Kami akan menerangkan Cara daftar SSM Secara online, tetapi tahukah anda apa itu ssm? , SSM singkatan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia , Sebuah organisasi yang menguruskan pendaftaran dan juga mengawal syarikat yang berdaftar di seluruh Malaysia.
Sekiranya ada tujuan untuk memulakan sebuah perniagaan . Perkara penting yang perlu dilakukan ialah mendaftar nama syarikat dan jenis perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM
Mungkin ramai lagi yang tidak tahu ataupun kurang mahir dengan cara mendaftar SSM secara online. Di sini kami akan menerangkan secara terperinci cara mendaftar perniagaan anda secara online tanpa perlu pergi ke pejabat ssm bertur panjang dan menunggu lama.
Cara Daftar SSM secara Online
Terdapat Lima langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftar perniagaan anda dibawah Suruhajaya Syarikat Malaysia.
Tetapi Sebelum memulakan langkah yang pertama, amatlah penting untuk anda memahami dan menentukan jenis perniagaan anda terlebih dahulu,
Jenis perniagaan terbahagi kepada 3 iaitu:
- Perniagaan Tunggal (Sole proprietorship) : perniagaaan yang diuruskan oleh Individu.
- Perkongsian (Partnership) : perniagaan yang diuruskan lebih dari satu orang.
- Syarikat Sendirian Berhad (Private Limited Company) : Entiti berasingan dengan liabiliti terhad
1. Daftar Akaun di Portal EzBiz
anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum memulakan proses pendaftaran syarikat dibawah SSM.
- Klik pada pautan laman web rasmi EzBiz SSM disini.
- Klik “Daftar Akaun” dan isikan segala maklumat yang diperlukan.
- Klik “Hantar” dan pengesahan akaun akan dihantar melalui E-mail.
2. Log Masuk
Masukkan kata laluan dan dan ID yang telah didaftarkan.
3. Isi borang pendaftaran
Setelah berjaya masuk, terdapat paparan borang pendaftaran yang perlu anda isi. Anda perlu pilih jenis perniagaan yang ingin di daftar dan memasukkan maklumat seperti:
- Nama Perniagaan
- Jenis Perniagaan
- Alamat Perniagaan
- Butiran Pemilik
4. Muat Naik Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan wajib disertakan untuk mendapat kelayakan pendaftaran dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Senarai dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan individu @ Rakan kongsi
- Borang 9, 24 & 9 (Syarikat SDN BHD)
- Borang A (Perniagaan Tunggal / Perkongsian)
Sekiranya anda tidak tahu bagaimana menyediakan dokumen sokongan, boleh semak disini : Cara Tukar Dokumen Fizikal menjadi PDF
5. Bayar Yuran Pendaftaran SSM
Setelah melengkapkan borang dan memuat naik dokumen sokongan, Langkah terakhir yang perlu dilakukan adalah membayar yuran pendaftaran SSM, Jumlah Bayaran adalah berbeza-beza mengikut jenis perniagaan yang didaftarkan, Jumlah Bayaran adalah seperti yang dinyatakan dibawah:
- Pendaftaran Baharu SSM :
Nama Tred : RM60.00/Tahun
Nama Sendiri : RM30.oo/Tahun
Cawangan : RM5/Tahun bagi setiap cawangan - Ubah Maklumat Perniagaan : RM20.00
- Tambah Maklumat Perniagaan : RM10.00
Pembayaran boleh dibuat secara online menggunakan FPX/Credit Card.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lengkap pembayaran, sila klik pada pautan ini untuk mendapatkan fee bayaran lengkap : https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Services/Registration-of-Business-(ROB)/table-of-fees/lampiran_2-table_of_feese.pdf
anda akan dimaklumkan sekiranya berjaya mendaftar syarikat anda dibawah SSM , sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat No dan sijil pendaftaran SSM. Semakan boleh dibuat di Laman web rasmi SSM e-info
Semak No Pendaftaran SSM melalui SSM e-info
Layari Laman web rasmi SSM e-info dipautan yang diberikan: https://www.ssm-einfo.my/ , Log masuk kedalam akaun anda dan cari menggunakan nama syarikat atau no pendaftaran. Butiran syarikat akan dipaparkan .
Maklumat Lengkap Cara Daftar SSM secara Online
Maklumat lengkap mengenai cara daftar SSM boleh rujuk di laman web rasmi SSM di pautan yang diberikan : https://www.ssm.com.my/Pages/Services/Registration-of-Business-(ROB)/Registration-of-Business-(ROB).aspx
anda juga boleh menghubungi pihak SSM ataupun mengunjungi terus pejabat SSM yang berdekatan di : https://www.ssm.com.my/Pages/contact-us.aspx
Baca juga :
Penafian : Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
cara daftar ssm cara daftar ssm cara daftar ssm cara daftar ssm