Untuk pengetahuan anda, Kadar saman dan kompaun trafik yang dikenakan oleh PDRM adalah berbeza-beza mengikut kesalahan yang dilakukan sewaktu memandu kenderaan atau menunggang motor.
PDRM mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya bukanlah kerana suka-suka tetapi atas sebab kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna. Berikut merupakan Jenis kesalahan lalulintas dan juga kadar saman dan berapa jumlah yang perlu dibayar oleh pesalah.
Isi Kandungan
Jenis Kesalahan Lalu Lintas A
- Memandu laju (tidak melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan).
- Membuat pusingan ‘U’ di tempat yang tidak dibenarkan.
- Brek tidak efisyen.
- Berhenti di petak kuning.
- Tidak mematuhi isyarat ‘No Entry’.
- Gagal mematuhi lampu isyarat.
- Tidak memakai tali pinggang keledar.
- Memotong barisan (potong Q).
- Menggunakan lorong kecemasan.
- Tiada lesen memandu.
Kadar Saman Kenderaan Bagi Kesalahan A:
- 1 – 15 hari = RM150
- 16 – 30 hari = RM200
- 31 – 60 hari = RM300
Kadar Saman Kesalahan A Bagi Motorsikal bawah 250cc
- 1 – 15 hari = RM100
- 16 – 30 hari = RM150
- 31 – 60 hari = RM300
Jenis Kesalahan Lalu Lintas B
- Lampu tidak menyala.
- Lampu brek tidak berfungsi.
- Tidak memasang lampu.
- Tidak memasang cermin sisi.
- Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian.
Kadar Saman Kenderaan Bagi Kesalahan B:
- 1 – 15 hari = RM150
- 16 – 30 hari = RM200
- 31 – 60 hari = RM300
Kadar saman kesalahan B Bagi motorsikal bawah 250cc:
- 1 – 15 hari = RM50
- 16 – 30 hari = RM100
- 31 – 60 hari =RM150
Jenis Kesalahan Lalu Lintas C
- Lesen memandu tamat tempoh.
- Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan.
- Tidak membuat tukar milik.
- Tidak mempamerkan plat ‘P’.
Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai pendidikan , kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/bantuanGOV
Kadar Saman Kenderaan Bagi Kesalahan C:
- 1 – 15 hari = RM70
- 16 – 30 hari = RM120
- 31 – 60 hari = RM150
Kadar Saman Kesalahan C Bagi Motorsikal Bawah 250cc:
- 1 – 15 hari = RM40
- 16 – 30 hari = RM70
- 31 – 60 hari = RM120
Jenis Kesalahan Lalu Lintas D
Kesalahan lalu lintas:
- Memandu laju (melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan).
- Pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.
Kadar Saman Kenderaan Termasuk Motorsikal Bagi Kesalahan D
- 1 – 60 hari = RM300
Harga Asal Kompaun Mengikut Kesalahan
- Tidak memakai topi keledar – RM100
- Memotong barisan secara berbahaya – RM150
- Memandu di lorong kecemasan – RM150
- Kesalahan lampu merah – RM150
- Halangan lalu lintas – RM150
- Membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan – RM150
- Lampu isyarat kenderaan tidak hidup – RM100
- Larangan meletak kenderaan – RM150
- Larangan memotong di jalan raya – RM150
- Melebihi had laju (melebihi 40 km/j dari had laju) – RM300
- Melebihi had laju (kurang 40 km/j dari had laju) – RM150
- Tidak memakai tali pinggang keledar – RM150
- Tidak mempunyai lesen – RM150
- Memandu sambil menggunakan telefon bimbit – RM150
- Tidak melekat lesen “P” Depan/Belakang – RM70
Pelbagai saman perlu diketahui untuk memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang nilai saman sebelum melakukan kesalahan. Hal ini dapat membantu pengguna memikirkan tentang akibat perbuatan mereka. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua!
