Jadual bayaran STR 2025 bagi kategori isi rumah dan bujang kini boleh disemak secara atas talian. Isi rumah terima bayaran antara 150 sehingga RM500. Manakala bujang terima bayaran RM150.
Bila jadual bayaran STR 2025? Semak artikel di bawah.
Semak jadual bayaran STR 2025 sekarang.
Baca juga: Cara Mohon Pas Bulanan MY50
Jadual Bayaran STR 2025
Jadual bayaran STR 2025 seperti berikut:
Fasa Bayaran | Tarikh Bayaran STR 2025 |
Pertama | 22 Januari 2025 sehingga 28 Januari 2025 |
Kedua | Belum diketahui |
Ketiga | Belum diketahui |
Keempat | Belum diketahui |
Kementerian Kewangan baru saja mengumumkan bayaran fasa pertama semalam. Untuk makluman bayaran fasa seterusnya bergantung kepada pengumuman kerajaan daripada semasa ke semasa.
Semak jadual bayaran STR 2025 sekarang.

Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2025
Kategori Penerima | Jumlah Bayaran STR 2025 | Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2025 |
Isi Rumah B40 | 0 anak: RM1,000 1-2 anak: RM1,500 3-4 anak: RM2,000 5 ke atas: RM2,500 | Semua: RM500 |
Isi Rumah M40 | 0 anak: RM500 1-2 anak: RM750 3-4 anak: RM1,000 5 ke atas: RM1,250 | 0 anak: RM150 1-2 anak: RM200 3-4 anak: RM250 5 ke atas: RM300 |
Warga Emas | RM600 | RM150 |
Bujang | RM600 | RM150 |
Cara Bayaran STR 2025
Cara pembayaran STR 2025 sama seperti tahun sebelum ini iaitu:
- Penerima ada akaun bank: Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima/ pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR
- Penerima tiada akaun bank: Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
Semak jadual bayaran STR 2025 sekarang.

Semakan Kelayakan Penerima STR 2025
Cara semak STR fasa 1 2025:
- Sila layari laman rasmi STR 2025 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik ITUTUP) untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang (Log Masuk)
- Untuk pengesahan nombor kad pengenalan, klik pula butang (Semak)
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan klik (YA) sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan
- Klik pada bahagian (Semakan Permohonan)
- Seterusnya, klik pada butang (Semakan 2025) di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang ( MAKLUMAT BAYARAN)
- Status bayaran fasa 1 akan dipaparkan
- Selesai

Rujukan
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak bewajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASIL: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-88824566
- E-mel: str@mof.gov.my
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, kami hanya berkongsi maklumat bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Tujuannya untuk berkongsi dan memudahkan carian pengguna.
Tujuan penulisan untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat web mendapat info terbaru tentang bantuan.
Bila tarikh bayaran STR Fasa 1 2025?
22 Januari sehingga 28 Januari 2025
Siapa penerima STR fasa 1 2025?
Bujang, warga emas dan isi rumah.
Berapa jumlah bantuan bujang STR Fasa 1 2025?
RM150