Panduan Persiapan Perkahwinan Lengkap

Persiapan perkahwinan merupakan sesuatu perkara yang tidak mudah. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat sebelum majlis perkahwinan berlangsung. 

Pelbagai perkara yang dipersiapkan sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Jika ada yang terlepas pandang, mungkin akan mencacatkan aturcara majlis perkahwinan anda.

Persiapan Perkahwinan – 12 Bulan Sebelum Majlis

Ada beberapa perkara yang anda perlu sediakan 1 tahun sebelum majlis berlangsung .

1. Kenalpasti Lokasi Majlis

Kenalpasti lokasi untuk mengadakan majlis pernikahan samada majlis belah pengantin perempuan mahupun majlis belah pengantin lelaki. Anda hendaklah memilih lokasi majlis mengikut bajet dan keselesaan anda.

2. Menetapkan Tema Majlis

Walaupun majlis masih dalam perancangan, Namun amatlah penting untuk anda memilih tema majlis terlebih dahulu. Hal ini akan memudahkan anda untuk memilih pakaian pengantin, hiasan hantaran, warna kanopi, doorgift, dan pelamin.

3. Menghadiri Pameran Atau Ekspo Pengantin

Anda boleh menghadiri pameran atau ekspo pengantin untuk mencari idea untuk majlis anda. Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat untuk mencari pakej terbaik untuk perkahwinan anda.

Pada ekspo pengantin, anda boleh mendapatkan maklumat tentang:

  1. Baju pengantin
  2. Pelamin
  3. Kanopi
  4. Jurugambar
  5. Katering
persiapan perkahwinan

Persiapan Perkahwinan – 9 Bulan Sebelum Majlis

1. Hadiri Majlis Food Sampling

Makanan merupakan perkara yang penting semasa majlis perkahwinan anda nanti . Penting untuk anda cuba menu-menu yang disediakan oleh pihak katering sebelum bersetuju mengambil servis mereka.

2. Buat Bayaran Deposit Untuk Vendor

Selepas mengunjungi pelbagai ekspo perkahwinan dan meneliti pelbagai pakej secara online, anda hendaklah membuat pilihan vendor-vendor untuk majlis perkahwinan anda.

3. Tempah Baju Kahwin Dan Baju Tema Keluarga

Anda boleh mula menempah baju kahwin dan juga baju tema untuk keluarga dan membeli kain, ukur badan dan tempat baju kahwin serta baju tema keluarga anda.

Persiapan Perkahwinan – 6 Bulan Sebelum Majlis

Enam bulan sebelum majlis perkahwinan, anda hendaklah bertindak dengan cepat dan fokus pada perkara yang penting sahaja antara nya adalah:

1. Hadiri Kursus Perkahwinan

Sekiranya anda belum menghadiri kursus perkahwinan, inilah masanya yang tepat. Luangkan hujung minggu anda bersama pasangan selama 2 hari untuk menghadiri kursus perkahwinan.

Kursus perkahwinan bukan sekadar untuk mendapatkan sijil semata-mata namun untuk memahami tanggungjawab suami dan isteri dalam keluarga, serta memahami perkara-perkara yang patut dan tidak patut dilakukan dalam perkahwinan. Ia juga mengajar mengenai hak-hak jika berlaku penceraian.

2. Lakukan Ujian HIV dan Talasemia

Amatlah penting untuk anda dan pasangan untuk melakukan ujian HIV dan Talasemia sebelum mendirikan rumah tangga . Hal ini untuk merancang keluarga dan zuriat yang sihat.

persiapan kahwin

Sumber: www.kursuskahwinmurah.com

3. Membeli Barang-Barang Hantaran

Anda hendaklah merancang barangan hantaran yang hendak dibeli terlebih dahulu . Barang-barang yang tidak melibatkan makanan boleh dibeli pada waktu ini. Namun sekiranya anda merancang untuk menempah perkhidmatan gubahan hantaran anda boleh membuat tempahan awal .

Persiapan Perkahwinan – 3 Bulan Sebelum Majlis

Masa untuk anda menyiapkan majlis semakin suntuk , anda perlu memastikan bahawa banyak persiapan yang sudah selesai dilakukan.

1. Sediakan Borang Dan Dokumen Tertentu

Pada masa ini, anda perlu memohon dan mendapatkan kebenaran bernikah melalui Pejabat Agama Islam dan menyediakan dokumen-dokumen tertentu seawal mungkin seperti:

  • Salinan kad pengenalan
  • Borang permohonan nikah
  • Borang saksi permohonan nikah
  • Surat perakuan bujang
  • Laporan ujian HIV dan talasemia
  • Borang nikah luar kawasan
  • Sijil kursus kahwin
  • Sijil nikah ibu bapa pengantin perempuan
  • Surat mastautin

2. Tempah Kad jemputan , Bunting, Doorgift

Sebelum menempah kad jemputan, pastikan anda mengetahui jumlah tetamu jemputan anda. Pastikan juga nama, tarikh, alamat, dan peta lokasi adalah tepat sebelum mencetak kad jemputan.

