Bantuan Ibu Bersalin (BIB) yang disalurkan kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak sebanyak RM450 adalah salah satu inisiatif daripada kerajaan negeri Sarawak.
Bantuan RM450 disalurkan kepada ibu yang berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan ‘k’.
Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban dan juga sebagai tanda ucapan ‘tahniah’ daripada kerajaan negeri terhadap ibu yang baru melahirkan anak.
Program ini juga menunjukkan bertapa kerajaan negeri sarawak mempunyai komitmen dalam menjaga kebajikan ibu mengandung dan menyokong tempoh kritikal yang dilalui ileh ibu selepas melahirkan.
Table of Contents
Apakah itu Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ?
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan pemberian RM450 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 januari 2020 bagi membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang tanpa mengira bangsa, agama dan status sosio ekonomi.
Objektif Bantuan ini disalurkan adalah untuk
- Meringankan beban dari segi kewangan bagi pengurusan selepas melahirkan anak
- Membantu dari segi pembelian barang keperluan ibu selepas melahirkan anak sebagai contoh :
- Pemakanan Sihat dan Penjagaan diri sewaktu berpantang.
Bagaimana Cara Permohonan Bantuan Ibu Bersalin ?
Permohonan bantuan ibu bersalin boleh dilakukan :
- Online Melalui iSarawakCare : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/
- Di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah Negeri Sarawak
Artikel Menarik :
APakah Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ?
- Warganegara Malaysia
- Melahirkan Bayi di dalam atau di luar Sarawak
- Ibu adalah pemegang mykad sarawak berstatus ‘k’ atau isteri kepada pemegang mykad Sarawak berstatus ‘K’ dan
- Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehinggga tempoh 3 bulan selepas bersalin
Apakah Dokumen Yang Perlu Disertakan untuk Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ?
- Salinan kad pengenalan/pasport ibu
- Salinan kad pengenalan/pasport pasangan atau penjaga
- Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘k’
- Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung
- Salinan surat pengesahan doktor/nota discaj/sijil kelahiran bayi
- Salinan penyata bank akaun terkini
Nota penting sebelum membuat permohonan :
- Permohonan dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas kelahiran bayi
- Borang permohonan beserta dokumen sokongan yang lengkap boleh dihantar dimana mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah atau Pejabat Daerah Negeri Sarawak terdekat.
Proses Permohonan BIB
Secara Online
- Pemohon mengemukakan Permohonan melalui Sistem IsarawakCare
- KPWK terima permohonan
- Semakan KPWK selama 7-14 hari bekerja
- Permohonan yang lengkap akan menerima bayaran dalam masa 7-14 hari bekerja
- Notifikasi melalui Email akan diberikan kepada pemohon yang berjaya memohon
Secara Manual
- Perm,ohon menyediakan borang dan juga dokumen sokongan
- KPWK terima borang
- Semakan KPWK selama 7-14 hari bekerja
- Permohonan yang lengkap akan menerima bayaran dalam masa 7-14 hari bekerja
- pemohon BIB menerima notifikasi pembayaran melalui Emel
Rujuk gambaraja dibawah untuk penjelasan yang lebih menarik :
Bagaimana nak Semak Status Semasa Permohonan BIB ?
untuk semakan status BIB, pemohon boleh menghubungi pihak KPWK di talian :
- Whatsapp : +60146881398 (mesej sahaja)
- iSarawakCare (bagi permohonan online)
untuk pertanyaan lain, sila hubungi Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB) melalui emel : bib@sarawak.gov.my