Harga durian pada masa kini adalah berbeza beza kerana terdapat banyak jenis durian. Artikel pada kali ini akan menerangkan 10 jenis dan harga durian di pasaran 2024.
Musim durian akan tiba pada setiap tahun, rakyat Malaysia pula majoriti nya merupakan hantu durian, Setiba nya musim durian , Maka rakyat malaysia akan menjadi saksi dimana kedai-kedai durian akan menjadi banyak dan dipenuhi oleh penggemar durian.
Justeru, anda perlu tahu jenis – jenis durian kerana harga durian adalah berbeza – beza mengikut jenis durian.
Table of Contents
Jenis – Jenis Durian di Pasaran Malaysia
terdapat pelbagai jenis durian yang ada di Malaysia dan setiap jenis durian ini mempunyai bentuk, rasa, texture yang berbeza-beza, berikut merupakan jenis durian yang famous di pasaran Malaysia :
- Durian Kampung
- Durian D7
- Durian D96
- Durian D168/IOI
- Durian D197/Musang King
- Durian D2/Dato’ Nina
- Durian D24 – Sultan
- Durian D160 – Tekka
- Durian D198 – Golden Pheonix
- Durian D175 – Udang Merah
Ciri-Ciri Dan Asal Tempat Durian
Durian Kampung
Pelbagai rupa bentuk dan rasa yang tidak konsisten, namun paling murah dan mudah untuk dijumpai kerana tumbuh di pelbagai tempat disetiap negeri di Malaysia.
Harga Durian : Bermula daripada RM5.00 / Kilogram
Durian D7
Buah durian D7 sederhana besar dan berbentuk lonjong, kulit durian ini bewarna kuning dan rasa buah nya lemak manis sedikit. Durian D7 ini berasal daripada Kajang, Selangor pada tahun (1934).
Harga Durian D7 : Bermula daripada RM12.00 / Kilogram
Durian D96
Ciri-ciri yang terdapat pada buah durian D96 ini adalah buah nya sederhana besar dan bewarna gangsa, isinya tebal, berwarna oren dan rasa lemak manis sederhana. Durian ini Berasal daripada Serdang, Selangor (1955).
Harga Durian : Bermula daripada RM20.00 / Kilogram
Durian D168/IOI
Berbeza dengan durian yang lain. Durian IOI ini mempunyai rasa lemak manis dan di tambah dengan rasa sedikit pahit. Buah nya sederhana besar , Bulat dan kulit bewarna hijau perang dan isi nya bewarna Oren. Durian ini berasal daripada Muar, Johor (1989)
Harga Durian: Bermula daripada RM20.00 / Kilogram
Durian D197/Musang King
Musang King merupakan durian yang agak terkenal di Malaysia dengan rasa nya yang unik. Durian ini berasal daripada Tanah Merah, Kelantan (1993) . Ciri-Ciri buah ini adalah buah nya yang agak besar, Bulat dan kulit bewarna Hijau perang, Terdapat garisan bintang 5 ketara dibawah hujung pangkal durian, isi durian ini bewarna kuning, rasa nya manis , sedikit pahit dan berlemak.
Harga Durian: Bermula daripada RM40.00 / Kilogram
Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/Deskriptf
Durian D2/Dato’ Nina
Durian ini berasal daripada Ayer Molek, Melaka (1934), buah sederhana besar, dan kulit bewarna gangsa, isinya pula tebal bewarna keemasan, rasa nya sama seperti durian biasa.
Harga Durian: Bermula daripada RM12.00 / Kilogram
Durian D24 – Sultan
Terdapat ruang pangsa tidak sempurna di tengah , tengah. isinya tebal dan bewarna kuning, mempunyai rasa manis , berlemak dan sedikit pahit. Durian ini berasal dari Bukit Merah, Perak ( 1937)
Harga Durian: Bermula daripada RM15.00 / Kilogram
Durian D160 – Tekka
Durian ini mempunyai saiz yang besar serta bujur panjang, ada ruang di tengah-tengah durian , isi bewarna sedikit oren, rasa nya seidkit pahit dan berlemak.
Harga Durian: Bermula daripada RM20.00/ kilogram
Durian D198 – Golden Pheonix
Durian ini berasal dari Batu Pahat, Johor (2013) , Ciri-ciri buah sederhana besar, Bujur, Pangsa nipis dan isinya berwarna kuning pucat, rasanya manis, sedikit pahit dan berlemak.
Harga Durian: Bermula dari RM20.00 / Kilogram
Durian D175 – Udang Merah
Durian ini berasal daripada Balik Pulau, Pulau Pinang (1990) , Ciri-ciri buah ini sederhana besar, bujur dan kulit bewarna hijau perang, isinya bewarna kuning jingga hingga kemerahan. isinya tebal, lembut , lemak berkrim dan juga manis.
Harga Durian: Bermula dari RM30.00 / Kilogram