Tax Identification Number ataupun Nombor Cukai Pendapatan merupakan nombor khas yang diperuntukkan kepada setiap rakyat malaysia yang membayar cukai, Nombor ini adalah unik iaitu setiap orang mempunyai Tax Identification Number yang berlainan.
Apa itu Nombor Cukai Pendapatan – Tax Identification Number (TIN)
Tax Identification Number mempunyai 12 digit yang masing2 membawa maklumat tertentu, Maklumat yang dimaksudkan ialah:
- 2 nilai pertama merupakan kod pemeriksaan cukai kepada individu.
- 6 digit berikut merupakan nombor siri yang akan disimpan didalam maklumat data senarai pendaftar.
- 2 digit terakhir merupakan kawalan ataupun sekuriti, tujuan nombor ini adalah untuk mengesahkan ketepatan nombor tersebut, nombor ini diprolehi melalui algoritma khas.
Senarai Kategori yang Mempunyai Tax Identification Number:
pembayar cukai yang disenaraikan dibawah adalah diwajibkan untuk mempunyai nombor cukai pendapatan
- Pembayar cukai yang boleh ditaksir dan boleh dikenakan cukai.
- Pembayar cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan borang nyata.
Bagaimana Pihak LHDN memberikan Nombor Cukai Pendapatan – Tax Identification Number?
Nombor cukai pendapatan diberikan oleh pihak LHDN melalui beberapa keadah iaitu kaedah permohonan yang dibuat ataupun diberikan oleh pihak hasil melalui:
- Pendaftaran secara automatik seperti Pendaftaran nombor cukai pendapatan individu melalui potongan cukai bulanan (PCB) .
- Pendaftaran secar automatik bagi syarikat baharu yang telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak kira syarikat tempatan ataupun syarikat asing melalui portal MyCoID
- Memohon nombor cukai pendapatan secara dalam talian di e-daftar.
- Memohon nombor cukai pendapatan secara manual di mana-mana cawangan HASIL yang berdekatan.
Cara Memohon Tax Identification Number Secara Online
kepada yang tidak mempunyai nombor cukai pendapatan, Nombor ini boleh mohon secara online di laman web https://mytax.hasil.gov.my/ ,
- Pendaftaran : Tekan e-Daftar. masukkan segala maklumat yang diperlukan dan sediakan Dokumen sokongan.
- Log Masuk : Selepas proses pendaftaran selesai, sila log masuk dengan menekan log masuk kali pertama, pilih jenis pengenalan (kad pengenalan/No. Pasport/No. Tentera/No. Polis), masukkan nombor pengenalan dan klik butang “Hantar”.
- Aktifkan Sijil Digital: Setelah log masuk selesai, anda perlu aktifkan sijil digital dengan mengklik pada pautan pengaktifan yang dihantar didalam email yg anda daftarkan. Sila ambil maklum bahawa pautan hanya Sah selama (2) hari bermula dari email pengaktifan dihantar.
Maklumat Lengkap mengenai Nombor Cukai Pendapatan – Tax Identification Number
Sila Rujuk User Manual dibawah untuk proses lengkap cara mendapatkan nombor cukai pendapatan secara online. :
anda juga boleh merujuk laman web rasmi HASIL untuk keterangan lanjut : https://www.hasil.gov.my/situasi-saya/soalan-lazim/
Baca juga :
Penafian: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.