Harga Denda MyKad Hilang 2024 – Jabatan Pendaftaran Negara

Harga denda MyKad Hilang adalah berbeza-beza mengikut biangan berapa kali anda kehilangan Mykad tersebut.

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) , Setiap individu yang kehilangan kad pengenalan hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

Apakah itu Mykad ?

Kad pengenalan atau IC atau MYKAD adalah dokumen penting yang berfungsi sebagai pengenalan rasmi warganegara Malaysia diri individu tersebut.

Kad Pengenalan MYKAD adalah dokumen penting yang tidak boleh di pandang ringan oleh setiap warganegara Malaysia.

Ia bukan sahaja berfungsi sebagai pengenalan rasmi diri tetapi juga berperanan penting dalam urusan rasmi di pejabat kerajaan sehingga la kepada urusan transaksi kewangan di bank. Kehilangan atau kerosakan MYKAD boleh mengakibatkan kesukaran dalam pengesahan identiti .

harga denda mykad hilang 2
Harga Denda MyKad Hilang 2024 - Jabatan Pendaftaran Negara 6

Berapakah Harga Denda MyKad Hilang?

harga denda mykad hilang
Harga Denda MyKad Hilang 2024 - Jabatan Pendaftaran Negara 7

Harga denda Mykad Hilang atau Mytentera yang hilang:-

  • Harga denda MyKad hilang kali pertama : RM110.00
  • Harga denda MyKad hilang kali kedua : RM310.00
  • Harga denda MyKad hilang kali ketiga : RM1,100.00

Harga denda bagi MyPR atau MyKAS (Bukan Warganegara):-

  • Harga denda kehilangan MyKAS/MyPR kali pertama : RM140.00
  • Harga denda kehilangan MyKAS/MyPR kali kedua : RM340.00
  • Harga denda kehilangan MyKAS/MyPR kali ketiga : RM1,040.00

Nota penting : Pengembalian tidak akan di layan bagi permohonan gantian hilang kad pengenalan yang teah di proses oleh bahagian Kad pengenalan atau sekiranya kad pengenalan yang hilang telah dijumpai semula.

Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan

Syarat Permohonan Mykad Hilang

syarat permohonan mykad gantian
Harga Denda MyKad Hilang 2024 - Jabatan Pendaftaran Negara 8

terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon yang kehilangan MyKad, antaranya ialah:

  • Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara ATAU
  • Pemohon memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di laman web (www.jpn.gov.my) melalui sistem aplikasi “sistem gantian Mykad” bagi pemohonan yang tidan melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

Bagaimanakah Prosedur Permohonan Kehilangan Kad Pengenalan MyKad ?

  1. Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang Kad pengenalan.
  2. Pemohon perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah ( bagi kehilangan kali pertama dan setersunya) ataupun akibat kecuaian (diwajibkan bagi kes kehilangan kali kedua dan seterusnya).
  3. Laporan polis tersebut haruslah menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir kad pengenalan yang hilang.
pejabat JPN
Harga Denda MyKad Hilang 2024 - Jabatan Pendaftaran Negara 9

Dokumen Sokongan yang diperlukan (Asal dan Salinan)

  • Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)]; atau
  • Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam]; atau
  • Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.
  • Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Cara Mohon Gantian MyKad Hilang Secara Online

permohonan mykad hilang
Harga Denda MyKad Hilang 2024 - Jabatan Pendaftaran Negara 10

Anda boleh mengemukakan permohonan melalui Aplikasi ‘sistem gantian Mykad di portal ‘Jabatan Pendaftaran Negara’ : https://gantianmykad.jpn.gov.my/

Pembayaran adalah secara FPX, Kad Debit dan Kad Kredit Sahaja .

Waktu permohonan gantian Mykad hilang secara online hanya dibuka pada waktu bekerja iaitu pada isnin – jumaat : 9.00am – 05.00pm

Cara mohon gantian MyKad Hilang secara Online adalah seperti langkah-langkah yang berikut :

  1. SIla layari laman web rasmi permohonan gantian mykad Jabatan Pendaftaran Negara : https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  2. Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum meneruskan permohonan secara online.
  3. Pengguna yang telah berjaya mendaftar boleh log masuk kedalam sistem gantian mykad hilang.
  4. kemukakan permohonan secara dalam talian dan sediakan segala dokumen sokongan yang diperlukan
  5. buat pembayaran secara online melalui Online Banking FPX, Kad Kredit atau Kad Debit.

Maklumat Lanjut Mengenai Harga Denda Mykad Hilang

Untuk Maklumat lanjut mengenai Harga denda Mykad hilang ataupun sebarang pertanyaan mengenai kad pengenalan, anda boleh merujuk ke laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di pautan dibawah :

https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kad-pengenalan/mykad-gantian-hilang

Anda juga boleh hadir terus ke pejabat rasmi Jabatan Pendaftaran Negara yang beralamat :

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Atau boleh menghubungi pihak pejabat pendaftaran negara di talian :

harga denda mykad hilang

Penafian : Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *