Bagaimanakah mendaftar MyDigital ID? Sebelum itu, mari kita fahami dahulu apa itu mydigital ID. MyDigital ID adalah sistem pengenalan digital yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memudahkan rakyat mengakses pelbagai platform digital kerajaan dengan satu set pengesahan. Dengan konsep Single Sign-On (SSO), MyDigital ID menghapuskan keperluan untuk mengingati banyak kata laluan, menjadikan pengguna lebih selamat daripada penipuan dalam talian dan kecurian identiti.
Isi Kandungan
Apakah itu MyDigital ID ?
MyDigital ID adalah sistem pengenalan digital yang memudahkan rakyat Malaysia mengakses pelbagai platform digital dengan satu set pengesahan sahaja. Sistem ini menghapuskan keperluan untuk mengingati banyak kata laluan dan meningkatkan keselamatan pengguna daripada penipuan dalam talian serta kecurian identiti.
Langkah-langkah Mendaftar MyDigital ID
Ikuti 9 langkah dibawah untuk mendaftar MyDigital ID secara Lengkap:
- Muat Turun Aplikasi: Cari aplikasi “MyDigital ID” di Google Play Store atau Apple App Store dan pasang di telefon pintar anda.
- Buka Aplikasi dan Klik “Daftar Online”: Pilih bahasa Inggeris jika perlu dengan menekan butang “EN” di bahagian atas kanan.
- Masukkan Alamat Emel: Klik butang “Next” selepas menaip alamat emel anda.
- Terima OTP di Emel Anda: Masukkan kod enam digit OTP yang diterima dalam masa lima minit dan klik “Next”.
- Masukkan Butiran Diri: Isi nama, nombor IC/MyKad dan teruskan dengan mengambil gambar depan dan belakang MyKad anda.
- Ambil Swafoto: Pastikan wajah anda berada dalam bingkai dan jika berjaya, mesej akan memaklumkan proses EKYC selesai.
- Cipta Kata Laluan: Selepas memilih kata laluan, anda akan diberi pilihan untuk menyimpan MyDigital ID dalam peranti anda.
- Pengaktifan Berjaya: Mesej “Tahniah, pengenalan digital anda sedia digunakan” akan dipaparkan bersama tarikh luput ID yang perlu diperbaharui setahun kemudian.
- Imbas Kod QR: Selepas itu, anda boleh menggunakan MyDigital ID dengan mengimbas kod QR untuk pelbagai perkhidmatan.
Baca juga :
MyJPJ dan MyDigital ID: Apa yang Anda Perlu Tahu
Mulai 10 Oktober 2024, setiap pengguna aplikasi MyJPJ dikehendaki mendaftar ID MyDigital mereka supaya mereka boleh log masuk ke aplikasi MyJPJ. Kerja ini merupakan bahagian penting dalam menjadikan transaksi dalam talian lebih selamat dan selamat untuk pelanggan. Permohonan MyJPJ akan ditutup bagi mereka yang belum mendaftar dengan ID MyDigital selepas tarikh akhir.
Kelebihan MyDigital ID
- Keselamatan Tinggi: SIstem ini menggunakan teknologi kriptografi yang diiktiraf antarabangsa untuk melindungi data pengguna. Ini memastikan maklumat peribadi anda selamat daripada ancaman siber.
- Kemudahan Akses: Dengan satu ID, anda boleh mengakses pelbagai platform kerajaan dan swasta, mengurangkan keperluan untuk mengingati banyak kata laluan.
- Pengesahan Pantas: Proses pengesahan identiti yang cepat dan mudah melalui aplikasi mudah alih, menjadikan urusan digital lebih efisien.
- Integrasi dengan Pelbagai Perkhidmatan: Sistem ini boleh digunakan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti MySejahtera, e-Tanah, dan banyak lagi, menjadikan urusan harian lebih mudah dan cepat.
- Pengurusan Identiti Berpusat: Semua maklumat identiti anda disimpan dalam satu tempat yang selamat, memudahkan pengurusan dan kemas kini maklumat peribadi.
Pautan Muat Turun dan Mendaftar MyDigital ID
Berikut adalah pautan untuk memuat turun aplikasi MyDigital ID:
- Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.mimos.signetclient&hl=en&pli=1
- Apps Store : https://apps.apple.com/my/app/mydigital-id/id1435289143
- Laman Web : https://www.digital-id.my/
Soalan Lazim Berkaitan Dengan MyDigital ID
Soalan Lazim Tambahan
- Adakah MyDigital ID menggunakan data biometrik dalam pengesahan identiti? Ya, MyDigital ID guna data biometrik macam swafoto untuk sahkan identiti pengguna.
- Bolehkah pengguna mendaftar lebih dari satu identiti digital? Tak boleh, setiap pengguna hanya boleh daftar satu identiti digital untuk pastikan keselamatan dan ketepatan pengesahan identiti.
- Adakah MyDigital ID boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat? Ya, MyDigital ID direka untuk semua lapisan masyarakat tanpa kira umur dan tahap sosioekonomi.
- Bagaimana jika saya terlupa kata laluan MyDigital ID? Anda boleh reset kata laluan melalui aplikasi MyDigital ID dengan pilih “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan yang diberikan.
- Adakah MyDigital ID menggantikan MyKad? Tak, MyDigital ID tak ganti MyKad. Ia cuma pelengkap untuk mudahkan urusan dalam talian.
- Apakah yang perlu dilakukan jika terdapat masalah teknikal dengan aplikasi MyDigital ID? Anda boleh hubungi pusat bantuan MyDigital ID melalui aplikasi atau laman web rasmi untuk dapatkan bantuan teknikal.
Sumber : ecentral, MyDigital ID, Astro Awani