Harga Lesen Motor dan Kereta Terkini 2024

Lesen Merupakan dokumen yang penting bagi membolehkan seseorang menunggang motosikal secara sah di jalan raya, Berkenaan Harga Lesen Motor dan kereta pula , harga telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPJ merupakan agensi kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Pihak JPJ Juga bertanggungjawab untuk mengawal selia dan memantau proses pengeluaran lesen memandu termasuklah menetapkan kadar bayaran yuran bagi lesen motosikal.

Namun, Kos latihan dan juga yuran yang dikenakan mungkin mempunyai sedikit perbezaan mengikut sekolah memandu yang di pilih, kerana sekolah-sekolah ini adalah entiti swasta yang mempunyai sistem tersendiri. oleh itu, harga keseluruhan untuk mendapatkan lesen motor mungkin berbeza seperti:

  • Yuran Latihan
  • Yuran Ujian
  • Yuran Lesen

Perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh penunggang motorsikal dan pemandu kereta yang ada di Malaysia adalah memiliki lesen yang sah, kerana dengan memiliki lesen motor yang sah, pihak berkuasa dapat memastikan penunggang dan pemandu mematuhi undang-undang dan menunggang dengan selamat.

Walaupun Kos awal untuk mendapatkan lesen agak sedikit mahal bagi sesetengah orang, tetapi ia adalah pelaburan yang berbaloi untuk keselamatan dan juga kebolehan pemanduan anda.

Perkara lain yang perlu di ambil kira oleh calon yang berminat mengambil lesen adalah pastikan memilih sekolah memandu yang berdaftar dan juga diselia oleh jabatan pengangkutan jalan bagi mengelakkan kes tipu.

Berikut adalah diperincikan secara lebih mendalam lagi mengenai kos dan juga syarat bagi calon yang berminat ingin mengetahui harga lesen motor dan kereta terkini.

Harga Lesen Motor Dan Kereta Terkini 2024

Harga Lesen motor dan keretaterkini adalah seperti berikut :

  • Lesen Motosikal tidak melebihi 250cc (Lesen B2) : RM350 – RM450
  • Lesen Motosikal melebihi 500 cc (Lesen B) : RM900 – RM1,100
  • Lesen Kereta Manual (Lesen D) : RM1,150 – RM1,300
  • Lesen Kereta Auto (Lesen DA) : RM1,250 – RM1,500

Harga lesen motor dan kereta mungkin sedikit tinggi berbanding harga yang dinyatakan diatas kerana ianya bergantung kepada kemudahan dan juga perkhidmatan lain yang disediakan oleh institut memandu.

Sekiranya harga terlalu tinggi jika dibandingkan dengan harga diatas, anda dinasihatkan untuk melakukan tinjauan terlebih dahulu di institut memandu yang lain.

Proses mendapatkan Lesen Memandu

terdapat 8 proses yang perlu dilalui oleh calon yang ingin mendapatkan Lesen memandu. kesemua proses ini adalah wajib untuk diikuti oleh setiap calon bagi memastikan penunggang dan juga pemandu yang ingin mendapatkan lesen betul-betul mempunyai kemahiran dan kelayakan untuk berada di atas jalan raya.

Berikut adalah proses mendapatkan lesen memandu:

  • Pendaftaran
  • Kursus KPP
  • Ujian Komputer
  • Lesen L
  • KPP 02
  • KPP 03
  • Ujian QTI
  • Ujian Praktikal JPJ
  • Lesen memandu Percubaan
harga lesen motor 1
Harga Lesen Motor dan Kereta Terkini 2024 3

Senarai Institut Memandu yang Berdaftar Dengan JPJ Mengikut Negeri

Sila muat turun file excel dibawah untuk semak Institut Memandu yang berdaftar dengan JPJ di seluruh Malaysia mengikut Negeri :

Maklumat Lanjut Mengenai Harga Lesen Motor dan Kereta 2024

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman web rasmi JPJ di pautan yang disediakan : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/lesen-kenderaan

Anda juga boleh menghubungi talian JPJ pada waktu bekerja isnin – jumaat (9.00am-5.00pm) :  +60 3 8000 8000 atau terus ke ibu pejabat JPJ yang beralamat :

 Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya

kementerian pengangkutan malaysia deskriptif
Harga Lesen Motor dan Kereta Terkini 2024 4

Penafian :

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *