Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara semak status halal JAKIM yang mudah menggunakan aplikasi Smart Halal dan Verify Halal.
Halal JAKIM mrupakan pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), JAKIM bertanggungjawab memastikan produk dan perkhidmatan di Malaysia mematuhi syarat-syarat halal yang ditetapkan oleh syariat Islam.
Pensijilan Halal JAKIM diiktiraf dan mempunyai reputasi tinggi di peringkat antarabangsa.
Apa itu Status Halal JAKIM ?
Status Halal JAKIM merupakan pengiktirafan bahawa produk, perkhidmatan, atau proses mematuhi syariat Islam dan memastikan bahawa bahan-bahan dan proses bebas dari unsur haram.
Penjelasan Status Halal JAKIM:
- Bahan-Bahan: bahan-bahan yang digunakan hendaklah halal, bebas dari sumber haram seperti babi, anjing, dan haiwan yang tidak disembelih menurut kaedah Islam serta bebas dari alkohol dan bahan yang memudaratkan kesihatan.
- Proses Pengilangan dan Penyediaan: Proses pengilangan dan penyediaan hendaklah mengikut garis panduan Islam. Termasuklah cara penyembelihan, kebersihan tempat pemprosesan, dan tiada pencemaran silang dengan bahan haram.
- Pemeriksaan dan pengesahan: Status halal dapat diperoleh melalui pemeriksaan dan pengesahan oleh pihak yang berautoriti, seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau pihak halal antarabangsa yang diiktiraf. Proses ini melibatkan audit terhadap bahan-bahan, proses, dan tempat pemprosesan.
- Sijil halal: diberikan setelah produk atau perkhidmatan setelah lulus pemeriksaan dan sah untuk tempoh tertentu. Perlu diperbaharui setelah tamat. Sijil ini membuktikan bahawa produk tersebut mematuhi semua syarat halal.
- Label Halal: Produk yang disahkan halal akan mempunyai label yang diiktiraf pada pembungkusan mereka. Label ini dapat membantu pengguna mengenal label halal dengan mudah.
- Prinsip Halalan Toyyiban : Selain mematuhi syarat halal, produk juga perlu memenuhi konsep toyyib, iaitu bersih, suci, selamat, dan berkualiti. Ini memastikan produk bukan sahaja halal tetapi baik untuk kesihatan dan selamat digunakan.
- Pelbagai sektor: Status halal bukan sahaja meliputi makanan tetapi juga meliputi pelbagai sektor seperti kosmetik , farmaseutikal, produk penjagaan diri, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi.
Mengapa Status Halal Perlu disemak ?
Status halal perlu disemak bagi memastikan bahawa makanan, minuman, produk, atau perkhidmatan yang kita gunakan mematuhi syariat Islam.
Berikut adalah beberapa sebab utama mengapa semakan status halal perlu dilakukan:
- Mematuhi Hukum Syariah : Umat Islam wajib memastikan setiap aspek kehidupan, termasuk pemakanan dan penggunaan produk, adalah halal dan toyyib, sesuai dengan tuntutan agama islam
- Keselamatan Dan Kesihatan : Produk atau bahan yang digunakan hendaklah bebas dari bahan-bahan yang membahayakan kesihatan . Proses pemeriksaan yang ketat perlu dijalankan terhadap bahan-bahan yang digunakan dan cara pemprosesan .
- Kepastian & Keyakinan : Semakan status halal terhadap sesuatu produk dapat meyakinkan pengguna bahawa barang yang digunakan adalah selamat dan sesuai mengikut panduan agama islam.
- Mengelakkan Keraguan: Mengelakkan perkara yang meragukan sangat digalakkan dalam islam. Dengan membuat semakan status halal , kita dapat mengelakkan sebarang keraguan dari segi halal atau haram produk tersebut.
- Sokongan Ekonomi Halal : Dengan menyokong pproduk atau perkhidmatanyang mempunyai sijil halal di Malaysia , kita dapat membantu mengembangkan ekonomi yang leboh beretika berteraskan nilai-nilai dalam islam .
Cara Semak Status Halal JAKIM
Berikut merupakan langkah untuk menyemak status Halal JAKIM menggunakan dua aplikasi khusus :
SMART HALAL
Smart Halal Merupakan aplikasi yang dapat membantu pengguna untuk semak status halal dilengkapi dengan fungsi mendapatkan lokasi serta maklumat tentang pembekal yang telah diiktiraf dan diberi Pensijilan Halal Malaysia oleh pihak berautoriti di negara ini (JAKIM dan JAIN)
Cara Semak Status Halal Menggunakan Aplikasi Smart Halal
- Log masuk ke aplikasi Smart Halal.
- Pergi ke bahagian “Menu” dan pilih “Search”.
- Masukkan “Nama Produk” dan pilih “Kategori” yang sesuai.
- Senarai maklumat berkaitan status Halal produk akan terpapar di skrin anda.
VERIFY HALAL
Aplikasi Verify Halal membantu pengguna semak status halal produk dengan mengimbas barkod. Ia menyemak data dari 60 badan pensijilan global. Anda juga boleh menyemak senarai produk, premis, rumah sembelihan, dan badan pensijilan halal luar negara.
Cara Semak Status Halal Menggunakan Aplikasi Verify Halal
- Log masuk ke aplikasi Verify Halal.
- Pada Home Screen, klik pada butang hijau di tengah skrin untuk scan barcode produk yang anda ingin buat semakan Halal.
- Senarai maklumat berkaitan status Halal produk akan terpapar di skrin anda.
Maklumat Lanjut Mengenai Cara Semak Status Halal JAKIM
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Cara semak status halal JAKIM, sila rujuk pautan rasmi JAKIM : Disini , anda juga boleh menghubungi pihak jakim di talian : 03-8870 7000
Artikel Trending
Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.