Ringkasan Penuh Jenis Kesalahan dan Kadar Saman Penguatkuasa
Kenderaan
JENIS KESALAHAN | 15 HARI PERTAMA | HARI KE 16 HINGGA 30 | HARI KE 31 HINGGA 60 |
Memandu Laju tidak melebihi 40km/j | RM150 | RM200 | RM300 |
Membuat Pusingan U ditempat yang tidak dibernarkan | RM150 | RM200 | RM300 |
Brek tidak Efisyen | RM150 | RM200 | RM300 |
Berhenti di petak kuning. | RM150 | RM200 | RM300 |
Tidak mematuhi isyarat ‘No Entry’. | RM150 | RM200 | RM300 |
Gagal mematuhi lampu isyarat. | RM150 | RM200 | RM300 |
Tidak memakai tali pinggang keledar. | RM150 | RM200 | RM300 |
Memotong barisan (potong Q). | RM150 | RM200 | RM300 |
Menggunakan lorong kecemasan. | RM150 | RM200 | RM300 |
Tiada lesen memandu. | RM150 | RM200 | RM300 |
Lampu tidak menyala. | RM150 | RM200 | RM300 |
Lampu brek tidak berfungsi. | RM150 | RM200 | RM300 |
Tidak memasang lampu. | RM150 | RM200 | RM300 |
Tidak memasang cermin sisi. | RM150 | RM200 | RM300 |
Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian. | RM150 | RM200 | RM300 |
Lesen memandu tamat tempoh. | RM70 | RM120 | RM150 |
Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan. | RM70 | RM120 | RM150 |
Tidak membuat tukar milik. | RM70 | RM120 | RM150 |
Tidak mempamerkan plat ‘P’. | RM70 | RM120 | RM150 |
Memandu Laju melebihi 40 km/j | RM300 | RM300 | RM300 |
Teksi Tidak menggunakan Meter | RM300 | RM300 | RM300 |
Motorsikal Bawah 250CC
JENIS KESALAHAN | 15 HARI PERTAMA | HARI KE 16 HINGGA 30 | HARI KE 31 HINGGA 60 |
Memandu Laju tidak melebihi 40km/j | RM100 | RM150 | RM300 |
Membuat Pusingan U ditempat yang tidak dibernarkan | RM100 | RM150 | RM300 |
Brek tidak Efisyen | RM100 | RM150 | RM300 |
Berhenti di petak kuning. | RM100 | RM150 | RM300 |
Tidak mematuhi isyarat ‘No Entry’. | RM100 | RM150 | RM300 |
Gagal mematuhi lampu isyarat. | RM100 | RM150 | RM300 |
Tidak memakai tali pinggang keledar. | RM100 | RM150 | RM300 |
Memotong barisan (potong Q). | RM100 | RM150 | RM300 |
Menggunakan lorong kecemasan. | RM100 | RM150 | RM300 |
Tiada lesen memandu. | RM100 | RM150 | RM300 |
Lampu tidak menyala. | RM50 | RM100 | RM150 |
Lampu brek tidak berfungsi. | RM50 | RM100 | RM150 |
Tidak memasang lampu. | RM50 | RM100 | RM150 |
Tidak memasang cermin sisi. | RM50 | RM100 | RM150 |
Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian. | RM50 | RM100 | RM150 |
Lesen memandu tamat tempoh. | RM40 | RM70 | RM120 |
Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan. | RM40 | RM70 | RM120 |
Tidak membuat tukar milik. | RM40 | RM70 | RRM120 |
Tidak mempamerkan plat ‘P’. | RM40 | RM70 | RM120 |
Memandu Laju melebihi 40 km/j | RM300 | RM300 | RM300 |
Maklumat Lanjut Kadar Saman Trafik
Perlu diingatkan bahawa harga kompaun saman PDRM ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Untuk mendapatkan info lengkap Senarai kesalahan Saman, Anda diminta menghubungi pihak polis dan JPJ untuk mendapatkan info yang lebih terbaru.
Anda juga boleh merujuk PDF dibawah untuk senarai lengkap yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan melalui portal rasmi mereka :
anda juga diminta untuk menyemak info2 penting dan baharu yang dikeluarkan oleh pihak PDRM dan juga pihak JPJ di laman web rasmi :
Artikel berkaitan
Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.