukai
  • Ditunaikan kewajipan zakat
  • Mematuhi shariah Islam
  • Dijamin oleh Kerajaan
  • Tiada had simpanan

Syarat Buka Akaun Tabung Haji (TH)

  • Beragama islam dan waras
  • Warganegara Malaysia

Kategori Akaun Tabung Haji (TH)

kategori buka akaun tabung haji
Cara Buka Akaun Tabung Haji Online 7
  • Akaun dewasa
  • Akaun kanak-kanak

Akaun Dewasa

  • Berusia 18 tahun dan keatas mengikut tarikh lahir
  • Membawa dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa mendaftar akaun

Akaun Kanak-Kanak

  • Untuk anak di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
  • Penjaga yang sah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961, dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  •  Penjaga harus memiliki akaun TH dan menjadi warganegara Malaysia.
  • Satu penjaga sah sahaja dibenarkan bagi setiap akaun.
  • Penjaga perlu membawa sijil kelahiran anak dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
  • Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid serta salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pembukaan Akaun Kanak-kanak.

Cara Buka Akaun Tabung Haji Online

Kini, pembukaan akaun Tabung Haji lebih mudah dengan hanya menggunakan aplikasi online! langkah untuk membuka akaun juga adalah sangat mudah .

buka akaun tabung haji
Cara Buka Akaun Tabung Haji Online 8

Anda boleh membuka akaun secara dalam talian dengan mudah melalui laman web rasmi ataupun aplikasi THiJARI. Pendeposit hanya perlu mengisi butiran dalam talian dan seterusnya mengunjungi mana-mana cawangan TH untuk membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan dengan membawa MyKad serta amaun deposit permulaan.

langkah-langkah buka akaun tabung haji secara online ialah:

  • Layari laman web https://www.thijari.com.my/
  • Klik pada pautan ‘Tiada Akaun TH? Buka Sekarang!’
  • Isi borang online yang disediakan dengan maklumat yang diperlukan.
  • Kunjungi mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan untuk melakukan pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.

Pertukaran Status Akaun Tabung Haji

  • Penjaga disarankan untuk mengemaskini status Akaun Kanak-kanak kepada Akaun Dewasa apabila anak di bawah jagaan mencapai umur lebih daripada 18 tahun. Permohonan untuk pertukaran ini boleh dilakukan di mana-mana pejabat cawangan TH oleh penjaga akaun kanak-kanak, dengan syarat penjaga dan pendeposit hadir bersama semasa urusan pertukaran.
  • Penjaga hanya dapat menguruskan akaun kanak-kanak bagi mereka yang berumur di bawah 18 tahun
official banner link telegram deskriptf
Cara Buka Akaun Tabung Haji Online 9
official banner link telegram deskriptf
Cara Buka Akaun Tabung Haji Online 10

Untuk maklumat lanjut :

Penafian :

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *