Mungkin ramai lagi yang tidak tahu terdapat banyak program ditawarkan oleh pihak Trafik, JPJ dan PDRM bagi orang ramai untuk mohon diskaun saman trafik sehingga 50%.
Isi kandungan
Apakah yang dimaksudkan dengan saman trafik ?
Saman trafik merupakan denda yang dikeluarkan kepada pesalah lalulintas samada oleh pihak JPJ, PRDM ataupun Polis Trafik.
terdapat 2 jenis saman trafik yang dikeluarkan oleh cawangan trafik PDRM iaitu :
- Saman yang dikenakan kepada kenderaan
- Saman yang dikenakan kepada pesalah trafik
Bagaimana Mohon Diskaun Saman Trafik
Mungkin ramai lagi yang tidak tahu terdapat banyak kempen yang dijalankan oleh pihak trafik PDRM khas untuk mereka yang ingin membayar saman kenderaan pada kadar potongan sehingga 50%.
kempen yang dijalankan pada masa kini adalah:
Program Madani Rakyat Zon Timur
PDRM menawarkan diskaun istimewa terhadap pesalah trafik dan lalulintas yang ingin menjelaskan bayaran saman sebanyak 50% . kempen ini telah diadakan di Dataran Sayangi Kuantan pada 5 Julai 2024 – 7 Julai 2024.
Program Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat Kebangsaan
PDRM melancarkan potongan diskaun saman sebanyak 50% bagi setiap kesalahan yang terpilih. Mereka yang ingin membayar saman perlu membuat semakan terlebih dahulu melalui aplikasi MyBayar.
Kempen ini telah berlangsung selama dua hari di Dataran Pahlawan Melaka pada 25 dan 26 May 2024.
Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu
Pihak PDRM telah membuka beberapa booth sempena sambutan hari Malaysia peringkat kebangsaan selama sehari di Kota Kinabalu.
Pihak PDRM telah berjaya membuat kutipan sebanyak 11 ribu saman dan orang ramai telah berjaya melunaskan saman pada kadar separuh harga dengan ada nya program mohon diskaun saman .
Bolehkah Memohon Diskaun Saman Trafik Secara Online?
Boleh,tetapi bergantung kepada pengumuman daripada pihak PDRM kerana pihak Trafik PDRM yang akan memberikan keputusan samada ingin memberi diskaun ataupun tidak.
Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan
- Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
- Telegram : https://t.me/Deskriptf
Kebiasaan nya, pihak PRDM akan memberikan diskaun saman ketika program besar besaran dijalankan seperti Sambutan Hari Malaysia, Sambutan Hari Belia, Program Madani Rakyat
Baca juga
Maklumat Lanjut Permohonan Diskaun Saman Trafik
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan pengumuman yang akan disampaikan oleh pihak PDRM mengenai Permohonan diskaun saman trafik . Pengumuman akan dihebahkan di laman rasmi PDRM dan juga laman sosial rasmi PDRM
Laman rasmi facebook PDRM : Klik Sini
Pautan rasmi PDRM : Klik Sini
Penafian : Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.