MA63 : Pemberian Khas Interim Sabah & Sarawak Dinaikkan kepada RM600 Juta

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan jumlah pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada RM300 juta.

Sebelum ini di bawah MA63, peruntukan khas 112D menetapkan peruntukan munasabah kepada Sarawak dan Sabah yang mula diberi masing-masing pada kadar RM16 juta dan RM26 juta, dan harus dikaji setiap lima tahun namun perkara itu tidak berlaku.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof berkata “Pemberian Khas Interim Sabah dan Sarawak Dinaikkan Kepada RM600 Juta Bermula Tahun Hadapan.”

Sumber : Astro Awani

Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai pendidikan , kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan

Apakah Maksud Pemberian Khas Interim?

Pemberian Khas Interim merupakan peruntukan kewangan khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak didalam Perlembagaan Persekutuan dibawah Perjanjian MA63 (Malaysia Agreement 1963), dibawah perkara 112D dinyatakan bahawa kajian peruntukan kewangan perlu dilakukan terhadap negeri Sabah dan Sarawak.

Baca Isi Penuh Perkara 112D. Kajian semula pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak.

MA63
MA63 : Pemberian Khas Interim Sabah & Sarawak Dinaikkan kepada RM600 Juta 2

Apakah itu MA63?

MA63 : Malaysia Agreement 1963 / Perjanjian Malaysia 1963 adalah sebuah dokumen yang ditandatangani oleh pihak-pihak “United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.

Dokumen ini ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London dan telah didaftarkan di sekretariat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations – UN) pada 21 September 1970 oleh United Kingdom of Great Britain dan Northen Ireland dengan nombor rujukan 10760. Perjanjian ini merupakan teks yang sah di sisi undang-undang bagi setiap Perkara di dalam perjanjian ini ialah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Di dalam perjanjian ini, terdapat sebanyak 11 Perkara yang disusuli dengan lampiran-lampiran yang menjadi asas kepada Akta 26/1963 untuk meminda perlembagaan sedia ada iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, selaras dengan penggabungan bersama Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Setiap satu daripada Perkara yang
terdapat di dalam perjanjian ini berfungsi sebagai perkara dan arah tuju yang harus diikuti, dipatuhi dan ditunaikan oleh semua pihak yang telah menandatangani perjanjian ini.

Apakah isi Kandungan MA63?

Berikut merupakan 11 Perkara yang menjadi intipati perjanjian MA63 : 

  • Perkara 1: Menyatakan bahawasanya Borneo Utara dan Sarawak, dan Singapura akan disekutukan dengan Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali sebagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura mengikut surat cara Perlembagaan yang dilampirkan pada surat perjanjian dengan penamaan Persekutuan dengan nama “Malaysia”; 
  • Perkara 2: Menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menggubal Perlembagaan melalui Parlimen Persekutuan dengan memastikan surat cara Perlembagaan yang dilampirkan akan menjadi suatu Akta untuk dipatuhi di dalam Perlembagaan yang digubal dan akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1963 dan tarikh ini akan dikenali sebagai “Hari Malaysia” (tarikh ini kemudian berubah kepada 16 September 1963 disebabkan oleh beberapa hal). 
  • Perkara 3: Menyatakan mengenai tanggungjawab kerajaan United Kingdom untuk menyerahkan kepada Queen, perintah-perintah untuk membolehkan Perlembagaan negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura berkuatkuasa mengikut lampiran-lampiran perlembagaan setiap negeri tersebut yang dilampirkan bersama-sama surat perjanjian. 
  • Perkara 4: Menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan United Kingdom untuk mendapatkan penggubalan satu Akta di Parlimen United Kingdom bagi membolehkan perlepasan hak kedaulatan oleh Queen ke atas Borneo Utara, Sarawak dan Singapura, bermula pada “Hari Malaysia” dan diserahkan kuasa itu mengikut Perjanjian dan lampiran-lampirannya. 
  • Perkara 5: Menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk mendapatkan penggubalan Akta oleh Parlimen bagi meminda skop imigresen untuk kemasukan ke Sabah dan Sarawak serta peruntukan-peruntukan khas seperti lampiran yang tertentu yang dilampirkan bersama-sama Perjanjian ini akan tertakluk kepada penggubalan Akta tersebut. 
  • Perkara 6: Menyatakan mengenai Perjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama antara Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom pada 1957, kini akan diperluaskan bagi semua wilayah “Malaysia” serta kebenaran untuk United Kingdom terus menggunakan pangkalan-pangkalan tentera sedia ada, terutamanya di Singapura, seperti mana dalam lampiran di dalam Perjanjian ini. 
  • Perkara 7: Menyatakan mengenai persetujuan bagi membolehkan Queen membuat perintah mengenai pembayaran saguhati kepada para pegawai dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat, terutama di North Borneo dan Sarawak sebelum Hari Malaysia. Selain itu, ia turut menyentuh mengenai Perjanjian Pegawai Awam yang harus ditandatangani oleh Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia juga hendaklah memperoleh persetujuan daripada Kerajaan Sabah, Sarawak atau Singapura sebelum menandatangan perjanjian itu. 
  • Perkara 8: Menyatakan mengenai tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak untuk mengambil tindakan bagi melaksanakan segala syor, jaminan dan aku janji yang terdapat di dalam Bab III dan Lampiran A dan Lampiran B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 Februari 1963 selagi mana ia tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan. 
  • Perkara 9: Menyatakan mengenai keperluan menjadikan Lampiran J yang berkenaan dengan Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan di dalam perjanjian ini dijadikan sebagai Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura. 
  • Perkara 10: Menyatakan mengenai keperluan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura dalam menjalankan kuasa-kuasa yang ada berkenaan siaran radio dan televisyen seperti mana termaktub di dalam Lampiran K di dalam Perjanjian ini selagi ia tidak dilaksanakan melalui Perlembagaan Malaysia. 
  • Perkara 11: Menyatakan mengenai keperluan Perjanjian ini ditandatangani di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja manakala setiap lampirannya hanyalah di dalam Bahasa Inggeris. Jika kekeliruan berlaku, maka naskhah Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai tafsiran yang sah. 

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *