Mesti ramai yang tertanya tanya, bagaimana cara tukar Dokumen fizikal menjadi pdf?. Kini, segala jenis dan bentuk permohonan online memerlukan dokumen sokongan untuk disertakan bersama, permasalahannya adalah borang yang diprolehi dalam bentuk kertas fizikal, dan perlu di muat naik kedalam internet dalam bentuk PDF.
Sekiranya anda tidak mempunyai klu, atau tidak mengetahui cara tukar borang manual menjadi PDF, Artikel ini akan menerangkan beberapa cara yang boleh dilakukan dengan mudah dan juga percuma.
Borang Online Memerlukan Dokumen Sokongan Dalam Bentuk PDF?
Seperti yang anda boleh lihat, gambar diatas merupakan salah satu contoh permohonan online yang memerlukan dokumen sokongan dalam bentuk PDF. Majoriti borang online pada hari ini mewajibkan pemohon untuk menyertakan dokumen dalam bentuk pdf.
Jangan khawatir jika tidak tahu. Artikel ini akan menerangkan beberapa cara yang mudah untuk melakukannya, antara cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan aplikasi telefon pintar. Berikut senarai aplikasi yang menyediakan fungsi untuk tukar dokumen fizikal menjadi PDF
- TapScanner – PDF Scanner App : https://play.google.com/store/apps/details id=pdf.tap.scanner&hl=en&pli=1
- Image to PDF: PDF Converter : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.readpdf.pdfreader.pdfviewer&hl=en
- PDF Scanner – Document Scanner : https://play.google.com/store/apps/details?id=pdfscanner.scan.pdf.scanner.free
- CamScanner – Scanner, PDF maker : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.intsig.camscanner&hl=en_US
- PDF Scanner App: Document Scan : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.camscanner.documentscanner.pdfscanner.textscanner.photos.scanner&hl=en_US
Untuk pengguna IoS dan huawei , anda boleh cari aplikasi diatas didalam app store & Huawei App Gallery.
Panduan Tukar Dokumen Fizikal Menjadi PDF
Asas proses tukar dokumen fizikal menjadi PDF adalah, anda perlu mengambil gambar dokumen menggunakan salah satu aplikasi yang tersenarai diatas. Kesemua aplikasi yang disenaraikan diatas mempunyai fungsi yang hampir sama tetapi ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Artikel ini akan menggunakan salah satu aplikasi diatas sebagai panduan anda untuk tukar dokumen fizikal menjadi PDF. Aplikasi yang akan digunakan ialah Nombor 3. PDF Scanner kerana aplikasi ini menyediakan fungsi tukar dokumen secara percuma dan anda mempunyai pilihan untuk membuang watermark secara percuma.
- Muat turun Aplikasi PDF Scanner – Document Scanner : https://play.google.com/store/apps/details?id=pdfscanner.scan.pdf.scanner.free
- Buka Aplikasi dan Anda akan melihat paparan seperti gambar dibawah.
- Tekan butang camera seperti gambar diatas, seterusnya allow camera access untuk mengambil gambar dokumen.
- Ambil gambar dokumen.
- Set gambar tersebut menjadi bentuk PDF.
- Save
Alternatif Mudah Tukar Dokumen Fizikal menjadi PDF
Untuk pengguna IoS, anda boleh menggunakan aplikasi Notes.
- Buka aplikasi Notes dan Create New Notes.
- Tekan Ikon Camera dan pilih Scan Documents
- Hadapkan Camera anda ke Dokumen yang ingin di Scan.
- Fungsi crop akan muncul untuk anda mengubah suai dokumen yang telah di imbas.
- Tekan “Keep Scan” untuk meneruskan ataupun “Save” Jika semua dokumen selesai di imbas.
Untuk pengguna Android, anda boleh menggunakan aplikasi Google Drive.
- Muat turun aplikasi google drive disini.
- Dibawah tab Create New, Pilih Scan.
- Ambil gambar dokumen yang anda inginkan.
- tekan simbol + untuk tambah dokumen yang anda ingin scan atau save untuk memuat naik dokumen yang anda telah scan kedalam google drive.
Video Tutorial Mudah Tukar Dokumen Fizikal Menjadi PDF
Sila rujuk video dibawah mengenai tutorial mudah tukar dokumen fizikal menjadi PDF: