Jumlah Bantuan STR 2025 Kini boleh disemak dengan mudah melalui Online. Kementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh agihan fasa 1 STR 2025 pada 22 Januari. Pasti ramai tertanya-tanya berapakah jumlah bantuan STR yang akan diprolehi oleh setiap orang? . Artikel ini akan menerangkan jumlah bantuan yang akan diprolehi.
Isi Artikel
Pengenalan STR
STR 2025 merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Baca Juga : Jadual Bayaran STR 2025: ISI RUMAH & BUJANG
Jadual Pembayaran STR 2025
Kerajaan telah mengumumkan Pembayaran STR Fasa 1 bermula pada 22 januari 2025 , manakala jadual penuh pembayaran STR 2025 mengikut fasa adalah seperti berikut :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
Kategori Penerima dan Jumlah Bantuan
Siaran Media Kementerian Kewangan menyatakan bahawa Jumlah bantuan STR Tahun 2025 Fasa 1 meningkat kepada RM2.3 Bilion, Memberikan manfaat ke seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang layak dan memerlukan.


Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Mengikut Kategori penerima adalah seperti berikut :
- Isi Rumah Berpendapatan di atas RM2500 – RM5000 : RM150 -RM500
- Isi Rumah Berpendapatan di bawah RM2500 : RM500
- Warga Emas Dan Bujang : RM150
Pembayaran STR Fasa 1 berlangsung pada 22-28 Januari 2025 , dengan kaedah pembayaran dikreditkan terus kedalam akaun bank.
Manakala, Pemohon yang tidak mempunyai Akaun Bank boleh pergi ke cawangan BSN terdekat bermula 22 Januari 2025 untuk mendapat pembayaran secara tunai.
Cara Semak Kelayakan STR Tahun 2025
Semakan boleh dilakukan secara online di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ,
- Tekan Pada Pautan Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2025
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor Mykad Pemohon
- Sahkan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Klik Maklumat Bayaran

Soalan Lazim (FAQ)
Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 :







Maklumat Lanjut dan Bantuan
Maklumat Lanjut Sumbangan Tunai Rahmah 2025 boleh didapati di laman web rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/