Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam (SSPA) 2024

Penjawat awam kini boleh menyemak kadar dan jumlah kenaikan gaji melalui laman web kalkulator kenaikan gaji di laman web rasmi SSPA.

Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji kumpulan pelaksana sehingga mencecah 42 peratus.

Pengurusan tertinggi pula akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 7 peratus. Pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa dimulai dengan fasa 1 yang akan bermula 1 disember 2024.

Julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah antara 16.8 peratus sehingga 42.7 peratus.

Berikut dikongsikan info terkini berkaitan kenaikan gaji yang telah diumumkan oleh Pihak Kerajaan bermula 1 disember 2024.

Pengenalan

Pada 7 julai lepas, Perdana Menteri telah memutuskan untuk mengkaji semula Gaji penjawat awam berikutan tiada perubahan yang telah direalisasikan dalam tempoh 11 tahun.

Beberapa pengumuman juga disampaikan oleh Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 ogos 2024.

  1. Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 disember 2024.
  2. Ganjaran hanya akan diberikan kepada kakitangan awam yang berkhidmat dengan setia, amanah, dan cemerlang.
  3. Nilai dan Integriti adalah asas utama dalam perkhidmatan awam, tidak boleh dipandang ringan.
  4. Kelayakan mainimum untuk menyertai perkhidmatan awam dinaikkan kepada sekurang kurangnya mempunyai sijil SPM
  5. Perlunya Ikhtiar, Iltizam dab pentadbiran baharu tanpa kompromi oleh penjawat awam.
  6. Pelaksanaan SSPA adalah untuk kepentingan penjawat awam dan bukan semata mata untuk menarik sokongan.
kalkulator kenaikan gaji 1
Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam (SSPA) 2024 4

Tarikh Pelaksanaan Fasa Kenaikan Gaji Penjawat Awam

  • Pelarasan Gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksanadan pegawai kumpulan professionnal.
  • Perdana Menteri umum pelarasan gaji Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi sebanyak 7 peratus
  • Pelaksanaan bermula pada 1 disember untuk fasa 1 dan 1 januari 2026 untuk fasa 2.

Kumpulan Pelaksana dan pengurusan professional :

FASA 1 : 8% (1 Disember 2024)
FASA 2 : 7% (1 Januari 2026)

Kumpulan Pengurusan Tertinggi :

FASA 1 : 4% (1 Disember 2024)
FASA 2 : 3% (1 Januari 2026)

Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam Selepas Kenaikan

Kalkulator kenaikan Gaji
Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam (SSPA) 2024 5

Kalkulator kenaikan Gaji boleh di akses melalui portal rasmi SSPA di : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

skim gaji 1
Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam (SSPA) 2024 6

Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *