idMe KPM merupakan sistem pengurusan Identiti yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-guru sekolah, pengusaha institusi, pelajar, pentadbir, kakitangan, penjaga dan ibu-bapa.
Isi Kandungan
Apakah Maksu idMe ?
idMe merupakan pintu gerbang untuk log masuk kedalam modul-modul sistem bersepadu KPM (MOEIS ) termasuklah sistem pengurusan awam, pengurusan murid, pengurusan institusi, pengurusan pentaksiran, pengurusan guru dan pendaftaran institusi.
Pendaftaran anak untuk masuk ke Tahun 1 sesi persekolahan terkini juga menggunakan sistem idMe.
Kelebihan idMe adalah kesemua sistem pengurusan dihimpunkan kepada satu pintu log masuk sahaja, dahulu guru-guru perlu mengingat kata sandi dan juga nama pengguna bagi setiap sistem yang berbeza tetapi kali ini guru-guru hanya perlu mengingat satu kata sandi dan nama pengguna sahaja untuk pelbagai sistem yang seringkali di akses oleh guru-guru dan pentadbir.
Sistem yang Boleh Diakses Melalui idMe
Sistem yang boleh diakses melalui idMe (ID Guru) adalah :
- Sistem pengurusan awam
- Pengurusan Murid
- Pengurusan Institusi
- Pengurusan Guru
- Pengurusan Pentaksiran
- Penubuhan dan pendaftaran IPS
- SIPKPM
Sistem yang boleh diakses melalui idMe (ID Awam) adalah :
- Sistem Pengurusan Awam
- Penubuhan dan Pendaftaran Institusi
Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai pendidikan , kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/bantuanGOV
Apakah itu MOEIS ?
Ministry of Education Integrated System (MOEIS) adalah sistem bersepadu yang terdapat didalam didalam idMe yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. MOEIS terdiri daripada 7 sistem bersepadu iaitu sistem pengurusan awam, pengurusan murid, pengurusan institusi, pengurusan pentaksiran, pengurusan guru dan pendaftaran institusi.
Melalui sistem bersepadu MOEIS, Guru dan pentadbir sekolah dapat mengumpul data dan maklumat seperti markah peperiksaan, data murid dan guru secara efisyen . Ibu-bapa dan penjaga pula dapat mendaftarkan anak anak untuk masuk ke darjah 1 melalui sistem pengurusan awam dan Pengusaha institusi dapat mendaftarkan institusi dibawah modul pengurusan penubuhan dan pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta (IPS).
Cara Mendaftar idMe KPM
Anda perlu mendaftar idMe terlebih dahulu sebelum mendapat akses kepada sistem MOEIS, cara mendaftar idMe adalah seperti berikut :
- SIa klik pada pautan yang diberikan : https://idme.moe.gov.my/daftarawam
- Sila masukkan maklumat yang diperlukan :
- Kategori Kad : Kad pengenalan / No. Pasport;
- No Kad Pengenalan / No. Pasport;
- Nama;
- Tarikh Lahir;
- Jantina;
- Emel; dan
- No. Telefon.
- Seterusnya masukkan Captcha dan tekan butang “Daftar” .
- Sekiranya pendaftaran berjaya, anda akan mendapat email kata laluan default untuk log masuk kali pertama, sila log masuk dan tukar password ersebut untuk tujuan keselamatan.
Baca juga
Cara Log Masuk idMe KPM
Guru atau pengguna awam perlu masuk melalui idMe dahulu sebelum dapat mengakses sistem bersepadu KPM (MOEIS), Cara-cara untuk Log masuk ialah seperti berikut :
- Sila pergi ke laman web rasmi Login idMe KPM di : https://idme.moe.gov.my/login
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang telah didaftarkan , tekan “Daftar Masuk”.
- Kata kunci keselamatan dipaparkan , sekiranya kata kunci keselamatan tidak sama dengan yang anda daftar sebelum ini, Sila masukkan semula No. Kad pengenalan. Jangan teruskan jika kata kunci keselamatan tidak sama.
- Sekiranya Kata Kunci Keselamatan adalah sama , tekan pada butang kecil “Ya, ini adalah kata kunci keselamatan saya” .
- Masukkan Kata laluan dan tekan “Log Masuk”.
Kemas Kini Maklumat Pengurusan Awam
Setelah berjaya Log masuk, Ibu – Bapa dikehendaki untuk mengemaskini maklumat diri di dalam sistem pengurusan awam, Sila tekan pada Applikasi dan pilih “sistem pengurusan awam”.
