Selaras dengan Aspirasi Kerajaan dalam memperkasakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pelaksanaan MyBrain telah diteruskan dan akan member keutamaan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang dinyatakan.
program ini juga merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi untuk membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat dalam bidang penyelidikan sekaligus dapat meningkatkan impak positif dalam hasil penyelidikan yang berguna untuk Masyarakat, Komuniti dan Negara.
Selain itu, Program MyBrain 2.0 merupakan satu cabang motivasi kepada Institut Pengajian Tinggi Swasta dalam usaha menyediakan pensyarah yang berkompetensi dalam meningkatkan keupayaan IPTS secara keseluruhan.
Apakah Itu MyBrain 2.0 ?
MyBrain 2.0 adalah program yang ditawarkan kepada orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah-pensyarah IPTS untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.
Bidang Apakah yang Ditawarkan ?
Bidang yang ditawarkan dalam program MyBrain 2.0 adalah:
- Sains
- Teknologi
- Kejuruteraan
- Matematik (STEM)
- Sains Sosial
- Sastera Ikhtisas
Syarat Kelayakan Program MyBrain 2.0
1. Syarat Umum
- Pemohon Mestilah:
- Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; atau
- Pensyarah IPTS terpilih (IPTS milik Kerajaan Negeri)
- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam
Shah (UNISHAMS) - Universiti Melaka (UNIMEL)
- Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS)
- Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
- Universiti Teknologi Sarawak (UTS)
- Universiti Selangor (UNISEL)
- Universiti Islam Selangor (UIS)
- Universiti UCYP
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
- Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
- Kolej Universiti Yayasan Sabah (KUYS)
- Kolej Universiti TATI (TATIUC)
- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam
- Warganegara Malaysia dengan had umur pada tahun permohonan seperti berikut :
- Orang Awam Tidak Bekerja/ Berpendapatan Tetap :
- Ijazah Sarjana : 28 Tahun
- Ijazah Kedoktoran (PhD) : 35 Tahun
- Pensyarah IPTS
- Ijazah Sarjana : 35 Tahun
- Ijazah Kedoktoran (PhD) : 45 Tahun
- Orang Awam Tidak Bekerja/ Berpendapatan Tetap :
- Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan / biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman pelajaran / elaun pembantu penyelidik siswazah / pembiayaan tambahan lain dengan syarat ia bukanlah BIASISWA;
- Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini;
- Telah menerima surat tawaran penuh / tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih seperti di :
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Sarawak Malaysia (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2024/2025;
- Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti:
- Pengajian berstruktur seperti:
(a) Industrial Ph.D;
(b) Doctorate in Business Administration (DBA);
(c) Doctor of Management (DMgt);
(d) Doctor of Education (EdD);
(e) American Degree Transfer Program (ADTP); dan
(f) Jointly Awarded Ph.D/ Dual Ph.D Program; - Bidang berkaitan penerbangan/yang memerlukan pelajar mengambil lesen
penerbangan; - Bidang berkaitan Sijil Profesional seperti Association of Chartered Certified
Accountants (ACCA); - Program berkaitan klinikal seperti perubatan dan pergigian;
- Program kejururawatan; dan
- Program pengajian separuh masa.
- Pengajian berstruktur seperti:
- Pemohon pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran yang akan mengikuti pengajian secara penyelidikan perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan rujukan dan semakan untuk kelulusan;
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik seperti :
- Kanser;
- Serangan jantung;
- Pulmonary Hypertension;
- Sakit buah pinggang yang kronik;
- Sakit hati (liver) yang kronik;
- Fulminant Viral Hepatitis;
- Kecederaan di kepala disebabkan kemalangan;
- Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak;
- Melepuh dan melecur kerana kebakaran;
- Pemindahan organ utama;
- Penyakit Parkinson;
- Penyakit HIV dan Aids;
- Pemindahan kaki dan/atau tangan;
- Skizofrenia; dan
- Lain-lain penyakit yang disahkan sebagai penyakit kronik dan tidak sihat
untuk meneruskan pengajian oleh pakar perubatan Kerajaan dan/atau pakar
perubatan yang diperakukan oleh penaja.
- Pemohon dan ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak Kerajaan
2. Syarat Khusus
- Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon;
- Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan minimum akademik seperti berikut:
- Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 / Kelas Dua Atas / setaraf pada pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda;
- Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK minimum 3.30 bagi keputusan semester terkini sekiranya pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana mod Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) dengan minimum baki tempoh pengajian yang ditetapkan;
- Kategori penajaan dibuka bagi mod pengajian secara Penyelidikan dan Campuran (Kerja Kursus dan Tesis).
- Pemohon tidak memiliki Ijazah Kedoktoran atau setaraf semasa memohon;
- Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan minimum akademik seperti berikut:
- Memperoleh PNGK minimum 3.30 / setaraf bagi mod pengajian kerja kursus atau Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) pada pengajian Ijazah Sarjana; atau
- Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana; atau
- Telah menerima surat tawaran penuh / memulakan pengajian di IPT bagi laluan Fast Track PhD.
- Kategori penajaan hanya dibuka bagi mod pengajian secara Penyelidikan sahaja.
Elemen tajaan MyBrain 2.0
Program MyBrain 2.0 menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pemohon yang berjaya seperti berikut:
- Yuran Pengajian sehingga RM 22,500.00
- Elaun Sara Hidup
Bagaimanakah Proses Permohonan MyBrain 2.0 ?
Proses permohonan MyBrain 2.0 melibatkan 3 peringkat iaitu, Permohonan, temuduga dan ujian psikometrik dan penawaran.
- Permohonan : Hantar borang permohonan secar atas talian melalui laman web utama sistem MyBrain 2.0 sebelum tarikh ditutup di talian : https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/
- Temu Duga & Ujian Psikometrik : Pemohonan yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga dan ujian psikometrik secara atas talian.
- Penawaran : Pemohon berjaya akan menerima surat tawaran penajaan program MyBrain 2.0
Tarikh Tutup Permohonan Program MyBrain 2.0
Tarikh tutup permohonan program MyBrain 2.0 adalah pada 21 Ogos 2024
Maklumat Lanjut Mengenai Program Yang Ditawarkan
maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web rasmi MyBrain 2.0 : https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/index.php
Baca juga:
Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.