Sesuai juga untuk menempah bunting dan penunjuk arah supaya tetamu mudah mencari tempat majlis.

Sekarang juga merupakan masa yang sesuai untuk menempah doorgift untuk tetamu. Jika merancang untuk membuat doorgift sendiri, mulakan dengan membeli barang-barang hiasan seperti beg atau reben.

3. Beli Cincin Dan Barang Kemas

Ambil masa bersama pasangan untuk memilih cincin kahwin. Serta melihat barangan kemas untuk majlis membatalkan air sembahyang jika diperlukan.

cincin nikah

Persiapan Perkahwinan – 1 Bulan Sebelum Majlis

1. Hantarkan Kad Jemputan

Anda boleh menghantar kad jemputan kepada saudara mara dan rakan-rakan anda sebluan sebelum majlis.

2. Tempah Tempat Penginapan Untuk Keluarga Belah Pengantin Lelaki

Jika keluarga pihak pengantin lelaki datang dari tempat yang jauh, anda hendaklah menyediakan tempat penginapan bagi mereka. 

Anda boleh dapatkan hotel atau homestay yang berdekatan. Untuk memudahkan rombongan pihak pengantin lelaki untuk bergerak ke lokasi majlis.

Persiapan Perkahwinan – 2 Minggu Sebelum Majlis

1. Penjagaan Diri

Sebulan sebelum majlis, luangkan masa untuk menenangkan diri dengan pergi ke spa untuk urutan badan. Selepas setahun persiapan yang mencabar, ini adalah masa yang sesuai untuk memberi reward kepada diri sendiri.

Bagi pengantin lelaki, anda boleh persiapkan diri dengan memotong rambut, membuat facial, dan mengunjungi spa juga. Jangan anggap spa hanya untuk wanita sahaja. Lelaki juga boleh menggembirakan diri dengan rawatan muka dan badan di spa.

2. Follow Up dengan Vendor

Ini merupakan kali terakhir anda untuk follow up mengenai vendor yang anda tempah . Anda boleh bertanya khabar atau memaklumkan kepada vendor anda mengenai perjalanan majlis anda.

Persiapan Perkahwinan – 1 Hari Sebelum Majlis

Masih terdapat beberapa persiapan yang perlu dilakukan sehari sebelum majlis anda berlangsung.

1. Persiapan Pakaian Perkahwinan

Sehari sebelum majlis perkahwinan, pastikan pakaian pengantin tersedia. Seterika baju dengan teliti dan berhati-hati, elakkan daripada terbakar.

Sediakan pakaian dengan aksesori seperti shawl atau tudung, tiara, rantai, brooch, kasut, dan bunga tangan yang bersesuaian dengan pakaian pengantin. Untuk pengantin lelaki, pastikan samping, songkok atau tanjak turut disiapkan dengan sempurna.

2. Inai Di Tangan

Hari sebelum majlis, pengantin perempuan sebaiknya memakai inai di jari-jari. Sambil memakai inai, pengantin juga boleh merehatkan badan.

3. Pastikan Vendor Hadir dan Deliver

Pastikan kanopi, meja, kerusi, PA sistem dan pelamin sudah siap sedia di majlis anda. Ingatkan tarikh majlis anda kepada vendor sekiranya mereka masih tidak datang.

Susun doorgift di tempat yang mudah diambil. Pastikan penanda arah serta bunting telah pun dipasang di tempat yang seharusnya. Jika ada photobooth dan  guestbook, letakkan di tempat yang tidak nengganggu laluan.

4. Bahagikan Tugas Kepada Ahli Keluarga Dan Tidur Awal

Esok, anda akan menjadi raja sehari! Serahkan tugasan kepada ahli keluarga . Mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan hari istimewa anda lebih meriah. Pastikan anda berehat secukupnya s supaya dapat tampil segar dan bertenaga esok hari.

Persiapan Perkahwinan – Hari Majlis

1. Ambil Sarapan

Jangan lupa untuk mengambil  sarapan supaya anda kekal bertenaga dan bermaya sepanjang majlis berlangsung .

2. Bertenang

Bawa bertenang terutamanya pengantin lelaki. Anda mempunyai tanggungjawab yang sangat besar bermula apabila anda menerima akad nikah tersebut.

3. Bersiap Dan Datang Awal

Bersiap dengan lebih awal. Pastikan pakaian anda lengkap, bawa kad pengenalan, dan berikan telefon kepada pengapit. Digalakkan untuk pergi ke majlis setengah jam lebih awal untuk elak kesesakan. Nikmati masa bahagia sebagai pengantin baru tanpa kekacauan yang berlebihan.

Semoga panduan persiapan perkahwinan ini membantu dan melancarkan persiapan perkahwinan anda. Semoga Berjaya dan selamat pengantin baharu

Kembali ke Halaman Utama : Disini

Nur Sufiani
Nur Sufiani

Dedicated professional writer with a passion for using my writing skills to solve problems and help others. Writing is my passion, allowing me to create meaningful content that makes a difference.

Articles: 12

Leave a Reply