Dibawah kawasan “pengurusan profil”, sila isikan Maklumat Peribadi, Maklumat Alamat, Maklumat Pasangan, Maklumat Anak Jagaan dan Permohonan Kemasukan.
Ibu-bapa perlu melengkapkan pengurusan profil terlebih dahulu sebelum membuat permohonan kemasukan anak ke darjah 1.
Video Tutorial Penggunaan idMe KPM
Tutorial Daftar Masuk idMe KPM
Daftar masuk merupakan gerbang utama untuk melaksanakan proses berkaitan pengurusan murid dibawa KPM, Perkhidmatan ini membolehkan :
- Pendaftaran Murid Tahun Satu.
- Pengemaskinian Maklumat Profil anak, ibu-bapa/penjaga bagi anak yang sudah bersekolah.
Tutorial Kemaskini Maklumat Ibu Bapa
Maklumat IbuBapa ini adalah maklumat IbuBapa biologi untuk setiap anak. Para pengguna diingatkan agar membuat kemaskini dan melengkapkan maklumat yang bertanda * dihalaman pengurusan awam, Pengurusan Profil, Maklumat Anak Jagaan, dan Maklumat IbuBapa.
Tutorial Kemaskini Maklumat Tempat Tinggal
Maklumat Tempat Tinggal ini adalah maklumat mengenai alamat tempat tinggal anak jagaan. Para pengguna diingatkan agar membuat kemaskini dan melengkapkan maklmat yang bertanda * dihalaman pengurusan awam, Pengurusan Profil, Maklumat Anak Jagaan, Detail, Tinggal Bersama.
Tutorial Kemaskini Maklumat Penjaga
Maklumat Penjaga terbahagi kepada 3 kategori iaitu :-
- Maklumat Penjaga Utama.
- Maklumat Penjaga Kedua.
- Maklumat Tanggungan.
Para Pengguna diingatkan agar membuat kemaskini dan melengkapkan maklumat yang bertanda * .
Tutorial Kemaskini Maklumat Anak Jagaan
Dalam Tab “Maklumat Anak Jagaan”, Jika pengguna pertama kali log masuk kedalam sistem, dan tiada lagi maklumat anak/jagaan, pengguna perlu tekan butang “tambah Anak/Jagaan” dan skrin paparan tambah anak akan terpapar.
Tutorial Kemaskini Maklumat Tinggal Bersama
Maklumat Tinggal Bersama bermaksud maklumat tentang anak perlu diisi samada anak itu tinggal bersama ibubapa kandung ataupun penjaga.
Tutorial Kemaskini Maklumat Pasangan
Maklumat pasangan perlu diisi pada kotak yang bertanda *
Tutorial Pengesahan Maklumat
Pengesahan maklumat ini merupakan pengesahan maklumat yang telah diberikan mengenai maklumat anak jagaan adalah benar.
Tutorial Kemaskini Maklumat Kesihatan Anak Jagaan
Maklumat Kesihatan Terbahagi kepada 5 tab iaitu:-
- Asas Kesihatan dan imunisasi.
- Kebenaran Rawatan Pergigian.
- Persetujuan Pemeriksaan Kesihatan.
- Berat dan Tinggi.
- Status OKU.
Sila rujuk video tutorial dibawah untuk penjelasan lengkap kemaskini maklumat kesihatan anak jagaan:
Tutorial Permohonan Kemasukan Tahun 1 Anak Jagaan
Maklumat anak jagaan perlu dilengkapkan sebelum meneruskan proses permohonan kemasukan ke Tahun Satu (1)
Klik pada Permohonan Kemasukan, dan paparan Fungsi permohonan kemasukan akan dipaparkan, pengguna perlu klik pada menu permohonan kemasukan rendah tahap satu.
Sistem akan menyenaraikan nama anak jagaan pengguna yang layak untuk memohon dan pengguna perlu klik pada butang mohon untuk memulakan proses permohonan.
Sila rujuk video dibawah untuk panduan lengkap proses permohonan kemasukan tahun 1 anak jagaan:
PDF Manual Penuh Pengguna Awam Sistem idMe KPM
Maklumat Lanjut mengenai idMe KPM dan MOEIS
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai sistem ini, anda boleh merujuk kepada laman web rasmi idme di pautan : https://idme.moe.gov.my/login, Sebarang pengumuman rasmi akan disampaikan dari masa ke semasa dilaman web rasmi idMe. Anda juga boleh menghubungi Pihak MOE di talian:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia. No. Telefon: 03-8884 6456 E-mel: adukpm@moe.gov.my |