Insentif Pengeluaran Getah 2024 – Rujuk Permohonan Sekarang

Mulai Januari 2024, Insentif Pengeluaran Getah akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) berada pada paras RM3.00 sekilogram ke bawah. Bagi Insentif Pengeluaran Getah lateks, ia akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif. Kadar IPG lateks adalah tetap pada RM0.90 sekilogram lateks 100% kandungan getah kering (KGK).

Peningkatan paras pengaktifan (PHP) yang baharu diperkenalkan ini merupakan inisiatif dan keperihatinan kerajaan yang telah diumumkan semasa pembentangan belanjawan 2024.

Apakah itu Insentif Pengeluaran Getah

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) adalah sebuah insentif di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi pekebun kecil yang bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh bagi meningkatkan pengeluaran getah negara.

Berapakah Kadar Insentif Pengeluaran Getah?

Kadar Insentif Pengeluaran Getah bagi getah cuplump dan lateks teraktif di Semenanjung pada 10 sen bagi 50 peratus KGK dan 20 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.

Sementara itu, kadar di Sabah dan Sarawak adalah pada 45 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.

Sumber : Astro Awani

paras harga kenaikan insentif IPG

Objektif Insentif Pengeluaran Getah

Kerajaan telah melaksanakan IPG sejak tahun 2015 yang bersifat serampang dua mata iaitu bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi yang ditanggung oleh pekebun kecil getah ketika harga getah di pasaran adalah rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh bagi meningkatkan pengeluaran getah negara.

Siapakah yang layak menerima Insentif Pengeluaran Getah?

  • Bagi menggalakkan pengeluaran getah, penyaluran IPG bersifat menyeluruh yang merangkumi pemilik kebun getah dan juga pengusaha (penoreh) berdasarkan takrifan rasmi semasa pekebun kecil getah di Malaysia.
    .
  • Kerajaan menyalurkan bantuan IPG kepada kedua-dua pemilik dan penoreh dengan mengambil kira keperluan kedua-dua pihak. Pemilik kebun getah memerlukan bantuan IPG bagi membeli input pertanian seperti baja dan racun serta penyelenggaraan kebun, manakala penoreh getah pula memerlukan bantuan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Syarat-Syarat Penerimaan Insentif Pengeluaran Getah

Berikut adalah Syarat yang perlu ada untuk menerima IPG:

  • Pekebun Kecil Getah Warganegara Malaysia.
  • Menjual Getah Sekerap (Cuplump) Lateks dan Getah Keping (Unsmoked Sheet, USS).
  • Memiliki atau Mengusahakan kebun getah matang tidak melebihi 40 hektar.
  • Memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang masih aktif dan sah tempoh.
Syarat Insentif Pengeluaran Getah

Cara Memohon Insetif Pengeluaran Getah

  • Mulai 1 Januari 2021, pembayaran IPG oleh LGM telah dibuat secara terus ke akaun bank pekebun kecil dan mereka tidak perlu lagi membuat permohonan secara manual di pejabat-pejabat LGM
    .
  • Bagi menikmati insentif tersebut, Pekebun kecil yang memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) diwajibkan untuk menjual getah kepada peniaga getah berlesen LGM yang menggunapakai aplikasi RRIMniaga™. RRIMniaga™ merupakan satu aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh LGM untuk digunakan oleh peniaga getah berlesen LGM untuk merekodkan urus niaga jual beli getah. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021, semua pemegang lesen kategori peniaga getah dan kelompok telah diwajibkan mengguna pakai aplikasi RRIMniaga™
    .
  • Bagi pekebun kecil getah di bawah agensi pelaksana (FELDA, FELCRA, Lembaga Industri Getah Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak), tuntutan perlu dibuat melalui agensi masing-masing

Semak Status Bayaran Insentif Pengeluaran Getah

Tekan Butang “Semak Sekarang” dibawah untuk mendapatkan Status Bayaran IPG

semakan status IPG

Soalan Lazim Insentif Pengeluar Getah

Soalan Lazim Insentif Pengeluar Getah

Borang Perjanjian Insentif Pengeluaran Getah

Borang Perjanjian Pembahagian Tuntutan Insentif Pengeluaran Getah
Borang Permohonan Bayaran Insentif Pengeluaran Getah melebihi Julat
Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 123

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *