Terdapat beberapa cara untuk rakyat Malaysia check saman kereta, pada masa kini , selain pembangunan infrastuktur, pembangunan aplikasi juga semakin pesat membangun bagi memudahkan urusan harian antara rakyat malaysia dan pihak berkuasa, antara cara terkini untuk rakyat Malaysia check saman dalam talian ataupun secara online adalah melalui :
- Laman web Rasmi JPJ (Mysikap).
- Portal MyBayar PDRM.
- Laman web / sistem MyEG
- Short Message System (SMS)
Artikel dibawah akan menerangkan satu persatu cara yang mudah dan pantas tanpa perlu hadirkan diri ke pejabat polis/jpj untuk menyemak jumlah saman yang terdapat pada kereta anda.
anda sebenarnya juga boleh menyemak jumlah saman bagi kesalahan lalu lintas secara online, sila rujuk pada artikel terbitan kami di : Kadar Saman dan Kompaun Trafik PDRM & JPJ Mengikut Kesalahan Rev 1.0
Isi Kandungan
Kini, rakyat Malaysia tidak perlu lagi membuang masa beratur di Pejabat Polis atau JPJ untuk menyemak dan membayar saman. Dengan adanya sistem yang dibangunkan oleh pihak kerajaan, rakyat Malaysia boleh melakukan semakan dengan mudah
Sistem ini memudahkan anda untuk:
- Semak Saman: Periksa status saman kenderaan anda secara terperinci.
- Bayar Saman: Pilihan pembayaran tanpa tunai (cashless) disediakan untuk kemudahan anda.
Artikel akan menjelaskan cara mudah untuk menyemak saman anda secara online tanpa perlu phadir ke pejabat polis atau JPJ
Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai pendidikan , kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/bantuanGOV
Semak Saman Melalui SMS
Cara mudah untuk semak saman melalui SMS. Hanya taip kod yang diperlukan dan hantar ke nombor yang disediakan.
Cara check saman melalui SMS adalah : Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan Hantar ke 15888 atau 32728.
Anda akan mendapat balasan daripada pihak berkuasa dengan menyatakan berapa kesalahan lalu lintas dan caj tertunggak yang perlu dilunaskan. Caj penghantaran sms dikenakan sebanyak RM0.15sen dan RM0.20 sen akan dikenakan bagi setiap sms yang anda terima.
Caj keseluruhan bagi transaksi ini adalah sebanyak RM0.35 sen bagi 1 semakan.
Check Saman di Laman Web Mysikap
Gunakan laman web Mysikap untuk semak saman dan uruskan transaksi JPJ secara dalam talian.
Mysikap merupakan sebuah laman web yang dibangunkan oleh kerajaan dibawah seliaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk transaksi online seperti membayar saman, semak saman, perbaharui lesen memandu dan banyak lagi fungsi.
- Masuk ke dalam Portal Mysikap melalui pautan yang diberikan : disini
- Log masuk Akaun anda, sekiranya tidak mempunyai akaun, anda perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. (klik disini untuk pendaftaran)
- setelah berjaya log masuk, pilih butang kesalahan & penalti
- Semak kesalahan/penalti dengan memasukkan kad pengenalan ataupun nombor pendaftaran kenderaan seperti gambar dibawah.
Check Saman Kereta Melalui Portal MyBayar PDRM.
Layari Portal MyBayar PDRM untuk semak dan bayar saman dengan diskaun menarik sehingga 80%.
anda boleh memuat turun di google playstore / app store & appgallery, anda juga boleh melayari laman web rasmi portal MyBayar PDRM.
- Layari Portal MyBayar PDRM disini .
- Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sekiranya tiada akaun, tekan butang “DAFTAR PENGGUNA BAHARU” pilih warganegara dan seterusnya:-
- Masukkan Maklumat Pengguna
- Pengesahan OTP
- Tetapkan Kata Laluan Akaun
- Status pendaftaran Disahkan.
- Log Masuk Akaun dan Maklumat Saman akan dipaparkan dihalaman utama seperti gambar dibawah.
- Buat pembayaran secara Online.
Check Saman Kereta di MyEG
Gunakan sistem MyEG untuk semak dan bayar saman dengan kemudahan pembayaran dalam talian.
- layari portal MyEG disini
- Pengguna yang telah berdaftar boleh Log masuk kedalam akaun dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan anda.
- Pengguna baru perlu mendaftar terlebih dahulu dengan memasukkan maklumat peribadi, sila tekan butang “Create Account”.
- setelah selesai, log masuk kedalam akaun dan pilih tab semak saman trafik.
- Masukkan IC/Nombor Syarikat/Nombor plat kereta, jumlah saman akan dipaparkan sekiranya terdapat kesalahan.
- pembayaran boleh dilakukan terus (digalakkan menggunakan FPX online banking.
- segala transaksi akan direkodkan didalam profil MyEG anda.
Kesimpulan
Dengan sistem-sistem ini, rakyat Malaysia tidak perlu lagi beratur di pejabat. Anda boleh semak dan bayar saman dengan cepat dan mudah.