Menteri Kewangan telah mengumumkan Bayaran STR Fasa 1 2025 akan bermula pada tarikh 22 Januari 2025.
Pemohon yang mempunyai akaun bank akan dikreditan secara terus kedalam akaun masing-masing.
Manakala Pemohon yang tidak mempunyai akaun bank perlu ke cawangan BSN berdekatan untuk menebus tunai.
Baca Juga :
Isi Kandungan
Pengenalan STR Fasa 1 2025
STR Fasa 1 merupakan sumbangan tunai Berfasa yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak . Ini merupakan Fasa yang pertama daripada keseluruhan 4 fasa.
sumbangan ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam mengharungi cabaran Kos sara hidup yang semakin meningkat.
Kerajaan komited untuk membantu segenap lapisan rakyat Malaysia dan STR Fasa 1 2025 merupakan salah satu daripada bantuan pihak kerajaan .
Kategori Penerima STR Fasa 1 2025
Kategori yang layak mendapat bantuan STR Fasa 1 2025 adalah :
- Keluarga Isi Rumah Berpendapatan RM2500 – RM5000
- Keluarga Isi Rumah Berpendapatan Dibawah RM2500
- Warga Emas
- Bujang
Kategori di atas akan menerima manfaat yang akan disalurkan dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion, berbanding RM2.1 Bilion pada tahun sebelumnya.
Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2025 Mengikut Kategori
Pembayaran STR Fasa 1 mengikut kategori kelayakan masing-masing :
- Isi Rumah berpendapatan dibawah RM2500 mendapat RM500
- Isi Rumah berpendapatan di antara RM2500 -RM5000 mendapat RM150-RM300
- Warga Emas Tiada Pasangan mendapat RM150
- Bujang Mendapat RM150
Pembayaran Fasa 1 bermula pada 22 Januari 2025 sehingga 28 Januari 2025.
Jadual Pembayaran STR Mengikut Fasa

Bantuan STR 2025 untuk keseluruhan 4 Fasa adalah seperti berikut :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
Cara Pembayaran STR Fasa 1 2025

Pemohon yang mengemaskini akaun bank didalam laman web rasmi STR akan mendapat tunai secara terus kedalam akaun bank masing-masing.
Manakala pemohon yang tidak mempunyai akaun bank perlu menghadirkan diri ke cawangan BSN berhampiran untuk mengambil Tunai.
Nota Penting : Sekiranya Maklumat pembayaran menunjukkan status “gagal kredit ke akaun” . pemohon perlu hadir ke Cawangan BN bersama kad pengenalan asal pemohon bagi proses tuntutan tunai bayaran STR 2025
Proses Permohonan STR Fasa 1 2025
Berita Baik untuk mereka yang belum memohon Sumbangan Tunai Rahmah, Kerajaan kini membuka permohonan sepanjang tahun untuk pemohon baharu.
permohonan boleh dilakukan di laman web rasmi STR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Semakan Status Bayaran STR Fasa 1 2025
Permohonan yang berjaya akan diproses . Semakan boleh dilakukan dengan cara :
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Sahkan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Klik Pada Maklumat Bayaran
atau
Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Siapakah Yang Layak Menerima STR 2025 ?
Pemohon STR 2025 yang layak menerima bayaran STR Fasa 1 2025 adalah Pemohon STR berstatus Lulus dan melepasi Semakan Verifikasi Kelayakan.
Berapakah Amaun Yang Diterima Oleh Penerima?
Kadar Bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran bermula Fasa permohonan diluluskan
Kategori Isi Rumah Berpendapatan Dibawah 2500

- Tiada Anak : RM500
- 1-2 Anak : RM500
- 3-4 Anak : RM500
- Lebih 5 Orang Anak : RM500
Jumlah Maksimum (Fasa 1+Fasa 2+Fasa 3+Fasa 4) Kelayakan bagi setiap isi rumah adalah seperti berikut :
- Tiada Anak : RM1,000
- 1-2 Anak : RM1,500
- 3-4 Anak : RM2000
- Lebih 5 Orang Anak : RM2,500
Kategori Isi Rumah Berpendapatan Diantara RM2500-RM5000

- Tiada Anak : RM150
- 1-2 Anak : RM150
- 3-4 Anak : RM150
- Lebih 5 Orang Anak : RM300
Jumlah Maksimum (Fasa 1+Fasa 2+Fasa 3+Fasa 4) Kelayakan bagi setiap isi rumah adalah seperti berikut :
- Tiada Anak : RM500
- 1-2 Anak : RM750
- 3-4 Anak : RM1,000
- Lebih 5 Orang Anak : RM1,250
Kategori Warga Emas tiada Pasangan dan Bujang

Bujang dan Warga Emas akan memprolehi RM150 pada fasa 1 STR 2025.
Kelayakan maksimum (Fasa 1+Fasa 2+Fasa 3+Fasa 4) bagi kategori Warga Emas dan Bujang ialah RM600.
Berapakah Jumlah Bayaran STR Bagi Fasa Berikutnya?
Bayaran bagi fasa seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa tertakluk pada pindahan kementerian kewangan.
Bagaimana Membuat Permohonan Baharu STR 2025?
Pendaftaran Baharu dan Kemaskini dibuka sepanjang tahun . Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk proses permohonan :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruang tersedia.
- Tekan butang HANTAR selepas selesai membuat semakan.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan didalam laman web dengan menyemak status permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut yang jelas. sila layari laman web wasmi MySTR di Pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/default
Penafian
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.
Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.
Kesimpulan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 merupakan inisiatif penting oleh kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Dengan memahami kategori penerima dan jumlah bayaran yang ditetapkan, penerima dapat merancang kewangan mereka dengan lebih baik.
Proses permohonan dan kemas kini maklumat juga telah dipermudahkan untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang layak.
Melalui artikel ini, diharapkan pembaca mendapat gambaran yang jelas mengenai STR Fasa 1 dan dapat memanfaatkan bantuan ini sepenuhnya. Jangan lupa untuk sentiasa mengemas kini maklumat anda dan memantau pengumuman rasmi dari kerajaan untuk sebarang perubahan atau maklumat tambahan mengenai STR.