Pembayaran STR Fasa 3 kepada 8.5 juta penerima akan bermula pada Khamis Depan iaitu pada 29 Ogos 2024.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) penerima mendapat bayaran mengikut kategori masing-masing dan implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM 1.7 bilion.
Pembayaran pada 29 Ogos ini melibatkan penerima sedia ada manakala penerima baharu dan juga rayuan akan diagihkan bermula 18 september 2024.
Artikel Berkaitan :
Jumlah Pembayaran STR Fasa 3 Seluruh Kategori
Sebanyak 3.0 juta penerima dibawah kategori isi rumah berpendapatan dibawah RM2500, 1.0 juta penerima isi rumah berpendapatan RM2,5001-RM5,000, 1.2 Juta penerima dibawah kategori warga emas tiada pasangan dan 3.3 juta penerima Bujang dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM 1.7 Juta.
Bayaran STR Fasa 3 2024 Mengikut Kategori Kelayakan :
Kategori Penerima | Kadar Bayaran |
Isi Rumah B40 | RM150 – RM650 |
Isi Rumah M40 | RM150 – RM300 |
Warga Emas tiada pasangan | RM150 |
Bujang | RM50 |
Kaedah Pembayaran STR fasa 3 2024
terdapat 2 kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang akan disalurkan bermula 29 ogos 2024:
- Bantuan STR dikreditkan terus ke dalam akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank.
- Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank.
Tarikh Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 2024
- Penerima sedia ada : 29 Ogos 2024 – 6 September 2024
- Penerima Rayuan dan Baharu : 18 – 20 September 2024
Siaran Media Bayaran STR Fasa 3 2024
Sumber : laman web rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.