Dalam artikel ini, kami akan kongsikan promosi harga lesen memandu 2024 untuk lesen kereta dan motor yang berpatutan, sama ada lesen auto atau manual dan mengikut standard Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Senarai Harga Lesen Memandu
Berikut adalah senarai harga lesen memandu dan pakej lesen memandu :
Harga Lesen Motosikal & Kereta 2024:
- Motosikal B2 ( kurang daripada 250cc ) : RM350 – RM450
- Motosikal B Penuh ( lebih 500cc ) : RM900 – RM1100
- Kereta Manual (D) : RM1150 – RM1300
- Kereta Auto (DA) : RM1250 – RM1500
Untuk umur 21 tahun ke atas boleh membuat permohonan lesen E untuk memandu bas atau lori.
Cara Mendaftar Lesen Memandu Kali Pertama
Berikut adalah cara-cara mengambil lesen memandu kali pertama:
- Pendaftaran
- Daftar di kaunter Institusi Memandu dan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
- Kursus KPP
- Kursus KPP di Institusi Memandu akan diadakan selama 6 jam untuk kursus Bahasa Malaysia pada hari Sabtu & Ahad . Manakala Bahasa Inggeris pada hari Ahad sahaja.
- Ujian Komputer
- Setelah menghadiri kursus KPP , calon hendaklah mengambil ujian teori undang – undang komputer pada setiap hari kecuali hari praktikal JPJ. Markah lulus adalah 42/50 dan calon yang mendapat markah penuh 50/50 akan diberikan ganjaran sebanyak RM50. Sekiranya gagal , calon akan diberikan peluang sebanyak 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus di Institusi Memandu.
- Lesen L
- Calon akan mendapat lesen L dalam tempoh satu minggu.
- KPP 02
- Calon wajib membuat melaksanakan pembayaran kali kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 selama 16 jam. 8 jam adalah masa yang diberi untuk belajar dalam litar. Untuk Motosikal calon akan belajar membuat pusingan 8 , titi , halangan kon dan brek kecemasan . Untuk lesen kereta , calon akan belajar menaiki bukit, side parking dan 3 penjuru.
- KPP 03
- Setelah membuat latihan di kawasan litar, calon perlu menjalani latihan di jalanraya dan diwajibkan membuat bayaran kali ketiga. Untuk latihan ini , masa yang diberi selama 8 jam. Borang Belajar memandu akan dikeluarkan setelah selesai menjalani latihan KPP 02.
- Ujian QTI
- Calon perlu menduduki pra-ujian (ujian komputer) sebelum bersedia untuk ujian praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di Institusi Memandu tersebut. Calon yang telah lulus boleh membuat tempahan untuk mengambil ujian praktikal.
- Ujian Praktikal JPJ
- Setelah itu , calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ dimana calon yang lulus ujian tersebut boleh mendapat lesen P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon itu akan mendapat lesen P tersebut di JPJ.
Daftar & Cara Mengambil Lesen Motor
Berikut adalah cara daftar dan mengambil lesen motor:
- Buat pendaftaran di institut tempat ambil lesen motor yang anda inginkan.
- Mengikuti kursus belajar selama 6 jam secara teori di pusat latihan memandu.
- Ambil ujian komputer mesti lulus dengan mata 42/50 melibatkan ujian mata, simbol, undang-undang dan papan serta peraturan jalan raya.
- Lulus ujian komputer bleh dapat lesen L motosikal anda.
- Menjalani latihan belajar memandu/menunggang motosikal.
- Ambil ujian JPJ untuk lesen P.
- Jika lulus anda layak guna lesen P selama 2 tahun. Jika gagal, bayaran ulangan test JPJ motor/kereta di tempat anda mendaftar.
Senarai Harga Lesen Memandu Terkini
Anda boleh semak kadar harga bayaran lesen dan renew lesen motor dan kereta terkini baik L dan P di JPJ:
Harga Lesen Kenderaan Kereta & Motorsikal (LDL) Belajar Memandu
KATEGORI | KADAR BAYARAN | TEMPOH |
Lesen Kelas A | RM 2 | 3 BULAN / 6 BULAN |
Lesen Motor Kelas B2 (L) | RM2 / RM4 | 3 BULAN /6 BULAN |
Lesen kelas B penuh atau kelas C | RM20/RM40 | 3 BULAN / 6 BULAN |
Lesen kelas D atau lain-lain | RM 30/RM60 | 3 BULAN/ 6 BULAN |
Harga Lesen Memandu Kereta & Motor Percubaan PDL (LESEN P)
KATEGORI | KADAR BAYARAN | TEMPOH |
Lesen kelas A/A1 | RM2 | 2 TAHUN |
Bayaran Lesen Motosikal Kelas B2 (TUNGGAL) | RM2 | 2 TAHUN |
Lesen Kelas B atau Lesen Kelas C | RM 40 | 2 TAHUN |
Lesen Memandu Kelas Auto D/Kereta Manual DA/F/G/H/I | RM 60 | 2 TAHUN |
Harga Lesen Memandu Kereta & Motor CDL
KATEGORI | KADAR BAYARAN HARGA RENEW LESEN MEMANDU | TEMPOH |
Lesen Kelas A/A1 | RM2 | 1 TAHUN |
Harga Lesen Kelas B2 (Tunggal) , B Full / C | RM20 | 1 TAHUN |
Kos Harga Lesen Kelas D / Lori E Full / F / G / H / I | RM30 | 1 TAHUN |
Harga Lesen Memandu Konvensional
KATEGORI | KADAR BAYARAN | TEMPOH |
Berapa Promosi Harga Buat Lesen GDL Terkini / Lesen Bas PSV Atau CON | RM20 | 1 TAHUN |
NOTA: Untuk pemegang lesen B2 yang ingin menaik taraf ke lesen B penuh, anda perlu mendapatkan lesen L B penuh di JPJ dengan bayaran RM20. Selesaikan latihan dan ujian di pusat belajar pilihan anda selama 3 bulan. Jika lulus, anda akan memperoleh lesen B penuh.
Update terkini bayaran melalui portal rasmi JPJ boleh disemak melalui pautan :
https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu/-/knowledge_base/pemandu/kadar-bayaran-bagi-pelesenan-pemandu
Baca Juga:
Penafian :
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.