Permohonan MYKASIH RM200 Sebulan

Cara Permohonan MyKasih – MyKasih Foundation adalah sebuah pertubuhan NGO bertujuan untuk bantu keluarga. Program bantuan makanan yang disalurkan secara cashless menggunakan mykad untuk golongan yang layak. Bantuan ini kini dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

MyKasih berkolaborasi dengan pelbagai pihak termasuklah Kementerian, Agensi Zakat, dan Syarikat swasta . Semak Sekarang Permohonan MYKASIH RM200 Sebulan.

Baca Juga : STR MYKASIH 2025 : Bantuan RM200 Setiap Bulan

Apakah Itu MYKASIH ?

MYKASIH atau SARA (Sumbangan Asas Rahmah) merupakan bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Golongan Miskin dan Miskin Tegar Sebanyak RM2,100 pada Tahun 2025.

Hikmah bantuan ini agar pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan kad pengenalan di kedai runcit berdaftar. Kerajaan telah memperbaiki program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membantu rakyat yang paling terjejas akibat kenaikan kos sara hidup. Dilancarkan pada 22 Januari 2024, program ini bertujuan meringankan beban hidup mereka yang memerlukan dan meningkatkan taraf ekonomi penerima.

Permohonan MYKASIH RM200 Sebulan

Permohonan MYKASIH boleh dilakukan melalui laman web rasmi MySTR melalui permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Kelayakan adalah secara automatik melalui data yang dimasukkan kedalam permohonan STR. Permohonan STR adalah dibuka sepanjang tahun.

Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:

  1. Surat Pemakluman
    • Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
      .
  2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
    • Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
    • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
      .
  3. Semakan terus melalui portal rasmi
  4. Menghubungi
    • Semakan kelayakan SARA
      • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
      • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    • Semakan pelaksanaan SARA
      • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800

Kelayakan Membuat Permohonan MYKASIH

Kelayakan MYKASIH terbahagi kepada 2 kategori iaitu Miskin Tegar dan Miskin eKasih :

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Kadar Sumbangan MYKASIH Bagi Tahun 2025

Permohonan MYKASIH

Kadar Bantuan SARA ditingkatkan kepada golongan miskin & miskin tegar bakal menerima RM2,100 .

Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan pada bulan Januari sehingga Mac 2025. Bermula bulan April sehingga disember, RM200 akan dikreditkan kedalam Mykad penerima SARA.

Berikut merupakan Butiran penyaluran SARA pada tahun 2025 :

KategoriJumlah (RM)Januari – Mac (RM)April – Disember (RM)
Isi Rumah (STR & eKasih)2,100100200
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)1,650100150
Bujang (STR & eKasih)60050
Isi Rumah (STR sahaja)900100
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)45050

Cara Semak Kelayakan MYKASIH 2025

Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:

  1. Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
    • Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
    • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
      .
  2. Surat Pemakluman
    • Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
      .
  3. Menghubungi
    • Semakan kelayakan SARA
      • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
      • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    • Semakan pelaksanaan SARA
      • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
        .
  4. Semakan terus melalui portal rasmi

Jadual Pembayaran Permohonan MYKASIH

Pembayaran Permohonan MyKASIH akan disalurkan pada awal setiap bulan bergantung kepada Hari Bekerja . Jadual Penuh setiap bulan adalah seperti berikut.

BulanTarikhMasa
Januari1 Januari8:00 AM
Februari1 Februari8:00 AM
Mac1 Mac8:00 AM
April1 April8:00 AM
Mei1 Mei8:00 AM
Jun1 Jun8:00 AM
Julai1 Julai8:00 AM
Ogos1 Ogos8:00 AM
September1 September8:00 AM
Oktober1 Oktober8:00 AM
November1 November8:00 AM
Disember1 Disember8:00 AM
Jadual Bayaran Permohonan MyKASIH

Senarai Barang Asas MYKASIH

13 Kategori barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian SARA antaranya ialah: Beras, Rotim Tekur, Minyak Masak, Tepung, Biskut, Mi Segera, Minuman, Makanan dalam Tin, Bahan Perasa, Produk Kebersihan, Ubat-Ubatan dan Barang Persekolahan.

Berikut adalah beberapa jenama barang yang boleh dibeli menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui program MyKasih:

Barangan Permohonan MYKASIH
  1. Beras: Beras Faiza, Jasmine, Sunwhite
  2. Roti: Gardenia, Massimo
  3. Telur: Nutriplus, LTK
  4. Minyak masak: Seri Murni, Knife, Vesawit
  5. Tepung: Cap Sauh, Cap Ros
  6. Biskut: Hup Seng, Julie’s
  7. Mi segera: Maggi, Mamee
  8. Minuman: Milo, Nescafe
  9. Makanan dalam tin: Ayam Brand, King Cup
  10. Bahan perasa: Adabi, Maggi
  11. Produk kebersihan: Dettol, Lifebuoy
  12. Ubat-ubatan: Panadol, Uphamol
  13. Barangan persekolahan: Faber-Castell, Staedtler

Penerima SARA boleh membeli barangan ini di pasaraya dan kedai runcit terpilih seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, dan Lotus Stores (Tesco)

Cara Menggunakan Bantuan MYKASIH di Kedai Runcit

6 Cara Pembelian Barang Keperluan SARA di kedai Seperti Berikut :

  1. Pilih barang keperluan:
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin:
    Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  4. Imbas Kod Barangan:
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad:
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan:
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Buat Permohonan MYKASIH Sekarang.

Penafian

SARA 2025 by Deskriptif : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.

Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment