Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab memberi bantuan terhadap kanak kanak yang tidak bernasib baik supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Bantuan minimum RM150 dan maksimum RM1,000 akan diberikan kepada keluarga yang layak untuk terus bersemangat menjaga kanak-kanak dibawh jagaan mereka. Semakan info Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025 boleh dirujuk melalui artikel ini.
Baca juga: Panduan Lengkap: Tarikh dan Cara Pembayaran Bantuan JKM
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Kanak-Kanak JKM
Bantuan Kanak-Kanak JKM merupakan sokongan bentuk kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk keluarga yang berada dalam kesusahan dapat terus tinggal bersama-sama menjaga anak jagaan dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Syarat Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025
Berikut adalah syarat-syarat untuk mendapatkan Bantuan Kanak-Kanak JKM:
- Warganegara Malaysia dan tinggal di Malaysia.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Kanak-kanak di bawah 18 tahun atau yang berumur 18 tahun ke atas jika masih bersekolah sehingga tamat menengah atas.
- Selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Permohonan Secara Online Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025
- Layari laman web rasmi eBantuan JKM.
- Daftar akaun baru dengan mengisi maklumat yang diminta.
- Log masuk ke akaun anda menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
- Pilih jenis bantuan yang ingin dimohon dan isi borang permohonan.
- Semak semula maklumat yang telah diisi, pastikan betul, dan hantar permohonan.
- Hadir ke Pejabat JKM dengan membawa dokumen yang diperlukan dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan.
Dokumen Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025
Berikut senarai dokumen permohonan bantuan kanak-kanak JKM

- Kad pengenalan pemohon depan dan belakang.
- Kad pengenalan/ mykid/ sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Kad oku/ slip pendaftaran sementara (bagi pemohon oku).
- Sijil kematian/ perceraian (jika berkaitan).
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/ surat akuan
- Laporan dari agensi lain yang berkaitan (aadk/ polis/ penjara) (jika berkaitan)
- Salah satu salinan bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon/ astro, dll (bagi pengesahan alamat)
- Kertas cadangan projek dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan geran)
- Pengesahan rawatan/ surat sokongan/ syor daripada doktor/ pakar perubatan dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan alat tiruan/sokongan)
Borang Permohonan Bantuan


Senarai Nombor Pejabat JKM mengikut Negeri
- Johor: 07-233 0400
- Kedah: 04-700 1700
- Kelantan: 09-7416900
- Labuan: 087-424961
- Melaka: 06-333 3333
- Pahang: 09-5650222
- Perak: 05-2545505
- Perlis: 04-9791400 / 04-9791401
- Pulau Pinang: 04-6505259
- Selangor: 03-5545 5598
- Negeri Sembilan: 06-765 9555
- Terengganu: 09-6222444 / 09-6274256/51
- Putrajaya: 03-8000 8000
- Sarawak: 082-449577
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 03-40104000
- Sabah: 088-255133 / 088-255134 / 088-244228
Maklumat Lanjut Bantuan JKM 2025
Sebarang Pertanyaan boleh melayari Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat beralamat di:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
- Telefon : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Penafian
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.
Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.
Sumber: Portal Bantuan Terkini , Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat