Jadual Bayaran SARA 2025 (Sumbangan Asas Rahmah)

Semak Jadual Bayaran SARA 2025 , Jadual bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dimana Pembayaran kepada Pemohon adalah secara cahsless (Tanpa Tunai) setiap bulan bermula januari sehingga disember dan april sehingga disember.

Berita Baik , Kadar Bantuan SARA ditingkatkan kepada RM2,100 untuk Tahun 2025 berbanding RM1,200 pada Tahun 2024 Namun bila Jadual Bayaran SARA 2025 akan diagihkan pada setiap bulan?

Semak Jadual Bayaran SARA 2025 sekarang.

Baca juga : Daftar MYKASIH 2025 : Bantuan RM2,100 Penerima STR

Apa Itu SARA (Sumbangan Asas Rahmah)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan bebanan kos sara hidup. Hikmah Program ini bertujuan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rendah dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi Kerajaan MADANI.

Cara Agihan SARA Tahun 2025

jadual bayaran sara 2025

Pada Tahun 2025. SARA (SUMBANGAN ASAS RAHMAH) akan disalurkan melalui Mykad secara bulanan kepada penerima dan penggunaan Mykad termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagi Tahun 2025, kerajaan telah memperluas penyaluran SARA melalui Mykad ke Negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Semak Jadual Bayaran SARA tahun 2025 dibawah sekarang .

Jadual Bayaran SARA 2025

Jadual Pembayaran SARA Tahun 2025 mengikut bulan disalurkan pada awal setipa bulan, Rujuk Jadual dibawah untuk jadual penuh pembayaran Bantuan SARA bagi Tahun 2025.

BulanTarikhMasa
Januari1 Januari8:00 AM
Februari1 Februari8:00 AM
Mac1 Mac8:00 AM
April1 April8:00 AM
Mei1 Mei8:00 AM
Jun1 Jun8:00 AM
Julai1 Julai8:00 AM
Ogos1 Ogos8:00 AM
September1 September8:00 AM
Oktober1 Oktober8:00 AM
November1 November8:00 AM
Disember1 Disember8:00 AM
Jadual Bayaran SARA 2025
Jadual Pembayaran SARA 2025 Mengikut Bulan

Jumlah Bantuan SARA Tahun 2025

Berdasarkan jadual bayaran SARA 2025 diatas. Kadar Bantuan SARA ditingkatkan kepada golongan miskin & miskin tegar bakal menerima RM2,100 .

Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan pada bulan Januari sehingga Mac 2025. Bermula bulan April sehingga disember, RM200 akan dikreditkan kedalam Mykad penerima SARA.

Ringkasan Penerima Bantuan SARA adalah seperti berikut:

KategoriJumlah (RM)Januari – Mac (RM)April – Disember (RM)
Isi Rumah (STR & eKasih)2,100100200
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)1,650100150
Bujang (STR & eKasih)60050
Isi Rumah (STR sahaja)900100
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)45050

Cara Permohonan Bantuan SARA (SUMBANGAN ASAS RAHMAH) 2025

Permohonan boleh dilakukan melalui laman web rasmi MySTR melalui permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Kelayakan adalah secara automatik melalui data yang dimasukkan kedalam permohonan STR. Permohonan dibuka sepanjang tahun kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kelayakan Permohonan Bagi Jadual Bayaran SARA 2025

Kelayakan Penerima Permohonan Bagi Jadual Bayaran SARA 2025 terbahagi kepada 2 kategori iaitu Miskin Tegar dan Miskin eKasih :

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

semak jadual bayaran SARA 2025 diatas

Semak Kelayakan Program Bantuan SARA (SUMBANGAN ASAS RAHMAH)

jadual bayaran sara 2025

Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:

  1. Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
    • Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
    • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
      .
  2. Surat Pemakluman
    • Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
      .
  3. Menghubungi
    • Semakan kelayakan SARA
      • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
      • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    • Semakan pelaksanaan SARA
      • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
        .
  4. Semakan terus melalui portal rasmi

Soalan Lazim (FAQ) SARA 2025

Soalan 1: Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025, SARA 2025 juga diterima oleh penerima STR kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan bukan dalam senarai eKasih. Bila dan bagaimana kaedah pelaksanaannya?

Jawapan : Penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan bukan dalam senarai eKasih juga layak SARA 2025 seperti berikut:

  • Penerima STR 2025 kategori Isi Rumah layak RM900 setahun atau RM100 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan bermula April 2025; dan
  • Penerima STR 2025 kategori Warga Emas Tiada Pasangan layak RM450 setahun atau RM50 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan bermula April 2025.

Soalan 2: Saya baru bercerai dan Ketua Isi Rumah berdaftar dalam sistem eKasih adalah suami. Adakah saya layak SARA 2025 memandangkan saya (ibu) yang diberi hak penjagaan untuk menganggung anak-anak?

JAWAPAN: Kelayakan SARA 2025 adalah kepada penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih serta semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan. SARA Miskin Tegar / Miskin eKasih adalah berdasarkan data Miskin Tegar / Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024 yang berstatus lulus STR 2025.

Sekiranya anda tersenarai sebagai Ahli Isi Rumah dalam rekod Ketua Isi Rumah berkenaan dan kelulusan STR anda serta bekas suami adalah dua permohonan berbeza, anda akan layak SARA 2025 secara berasingan. Sekiranya kelulusan terkini STR 2025 anda adalah kategori Isi Rumah, anda layak kadar tambahan SARA RM900 setahun atau RM100 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan bermula April 2025

Maklumat Lanjut :

Penafian

JADUAL BAYARAN SARA 2025 by Bantuan Kerajaan: Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.

Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Artikel Berkaitan :

Leave a Comment