JPN Mykad : Permohonan Mykad 12 Tahun – Kanak-kanak

Permohonan Mykad 12 tahun pertama kali bagi kanak-kanak hendaklah dibuat Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) iaitu  setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.

Syarat Permohonan Mykad 12 Tahun

jpnwpkl
JPN Mykad : Permohonan Mykad 12 Tahun - Kanak-kanak 9
  1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur
    2.1. Ibu atau Bapa; atau
    2.2. Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
  3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
  5. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

Prosedur Permohonan Mykad 12 Tahun

mykad kali pertama
JPN Mykad : Permohonan Mykad 12 Tahun - Kanak-kanak 10

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen asal yang perlu dikemukakan.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

  1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL)
    1.1. Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
    1.2. Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.
  2. DOKUMEN PENGANJUR (ASAL)
    2.1. Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga)
    2.2. Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
    2.3. Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara.
  3. DOKUMEN SOKONGAN
    3.1 Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat ibu bapa/penjaga, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Ikuti Channel kami di Telegram dan Whatsapp agar anda tidak terlepas info terbaru yang akan disampaikan mengenai pendidikan , kerja kosong dan juga Bantuan Kerajaan

Bayaran Permohonan Mykad 12 Tahun

Bayaran proses akan dikenakan sekiranya lewat membuat Permohonan Kad Pengenalan(MyKad) iaitu tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun.

Tiada Bayaran yang dikenakan sekiranya membuat permohonan kad pengenalan dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun

Bayaran proses yang dikenakan sekiranya lewat membuat permohonan kad pengenalan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap 12 tahun ialah sebanyak RM10.00

Ibu-Bapa/Penjaga pemohon hendaklah membuat temujanji secara online terlebih dahulu sebelum hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara, Rujuk di bawah :

Sistem Temujanji Online Jabatan Pendaftaran Negara

Permohonan boleh dilakukan di laman web Rasmi JPN Sistem JanjiTemu Jabatan Pendaftaran Negara : https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/formTJSyarat.php

Sila baca terlebih dahulu syarat-syarat yang di nyatakan :

 Terma Dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu JPN

1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;

2. Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 5 bulan dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan;

3. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara. Rujuk waktu operasi kaunter JPN.

4. Pemohon perlu berada di pejabat JPN sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak JPN berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat;

5. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2024. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.

6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu. Sila rujuk laman web rasmi jabatan untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan;

7. Perkhidmatan Sistem MyJanjitemu ini adalah percuma. Pihak JPN tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan pendaftaran termasuklah permohonan janji temu.

8. Tempahan tarikh bagi upacara perkahwinan adalah TERKECUALI dalam perkhidmatan MyJanjiTemu. Sila hadir ke pejabat JPN bagi tempahan tarikh dan masa upacara perkahwinan.

Klik butang ‘Saya telah membaca dan bersetuju dengan terma syarat yang telah dinyatakan’ dan tekan butang ‘seterusnya’.

Sila pilih masukkan maklumat yang diminta seperti Cawangan, Pejabat, dan Perkhidmatan. Seterusnya pilih tarikh temujanji dan juga slot masa yang diberikan.

Seterusnya masukkan Maklumat diri seperti Nama, Nombor Pengenalan Diri, Telefon dan Email. Setelah Berjaya. tekan pada butang ‘Slip tempahan’ anda akan mendapat slip tempahan Temujanji seperti gambar dibawah : Sila screenshot slip tempahan tersebut dan kemukakan semasa hadir ke Pejabat JPN yang dipilih.

permohonan mykad 12 tahun
JPN Mykad : Permohonan Mykad 12 Tahun - Kanak-kanak 11

Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun Secara Online

Berita baik, Pihak Jabatan Pendaftaran Negara juga membuka permohonan mykad secara online bagi pendaftaran pertama kanak-kanak 12 tahun.

proses secara online ini akan memudahkan pihak pemohon dan juga pihak berkuasa dalam melancarkan dan mempercepat proses permohonan mykad.

Cara permohonan Mykad 12 tahun secara online boleh rujuk dibawah :

permohonan dalam talian mykad
JPN Mykad : Permohonan Mykad 12 Tahun - Kanak-kanak 12

Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuat permohonan mykad 12 tahun kanak-kanak secara online :

langkah Pertama : Daftar Akaun di Portal MyGovernment terlebih dahulu : https://malaysia.gov.my/portal/register/2/go?forward_url=

Layari jpn.gov.my untuk pilih perkhidmatan serta log masuk atau daftar pengguna baharu jika kali pertama mendaftar di https://web12tahun.jpn.gov.my/

image 13
JPN Mykad : Permohonan Mykad 12 Tahun - Kanak-kanak 13

Langkah kedua : Baca semua terma dan syarat dan klik butang setuju jika setuju.

image 14
JPN Mykad : Permohonan Mykad 12 Tahun - Kanak-kanak 14

Langkah Ketiga : Lengkapkan borang-borang yang dipaparkan dan klik butang Hantar.

image 15
JPN Mykad : Permohonan Mykad 12 Tahun - Kanak-kanak 15

Langkah Keempat : Cetak Slip Permohonan yang berjaya didaftarkan untuk dibawa ke kaunter JPN

image 16
JPN Mykad : Permohonan Mykad 12 Tahun - Kanak-kanak 16

sumber : https://web.facebook.com/jpnwpkl?tn=-UC*F

Semakan Lanjut Mengenai Permohonan Mykad 12 Tahun

Semakan lanjut boleh dibuat di laman web rasmi jabatan Pendaftaran Negara : https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kad-pengenalan/mykad-gantian-hilang

Penafian : Penafian : Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Vida
Vida

Writer fueled by a degree and a deep passion for crafting compelling stories. With a heart for helping others, using my writing prowess to make a positive impact in the world.

Articles: 122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *