Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2025

Sesi Pendaftaran Tingkatan 1 sesi 2025 kini telahpun dibuka kepada seluruh Kanak-kanak yang akan menghabiskan pelajaran mereka di sekolah rendah kebangsaan atau mana-mana sekolah rendah yang di iktiraf.

Sebagaimana yang kita semua tahu, Pendidikan merupakan asas utama dalam membentuk masa depan generasi muda, Tingkatan 1 merupakan langkah penting awal dalam perjalanan akedemik setiap pelajar.

Proses pendaftaran tingkatan 1 merupakan satu langkah yang memerlukan perhatian dan perancangan bagi memastikan kelancaran proses.

Ibu-bapa perlu memahami syarat-syarat serta prosedur yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan kementerian pendidikan.

Apakah Maksud Tingkatan 1?

Tingkatan 1 adalah tahap awal perjalanan pendidikan menengah dimana pelajar berusia 13 tahun memulakan pembelajaran mereka di sekolah menengah.

Pada peringkat ini, pelajar akan mula mengembangkan kemahiran akedemik dan sosial yang lebih mendalam selepas tamat sekolah rendah.

Jenis Sekolah Menengah bagi Pendaftaran Tingkatan 1

Terdapat 8 jenis sekolah menangah yang perlu anda tahu :

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Harian
  2. Sekolah Berasrama Penuh
  3. Sekolah Seni
  4. Sekolah Sukan
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
  6. Maktab Rendah Sains Mara
  7. Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik
  8. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

1. Cara Pendaftaran Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Harian

Cara Pendaftaran Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Harian adalah Melalui Modul eDaftar Menengah:

  • Penempatan ke Tingkatan 1 atau Kelas Peralihan diurus oleh Guru kelas Tahun 6 di SK/SRAB/SJKC /SJKT menggunakan aplikasi APDM (Modul eDaftar Menengah) berdasarkan Borang Permohonan Penempatan Sekolah (BPPS) yang dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga murid Tahun 6
  • Bagi murid bukan warganegara, mereka hendaklah membuat permohonan secara manual di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
  • Murid warganegara yang tercicir (pendidikan wajib) boleh mohon dengan menggunakan borang ASBS yang boleh didapati di PPD dan JPN.
  • Murid warganegara dari luar negara boleh mohon dengan borang ASBS yang boleh didapati di PPD dan JPN.

2. Cara Pendaftaran Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

pendaftaran tingkatan 1
Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2025 5

Cara pendaftaran tingkatan 1 bagii sekolah berasrama penuh adalah secara online

  • Panduan Ringkas permohonan adalah seperti dinyatakan dibawah:
    1. Kemaskini Maklumat diri di SPATKPM (jika perlu) – Kemaskini maklumat murid, ibu-bapa dan penjaga pada modul pengurusan murid.
    2. Mengisi permohonan dengan lengkap.
    3. Semak semula permohonan yang telah diisi dan pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan betul.
    4. Cetak borang permohonan yang lengkap sebagai rujukan.

Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan

3. Cara Pendaftaran Tingkatan 1 Sekolah Seni

Permohonan boleh dilakukan melalui sistem dalam talian (Online) SSeM/PPS di laman web : https://essem.moe.gov.my/ dan permohonan secara online sahaja yang akan diproses.

Sesi Serlahan seni atau Ujibakat

  • Calon yang memohon akan menjalani sesi uji bakat berdasarkan bidang kesenian yang dipohon sama ada muzik, tari, teater atau seni visual.
  • Sesi uji bakat pemilihan murid biasanya dilaksanakan pada pertengahan bulan oktober dan november setiap tahun.

Permohonan ke tingkatan 1 SSeM bagi sesi persekolahan tahun 2025 dibuka pada 15 Julai 2024 15 September 2024

4. Cara Pendaftaran ke Tingkatan 1 Sekolah Sukan Malaysia

sekolah sukan
Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2025 6

Permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada Bulan Mac dan Julai. Pencalonan hanya terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN) layak memohonmenggunakan sistem permohonan atas talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan : https://spassm.moe.gov.my.

Syarat Kelayakan untuk masuk ke Sekolah Sukan Malaysia adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mengikuti program mengenalpasti bakat.
  • Bersetuju menerima sekolah sukan yang ditetapkan.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar.
  • Keutamaan kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat MSSM

Senarai Sekolah Sukan Malaysia :

  • Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
  • Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
  • Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)
  • Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)
  • Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS)

5. Cara Pendaftaran ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Permohonan pendaftaran ke Sekolah Menengah Agama adalah dibawah Jabatan Pendidikan Negeri. Permohonan dibuat melalui sekolah rendah masing-masing.

6. Cara Pendaftaran Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

Permohonan kemasukan ke kolej Vokasional bagi pendaftaran tingkatan satu boleh dilakukan secara online di pautan : https://sptv.moe.gov.my/

7. Cara Pendaftaran ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Sekolah Agama Bentuan Kerajaan (SABK) adalah dibawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS). Syarat permohonan kemasukan ke SABK ditentukan oleh JAIN dan LPS.

8. Cara Pendaftaran Tingkatan 1 ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Maktab rendah sains mara
Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2025 7

Pendaftaran kemasukan tingkatan satu ke maktab rendah sains mara boleh dilakukan seccara online di pautan : https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Panduan Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2025 :

  • Pemohon perlu merujuk terlebih dahulu buku panduan permohonan MRSM di atas.
  • Setelah memahami maklumat yang disediakan, pemohon dikehendaki untuk membat perakuan bahawa pemohon memahami semua maklumat yang dilampirkan untuk permohonan MRSM Tingkatan 1 2025.
  • Sebarang kesilapan sewaktu mengisi maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.
  • Pemohon perlu mengisi keoutusan oelaoiran pentaksiran bilik darjah (PBD) terkini dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM
  • Pemohon perlu membawa keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) ketika menghadiri UKKM
sekolah di malaysia
Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2025 8
Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *