Cara lembutkan daging. – Dalam dunia masakan, proses untuk melembutkan daging sebelum dimasak adalah sangat penting. Terdapat beberapa petua tradisional mengenai cara untuk melembutkan daging. Salah satu petua yang selalu digunakan ialah dengan menggunakan sudu. Berkesan atau tidak?
Mengempukkan daging dengan menepuk menggunakan sudu boleh meningkatkan kelembutan daging tersebut. ini kerana mereka beranggapan bahawa proses menepuk dengan sudu boleh memecahkan serat-serat otot dan menghasilkan daging yang lebih lembut. Namun, tidak dapat dibuktikan dari segi saintifik.
Merendam Sudu stainless steel didalam periuk untuk melembutkan daging?
Salah satu teknik cara lembutkan daging dalam dunia masakan adalah dengan memasukkan sudu ke dalam periuk ketika merebusnya. Tetapi adakah teknik ini berkesan?.
Jika sudu stainless steel boleh melembutkan daging, ianya mungkin disebabkan oleh bahan yang dilepaskan dari sudu tersebut semasa proses merebus. Bahan seperti besi atau kromium mungkin dilepaskan ke dalam daging. Walaupun besi tidak membahayakan kesihatan pada kadar rendah, kromium boleh menjadi beracun dalam jumlah yang lebih tinggi.
5 Cara Lembutkan Daging Dengan Berkesan
Sebagai alternatif kepada merebus daging dengan menggunakan sudu, Mari kita mencuba petua atau kaedah lembutkan daging berikut. Kaedah-kaedah ini terbukti berkesan secara saintifik :
1. Lembutkan daging Menggunakan Bahan Berasid
Asid memainkan peranan penting dalam melembutkan daging yang keras. rendam daging didalam perapan yang mengandungi bahan berasid seperti: jus lemon, limau, cuka, susu mentega atau yogurt. Bahan makanan berasid ini dapat membantu memecahkan protein yang keras pada daging. ini adalah cara lembutkan daging yang sering digunakan.
Jangan rendam daging terlalu lama kerana asid boleh menghancurkan struktur protein daging dan mengakibatkan daging menjadi terlalu lembut dan hancur. Sebaiknya rendam dalam perapan selama 30 minit hingga dua jam sahaja.
2. Lembutkan daging Menggunakan Garam
Selain bahan berasid, anda boleh menggunakan garam sebagai cara untuk lembutkan daging. Letak Garam dipermukaan daging sebelum dimasak dan biarkan selama satu hingga dua jam. Sebelum memasak, bilasterlebih dahulu daging yang disaluti garam dan keringkan . Kaedah ini membantu memecahkan serat otot daging untuk hasil yang lebih lembut dan lebih lezat.
3. Lembutkan Daging dengan menumbuk dan memukul.
Memukul daging menggunakan penukul khas adalah cara yang efektif untuk melembutkan daging. Namun, jika terlalu kasar atau terlalu lama, daging boleh menjadi terlalu hancur dan lembut. Sebaiknya gunakan penukul khas yang dilengkapi dengan puluhan jarum tajam atau mata yang menembusi daging dengan lembut. Ini membantu mengurangkan kerosakan pada serat daging.
4. Lembutkan Daging dengan Potong Melawan Urat Daging.
Teknik memotong daging melawan urat adalah teknik yang paling kerap digunakan dan terbukti sangat berkesan. Pastikan tidak mengiris daging searah dengan urat daging. Potong daging melawan arah dan lebih baik jika potongan lebih nipis. Cara ini akan mempercepat proses memasak daging.
5. lembutkan daging menggunakan api yang perlahan,
Memasak daging yang keras dengan api perlahan dalam jangka masa yang lebih lama dapat membantu mendapatkan daging yang lembut. Proses ini akan menjadikan serat yang , kolagen, dan tisu daging untuk menjadi terurai seterusnya menghasilkan daging yang lebih lembut dan sedap.
Cara lembutkan daging yang lain ialah, anda boleh menggunakan teknik ‘braise’ dengan menggunakan fungsi Oven untuk memasak daging dengan suhu perlahan.
Baca juga:
sumber: https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/cara-melembutkan-daging/