Peruntukan Bagi Kenaikan Gaji Penjawat Awam melebihi 10 bilion dan jumlah kenaikan gaji ini adalah yang erbesar dalam sejarah negara.
Seramai 692,828 kakitangan kumpulan pelaksana melibatkan gred 40 dan kebawah bakal menikmati kenaikan gaji maksimum sehingga 42.7%.
Kenaikan Gaji yang telah diumumkan oleh perdana menteri ini merupakan satu langkah yang positif dalam memacu ekonomi penjawat awam secara keseluruhan dan membantu meningkatkan kualiti kehidupan.
Table of Contents
Pengumuman Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan kadar kenaikan gaji untuk penjawat awam yang berkuat kuasa 1 disember 2024. Pengumuman rasmi ini disampaikan oleh perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke 19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 ogos 2024 dan melibatkan peruntukan sebanyak lebih kurang RM10 bilion.
Berapa Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam?
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengumuman yang telah disampaikan oleh beliau melibatkan kadar kenaikan sebanyak 13% tetapi sebenarnya kenaikan tersebut bergantung kepada gred penjawat awam tersebut.
Penjawat awam yang mempunyai permulaan gaji yang sedikit akan mendapat kenaikan yang lebih banyak mencecah sehingga 42 peratus berbandinding penjawat awam yang mempunyai gaji yang tinggi akan mendapat kenaikan yang rendah.
Bagaimana Kenaikan Gaji Dalam Penjawat Awam Ditentukan?
Kenaikan Gaji penjawat awam akan mengambil kira aspek prestasi dan disiplin. Penjawat awam perlu menunjukkan kesungguhan dalam bekerja dan mempunyai prestasi yang meningkat dari masa ke semasa untuk menikmati kadar kenaikan gaji.
Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/Deskriptf
Kajian juga telah dijalankan melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) untuk menentukan kenaikan gaji penjawat awam dari sektor manakah yang mempunyai sumbangan terbesar dalam masyarakat dan negara dan layak untuk mendapat kenaikan gaji penjawat awam yang lebih tinggi berdasarkan sumbangan terhadap masyarakat dan negara.
Melalui kajian tersebut, tarikh kemaskini 01/03/2024 , 10 Skim Perkhidmatan Penyumbang Tertinggi Adalah seperti yang berikut :
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) : 15.3%
- Penolong Pegawai Perubatan : 14.1%
- Penolong Pegawai Farmasi : 11.4%
- Jururawat : 11.4%
- Penolong Pegawai Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran : 10.6%
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan : 8.9%
- Pegawai Farmasi : 7.6%
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat : 7.3%
- Penolong Pegawai tadbir : 6.8%
- Pegawai Teknologi Maklumat : 6.5%
Berdasarkan Kajian di atas, pihak kerajaan akan lebih berfokus kepada kemampanan saraan, pembangunan organisasi dan pengurusan bakat dalam memperbaiki struktur kualiti penjawat awam.
Walaupun pelaksanaan SSPA memberikan kenaikan gaji yang signifikan, ia juga akan menilai prestasi dan etika kerja penjawat awam.
Kriteria kelayakan ini akan memastikan bahawa kenaikan gaji dan faedah lain hanya diberikan kepada mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang dan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas mereka. Ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan mutu kerja dalam perkhidmatan awam.
Dengan pelaksanaan SSPA, kerajaan tidak hanya menekankan aspek kewangan, tetapi juga komitmen terhadap peningkatan mutu perkhidmatan awam dan pengiktirafan terhadap sumbangan penjawat awam. Langkah ini merupakan satu inisiatif yang baik dan diharapkan akan memperkukuhkan sektor awam dan membawa manfaat yang maksimum kepada negara.
Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawaat Awam 2024
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim, penjawat awam akan mempunyai akses kepada kalkulator gaji khusus yang disediakan untuk memudahkan mereka mengira kadar kenaikan gaji mereka. Kalkulator ini akan membolehkan penjawat awam memasukkan maklumat peribadi mereka untuk mengetahui berapa banyak kenaikan yang akan berlaku pada gaji mereka mulai 1 Disember ini.
Maklumat Lanjut Mengenai Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024
Untuk melayari statistik Sistem Saraan Perkhidmatan awam boleh dilakukan di pautan yang disediakan : https://semakansaraan.jpa.gov.my/
Sumber : Hmetro
Baca juga :
Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.