e-Reporting PDRM : Report Polis Online 2024

Polis DIraja Malaysia telah Mewujudkan satu Sistem yang dikenali sebagai e-Reporting PDRM , anda boleh membuat report polis online tanpa perlu menghadirkan diri ke Balai Polis.

Masyarakat digalakkan untuk memanfaatkan peluang yang telah disediakan oleh pihak PDRM bagi memudahkan pengadu membuat laporan yang tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah tanpa perlu hadir ke Balai Polis.

Maksud e-Reporting PDRM ( Report Polis Online)

report polis online 4
e-Reporting PDRM : Report Polis Online 2024 4

Sistem e-Reporting PDRM merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM membolehkan orang awam untuk membuat report polis online bagi kes yang tidak melibatkan kes Jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak PDRM.

Sistem ini telah dirasmikan oleh YDH IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara Pada majlis penutupan projek rintis Balai Polis Moden Fasa 1.

Kemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang-barang yang tidak berkait dengan kesalahan jenayah sahaja.

Cara Report Polis Online menggunakan e-Reporting PDRM

Sistem e-Reporting terhad kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun keatas. pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu dalam sistem dan perlu di akses menggunakan capaian internet.

Pendaftaran perlu dibuat menerusi laman web rasmi e-Reporting dihalaman : https://ereporting.rmp.gov.my/register.aspx

Masukkan maklumat yang diperlukan seperti No. Kad pengenalan, Nama, Kata laluan, dan selebihnya sehingga selesai dan tekan butang ‘Daftar Pengguna’.

Setelah selesai mendaftar, sila ikuti langkah menggunakan e-Reporting PDRM dibawah :

  1. Layari sistem e-reporting (ereporting.rmp.gov.my).
  2. Log masuk sistem e-reporting.
  3. Semak Butiran Pengadu.
  4. Masukkan Butiran Kejadian.
  5. Masukkan Keterangan Kejadian.
  6. Hantar Butiran Report di dalam sistem.
  7. Salinan report polis diberikan melalui e-mail yang telah didaftarkan.
report polis online 1
e-Reporting PDRM : Report Polis Online 2024 5

Jenis Aduan Report Polis Secara Onine e-Reporting

Jenis Aduan e-Reporting PDRM :

  1. Hilang/Tercicir Kad Pengenalan.
  2. Hilang/ercicir Lesen Memandu.
  3. Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM.
  4. Hilang Telefon Bimbit.
  5. Hilang Komputer Riba (Laptop).
  6. Hilang Cukai Jalan.
  7. Pembantu Rumah Lari – Tujuan Pembatalan permit pembantu rumah sahaja.
  8. Kehilangan/Kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.
report polis online 2
e-Reporting PDRM : Report Polis Online 2024 6

Kes Scammer Berkaitan e-Reporting PDRM

Sejumlah 14 laporan polis telah dierima melibatkan kerugian bernilai RM1 Juta sejak awal tahun ini sehingga Mac 2024.

Modus operandi penipuan ini akan menyamar sebagai pgawai polis dan menghubungi mangsa secara panggilan video.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata.

“Melalui panggilan video ini, mangsa akan diyakinkan untuk membuat laporan polis secara dalam talian e-Reporting dan berinteraksi dengan pegawai polis palsu berlatarkan seolah-olah berada di balai polis sebenar.

“Dengan adanya suasana seolah-olah berada di balai polism mangsa akan berasa selamat dan seterusnya memberikan semua maklumat yang diminta sehinggalah mengakibatkan berlakunya kehilangan wang ringgit,” Ujarnya.

“Kemudahan e-Reporting ini hanya terhad untuk membuat laporan polis berkaitan kehilangan dokumen atau barangan yang tidak berkait dengan jenayah.” katanya.

Sumber : SinarHarian

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *