Daftar Mykasih 2025 sekarang . Kerajaan telah bersetuju menambah bantuan sehingga RM2,100 untuk membantu individu dan keluarga dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Untuk menerima bantuan ini, anda perlu mengisi permohonan MySTR dan lulus bantuan STR.
Bagaimanakah pendaftaran dan semakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah ini? Info lanjut seperti yang berikut.
Semak Cara daftar MYKASIH 2025 sekarang.
Baca Juga : SARA 2025 : Kadar Sumbangan Asas Rahmah Dinaikkan Ke RM2,100
Isi Kandungan
APA ITU MYKASIH

MYKASIH merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) .
Bantuan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) dimana bantuan disalur kedalam MyKad pemohon. Kredit akan digunakan oleh penerima untuk membeli barangan keperluan asas harian yang diluluskan pembelian oleh pihak kerajaan. Penerima bantuan akan membuat transaksi bayaran di kedai-kedai yang berdaftar dengan menggunakan MyKad.
Bantuan ini disalurkan kepada penerima yang terdiri daripada golongan Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar di eKasih. Penerima Bantuan STR akan menerima secara automatik terus kedalam mykad mereka setiap bulan.
Semak Cara daftar MYKASIH 2025 sekarang.
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR MYKASIH 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Semak Cara daftar MYKASIH 2025 sekarang.
CARA DAFTAR MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih/SARA ini perlulah terdiri daripada kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan berdaftar eKasih. Hal ini bermaksud pemohon mestilah mendaftar dan berstatus lulus eKasih dan MySTR.
Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
Talian Bantuan Daftar EKASIH
- Perlis : 04-9731976
- Kedah : 04-7209236
- P.Pinang : 04-2185700
- W.Persekutuan : 03-40419920
- Perak : 05-2497400
- N.Sembilan : 06-7659945
- Selangor : 03-55213600
- Melaka : 06-3333333
- Johor : 07-2234777
- Pahang : 09-5178208
- Kelantan : 09-7457103
- Terengganu : 09-6272000
- Sarawak : 082-492957
- Sabah : 088-484800
Panduan lengkap permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
KADAR BANTUAN MYKASIH 2025
Jumlah bantuan yang diberikan untuk 2025 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |

SEMAKAN SARA 2025
Semakan status dan kelayakan bantuan boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PENAFIAN
DAFTAR MYKASIH 2025 : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.
Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.