Orang ramai menyambut baik Inisiatif Pas Bulanan My50 oleh kerajaan kerana ia menjimatkan kos dan memudahkan pergerakan disekitar lembah klang, dan sekitar ibu kota. “Selain mengurangkan perbelanjaan pengangkutan setiap hari, pengguna juga tidak perlu risau apabila mereka dalam keadaan tergesa-gesa kerana tidak perlu menambah nilai pas berikutan perjalanan tanpa had.
Apakah itu Pas Bulanan My50?
Pas Bulanan My50 adalah suatu bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh PRASARANA bagi semua rakyat Malaysia bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan pengangkutan Prasarana tanpa had
Lembah Klang : Pas My50 menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL, LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.
Pulau Pinang : Pas Mutiara My50 menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan Bas Rapid Penang.
Syarat Kelayakan Pas Bulanan My50
Hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah layak membeli pas My50
Cara Memohon Pas Bulanan My50
Produk ini tersedia untuk pembelian sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Dokumen yang diperlukan sewaktu membuat pembelian adalah MyKad / MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go
Berikut adalah senarai kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL / Hab Bas untuk pembaharuan / tambah nilai :
- Semua stesen LRT
- Semua stesen Monorel
- Semua stesen BRT
- Semua stesen MRT
- Hab Bas Rapid KL tertentu :
- Pasar Seni
- Chow Kit
- KLCC
- Sri Nilam
- Puchong Utama
- Pearl Point
- Sunway Piramid
- Greenwood
- Seksyen 2 Shah Alam
.
- Kios Rapid Penang tertentu;
- Komtar
- Weld Quay (Terminal B)
- Penang Central
- Bukit Jambul
- Ibu Pejabat Rapid
- Penang (Lorong Kulit)
- Kompleks Dat’ kailan (Kepala Batas)
- Balik Pulau
- Bukit Mertajam
Baca juga :
Cara membeli Pas My50 di Lembah Klang:
- Pengguna perlu pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih.
- Pastikan MyKad atau MyTentera mempunyai tambah nilai minimum RM55 terlebih dulu. Jika nilai dompet tidak mencukupi, pengguna perlu menambah semula jumlah minimum RM60 ke MyKad atau MyTentera.
- Selepas ditolak yuran tambah nilai RM0.50, baki RM9.50 akan disimpan dalam nilai dompet Touch ‘n Go. Baki tidak akan ditolak sebaik pas telah diaktifkan, melainkan jika pengguna menggunakannya untuk transaksi lain seperti tol, kedai runcit, tempat letak kereta dan sebagainya.
- Pertimbangkan atau tentukan lebih awal tarikh yang anda ingin “aktifkan” atau mula menggunakan Pas My50. Pas My50 akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh pembaca kad bas apabila menggunakan perkhidmatan Bas Rapid KL Rail. Anda juga boleh memohon pembaharuan automatik di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapil KL Rail atau hab bas terpilih di atas.
- Pastikan jumlah dalam nilai dompet dikekalkan sekurang-kurangnya RM55 untuk pembaharuan automatik pas My50
Cara membeli Pas Mutiara My50 di Pulau Pinang
- Bawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana hab bas atau kios terpilih di Pulau Pinang yang dinyatakan di atas untuk membeli Pas Mutiara My50
- Pertimbangkan atau tentukan lebih awal tarikh yang anda ingin “aktifkan” atau mula menggunakan Pas Mutiara My50. Pas Mutiara My50 akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh pembaca kad bas apabila anda menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang. Anda juga boleh memohon pembaharuan automatik di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid Penang atau hab bas terpilih di atas.
Cara Membeli Pas My50 Secara Online
Pembelian Pas My50 secara online adalah melalui aplikasi MyRapid Pulse. Untuk meneruskan pembelian pas bulanan my50 secara online, anda perlu memuat turun applikasi dibawah :
- App Store : https://apps.apple.com/my/app/myrapid-pulse/id1545938705
- Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.prasarana.pulse
- Huawei App Gallery : https://appgallery.huawei.com/app/C108669187
Cara pembelian adalah seperti berikut :
- Muat turun applikasi Myrapid PULSE melalui link di atas.
- Buka applikasi dan pilih “lifestyle”.
- Pilih Produk Rapid KL dan lakukan pembelian pas bulanan My50.
- Paparkan Kod QR bukti pembelian dikaunter rapid KL.
Sumber : https://myrapid.com.my/pulse/, https://mrt.com.my/fare/MY50.htm,