Bantuan Warga emas RM500 merupakan bantuan yang disalurkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kesejahteraan golongan warga emas, kerana prinsip kesejahteraan untuk golongan warga emas merupakan salah satu aspek yang penting didalam sistem kebajikan negara.
Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan pelbagai bantuan khususnya untuk golongan warga emas demi memastikan golongan ini mendapat sokongan kelansungan hidup yang secukupnya.
Table of Contents
Apakah Maksud Bantuan Warga Emas (BWE) ?
Salah satu bantuan Khusus yang telah diperkenalkan oleh jabatan Kebajikan Masyarakat ialah Bantuan Warga Emas (BWE). Bantuan ini merupakan bantuan tunai sebanyak RM500 yang diberikan kepada mereka yang telah lanjut usiauntuk menyokong kelangsungan hidup agar warga emas di Malaysia mampu untuk terus mengharungi cabaran hidup di usia yang telah lanjut.
Apakah Kriteria Kelayakan Bantuan Warga Emas (BWE) ?
Bagi memastikan bantuan ini sampai kepada semua golongan warga emas yang memerlukan, beberapa kriteria kelayakan ditetapkan dan kriteria tersebut adalah :
- Warganegara Malaysia : Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Berumur 60 Tahun keatas : Bantuan ini disalurkan untuk golongan warga emas iaitu golongan yang berumur 60 tahun yang telah mencapai usia tua .
- Pendapatan isi rumah pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa. Syarat ini bertujuan untuk memastikan bantuan dapat diberikan kepada mereka yang berada dalam kategori miskin tegar.
- Pemohon tidak boleh tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian/berkediaman yang memberikan kemudahan/perkhidmatan secara percuma. Ini memastikan bahawa bantuan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan sokongan tambahan di luar sistem penjagaan institusi.
Cara Permohonan Bantuan Warga Emas
Proses permohonan Bantuan Warga Emas diuruskan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan, Atau Bahagian diseluruh Malaysia, Pemohon perlu mengikuti langkah-langkah dibawah untuk permohonan:
- Pendaftaran Permohonan : Pemohon hendaklah mendaftar permohonan di pejabat kebajikan masyarakat yang berdekatan dengan tempat tinggal , maklumat asas akan diperlukan oleh pihak JKM untuk meneruskan permohonan.
- Siasatan dan Penilaian : Setiap permohonan yang telah berjaya didaftarkan akan melalui proses siasatan dan penilaian (means-tested) untuk mengesahkan kelayakan. Penilaian ini melibatkan pemeriksaan pendapatan, Aset, dan juga keadaan semasa pemohon.
- Dokumen Sokongan : Semasa proses pendaftaran, pemohon diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan , Dokumen yang diperlukan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ialah :
- Salinan kad pengenalan diri pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak atau keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (Jika ada)
- Dokumen lain yang berkaitan
- Keputusan Permohonan : Setelah proses penilaian selesai, pemohon akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan mereka , jika layak , bantuan RM500 akan disalurkan kedalam akaun bank pemohon pada setiap bulan.
Bantuan Warga Emas lebih daripada sekadar penyediaan sokongan kewangan. Ia adalah tanda jelas komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat, khususnya golongan tua yang sering kali terpinggir dalam bantuan sosial. Dengan adanya bantuan ini, warga emas dapat merasai penghormatan dan nilai mereka dalam masyarakat. Selain itu, bantuan ini berperanan penting dalam mengurangkan kesulitan kewangan yang mungkin dihadapi oleh mereka dan meningkatkan kualiti hidup mereka secara keseluruhan.
Artikel Menarik :
- Cara Buka Akaun Tabung Haji Online
- Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2024) – Harga Rumah RM 55,000 Sahaja
- Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) – Permohonan 2024 Kini Dibuka
Bantuan Warga Emas (BWE) merupakan langkah penting dalam memastikan golongan tua di Malaysia mendapat perhatian dan sokongan yang sewajarnya. Dengan kadar bantuan yang wajar dan syarat kelayakan yang jelas, program ini bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh warga emas yang memerlukan. Proses permohonan yang teratur dan pelaksanaan yang berasaskan prinsip keadilan memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Melalui inisiatif ini, kerajaan Malaysia menunjukkan komitmen yang kuat dalam menjaga kebajikan golongan warga emas dan memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik pada usia tua mereka.
Semakan Lanjut Mengenai Bantuan Warga Emas (BWE)
Semakan lanjut boleh mengunjungi laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=dmp5dm5raUhvVSt6SVk4MWRmZkswdz09
Anda juga boleh mengunjungi terus mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Yang berdekatan dengan kediaman anda untuk sebarang pertanyaan dan seterusnya memohon bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan ini.
Ziarah KPKM ke Kediaman Penerima Bantuan Orang Tua JKM (Gallery
Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.