Permohonan Bantuan Rumah PPRT – Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah satu program yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk membasmi kemiskinan diluar bandar dengan menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah.
Bantuan kerajaan ini bertujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar memiliki kediaman yang lebih selesa, serta memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Isi Kandungan
Skop Bantuan Rumah PPRT
Kawasan Pembangunan untuk bantuan PPRT adalah di kawasan luar bandar.
Skop Bantuan Rumah PPRT terbahagi kepada 2 kategori iaitu :
- Bina Baharu : Bantuan ini diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur.
- Baik Pulih : Bantuan ini hanya melibatkan komponen asas rumah sebagai contoh ( bumbung, atap, tangga, tandas, pintu, bilik air dan sebagainya)
Syarat Kelayakan Bantuan Rumah PPRT
Kumpulan sasar penerima bantuan rumah pprt ditentukan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa.
(pendapatan isi-rumah miskin tegar : RM1,169 dan miskin : RM2,208)
Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang layak :
- Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam E-kasih
- Di9perakui oleh Mesyuarat Focus Group pembasmian kemiskinan daerah (FGD) atau negeri (FGN)
- Diperakui oleh agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan
- Diperakui oleh AJK peringkat kementerian.
Syarat Kelayakan Bantuan Rumah PPRT (Bina Baharu)
Syarat kelayakan bantuan rumah PPRT bina baharu :
- Tiada Rumah
- Rumah yang diduduki terlalu uzur dan tidak selamat
- Tidak relevan untuk dibaiki
- Memiliki tanah sendiri; atau
- Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada tuan tanah (menggunakan borang kebenaran tuan tanah)
Syarat Kelayakan Bantuan Rumah PPRT (Baik Pulih)
- Bantuan diberikan kepada pemohon yang memiliki rumah Rosak disebabkann bencana dan masih relevan untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah orang lain/tanah milik sebahagian/tanah kerajaan dengan mengemukakan borang kebenaran menggunakan tanah.
Selain memenuhi kriteria diatas, keutamaan adalah diberikan kepada :
- Warga Emas
- OKU
- Ibu/Bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan
- mangsa bencana berskala kecil
- Keutamaan kepada Negeri dan daerah dengan kadar kemiskinan yang tinggi
Kadar Bantuan Rumah PPRT
kadar bantuan PPRT terbahagi kepada 2 iaitu di semenanjung dan juga Sabah/Sarawak/Labuan
Kadar Bantuan Rumah Skop Bina Baharu
- Semenanjung: RM66,000.00
- Sabah/Sarawak/Labuan: RM79,000.00
Kadar Bantuan Rumah Skop Baik Pulih
- Semenanjung: RM15,000.00
- Sabah/Sarawak/Labuan: RM17,000.00
Contoh Reka Bentuk bantuan Rumah PPRT
Contoh reka bentuk rumah PPRT yang telah siap dibina dari luar :
Contoh reka bentuk rumah PPRT yang telah siap dibina dari dalam :
Cara Buat Permohonan Bantuan Rumah
Permohonan PPRT dilakukan secara atas talian (online) :
Permohonan hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap sebelum menghantar permohonan.
Sila sediakan maklumat seperti :
- Pemilikan harta/tanah
- Pendapatan
- Gambar kad pengenalan depan dan belakang
- gambar rumah semasa
kegagalan pemohon untuk melengkapkan butiran yang dimiinta boleh menyebabkan permohonan anda tidak lulus.
Anda boleh memuat turun borang kebenaran menggukan tanah di : https://www.rurallink.gov.my/wp-content/uploads/2020/09/borang-kebenaran-menggunakan-tanah.pdf
Panduan Permohonan Secara Online Bantuan Perumahan PPRT
- Pemohon terlebih dahulu perlu mengklik pada pautan laman web rasmi sistem eSPKR Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah disini : https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online/
- Klik pada butang ‘Program Perumahan Rakyat Termiskin’
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dan terdapat beberapa bahagian perlu di isi :
- Maklumat peribadi
- Pemilikan harta pemohon
- Maklumat perhubungan
- Maklumat Permohonan
- Perakuan
Rujuk gambar dibawah : –
Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
Program PPRT ini dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus pihak kementerian yang bertanggungjawab, Rujuk gambar dibawah :
Anda boleh mengunjungi pejabat kementerian kemajuan desa dan wilayah di :
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya, Malaysia
Atau boleh menghubungi pihak kementerian di nombor yang tertera dibawah :
Telefon : 03-8000 8000
Email: info@ruralink.gov.my
Artikel Menarik Terkini :
Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.